Kewajipan itu kadangkala terpaksa ツ

Assalamualaikum,
Perutku sudah penuh di isi dengan makanan. Gembira betul di buatnya. Betul lah kata pepatah, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati". Setelah menonton televisyen sebentar, aku naik ke atas. Bersiap- siap untuk tidur. Cuci muka. Gosok gigi. Basuh kaki. Aku membuka laman facebook sebentar, lalu ternampak sesuatu yg patut aku kongsikan bersama. Ia merupakan soalan daripada seorang perempuan dan jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus. Siapa tidak kenal dia bukan?

Soalan :-
Ustaz, saya ni tak bertudung. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau tak ikhlas. Apa pandangan Ustaz?

Jawapan :-
Bertudunglah walau terpaksa. Solatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu, perlahan- lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

Begitulah jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus. Entri ini tidak di tujukan kepada mana- mana perempuan. Moga di jadikan teladan kepada semua. Harap maklum. Kbye, Assalamualaikum.

P/s: Hidayah perlu di cari, bukan di tunggu.
Sincerely: Bubu 

No comments: