Spaghetti Homemade by Bubu

Assalamualaikum dan salam Maghrib :)

Tak jawab dosa, Jawab kau sayang aku. Hehe *gelak sambil tutup mulut* Petang tadi lebih kurang dalam pukul 6 lebih macam tu, keyakinan dan semangat yg membuak- buak tiba- tiba datang nak buat Spaghetti. Mungkin, ada la sikit rasa- rasa less condifent tu. Huhu -,-' A/pon, I'll have to try jugak masak Spagheti tu before aku balik Kskb ahad ni.

Dengan keyakinan yg ada, aku kumpulkan semua barang- barang yg ada utk memasak Spaghetti. Contohnya, spaghetti, prego tomato mushroom, dan etc. Malas aku menaip semua benda alah tu. Bukannya aku nak bagi resipi kat korang pon kan? Masak punya masak, ada lah lebih kurang dalam setengah jam macam tu. Eh tak, lebih kot. Maka siap lah sudah Spaghetti aku. Walaweyh, nampak sedap siot! Nampak je. Tak percaya? Tengok ni.
Tumblr_m5hqi0mdfp1qbih6so1_500_large
Haa, nampak sedap kan? Percaya tak aku buat Spaghetti yg cantik lagi tertarik kau memang deboom ni? Tak percaya? Good. Spaghetti kat atas ni memang bukan aku yg buat. Ingat aku ni Chef Wan ke, atau pon anak dia tu. Sape tah nama anak dia -,-' Bukan yg pompuan tu, tapi yg laki tu haa. Lantak lah abaikan. Okay, spaghetti yg aku buat kat bawah ni. Amaran! Jangan ejek aku eh!?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Ini lah dia Spaghetti Homemade by Bubu. Yeah, aku tahu korang nak kutuk aku. Kutuk lah. Nampak tak sedapkan? Huh -,-' Memang tak sedap pon. Langsung takde ciri- ciri nak jadi Chef. Nampak hangit je kuah prego mushroom aku tu. Pffstttt -,-' Lepas ni aku malas nak masak dah! *Merajuk dah ni* Tak lah. Takde lah sampai macam tu sekali. Cuma agak mengecewakan jugak lah. Muahaha :-D Takpe, takpe. Lain kali aku cuba lagi.

What a coincidence, adik aku pulak baru balik dari sekolah masa ni. Aku pon apa lagi, mangsa! Oh yeah. Aku panggil dia. Suruh dia rasa masakan pertama aku yg agak kurang menjadi ni. Bukan agak. Memang dah tak menjadi pon. Sebelum aku teruskan cerita, tengok gambar ni dulu.

Nampak selerakan dia makan? *tangan ke bahu, mata ke atas* You know what apa dia cakap? "Eeee, apa ni? Rasa masam je. Tak sedap. Tapi.. Okay okay lah" Aku senyum je. Then, dia nak makan cendawan.. "Bluekk! Tak masak lagi la Along! Keras!" Aku, "Hah? Hahaha. Padan muka kau!" Padahal dalam hati waktu tu, Tuhan je lah yg tahu. Sengal punya adik -,-'

Kepada sesiapa yg tahu masak Spaghetti ni kongsi- kongsi la dengan aku eh? Aku tak nak tanya Pak Cik Google. Tu dah expert boleh la. Aku tak pandai lagi nak masak. Erghhh *kecewa sungguh* Kbye, nak mandi. Solat Maghrib. Assalamualaikum :-)
Sincerely: Bubu 

6 comments:

E'in said...

practice make perfect.. :)

Bubu said...

Hehe. Thank you! >.<

jun said...

Anak Chef Wan tu nama dia Chef Riz lah..

Bubu said...

Haa, yg tu lah. Haha :-D

mama irfan said...

senang ja... mama dulu2 first time masak pon jadi...hehehe

- mula2 boh minyak sket, masukkan bwg besar (potong dadu), bwg putih (ditumbuk)

- kalu nk letak carrot yg dpotong dadu(mama suka letak) masukkan bila bwg dah start mewangi (sbb carrot ni kn lmbt sket nk msk)

-pastu masukkan daging cincang / daging burger (kadang2 mama suka campur daging cincang n daging burger)sampai la daging tu dah masak (sila rasa ok)... p.s: kalu daging x masak lagi, nampak kering sangat, letak la air sket utk bagi daging tu masak lama sket...


-bila daging dah nak masak, boh cendawan pulak (mama suka beli button mushroom yg dlm tin, sedap oooo)

- bila suma dah masak barulah letak sos prego sbb sos tu dah masak cuma nak bagi mendidih ja.... (kalu kering sangat sila tambah air sket demi sedikit)

-bila dah mendidih, leh la nggaaaapppp

selamat mencuba

Bubu said...

Fuyoo, tips mama memang best! Nak cuba lah lepas ni. Hehe! >.< Thank you. Thank you :-)