Opah, I'm gonna miss you :'/

Assalamualaikum :-)
Tumblr_m0h0hw7vqo1r0xtm7o1_500_large
Sesungguhnya, aku sedang menangis sambil menaip setiap butir- butir huruf dan perkataan untuk entri kali ini. Hari ini, petang ini, detik ini, jam 1 lebih tadi.. opah telah meninggalkan anak serta cucu buat selamanya. Saat berita di sampaikan, bagai nak luruh jantung. Itu baru aku, ibu aku pulak macam mana? Tak boleh nak cakap apa. Masa tu kitorang semua otw nak ke Hospital Ipoh jumpa opah. Kata ibu, opah guna mesin utk bernafas. Masa otw tu, ibu dapat mesej dari kakak saudara/ kak long. Dia bagitahu opah dah takde. Ya, opah dah takde lagi. Ibu hanya mampu menangis. Aku pun hanya mampu menangis. Menangis dan menangis.. Kitorang patah balik sebab abah cakap, kitorang kena prepare semua kat rumah.

Bila tibanya saat itu, setiap kenangan muncul kembali. Waktu aku kecil, setiap petang opah akan suap nasi. Lepas tu aku akan melihat kanak- kanak yg lebih dewasa daripada aku bermain di hadapan rumah opah. Setelah habis nasi aku telan, aku kembali semula ke opah. Begitulah setiap hari. Opah harus menjaga aku kerana ibu dan abah sibuk mencari duit utk anak- beranak.

Bila masuk sekolah rendah, opah selalu ingatkan setiap pagi.. opah suruh baca surah Al- Insyirah. Maksudnya, supaya melapangkan dada kita. Setiap pagi jugaklah aku selalu amalkan benda tu. Sampai lah ke sekolah menengah. Bila naik motor ke sekolah, aku selalu baca doa tu. Alhamdulillah, terima kasih opah :'/

Lepas tu, aku dah jarang jumpa opah. Aku masuk matrik. Balik pun tak selalu. Kalau balik cuti, baru boleh jumpa. Samalah macam keadaan sekarang. Aku masuk KSKB. Tunggu cuti baru jumpa. Sekarang ada cuti sem, boleh la tengok muka opah lama- lama sikit. Tambah pulak, opah duduk dengan keluarga aku. Setiap malam bila aku lalu bilik opah, aku akan tanya.. "Opah nak makan ke?" Tu je soalan yg aku selalu tanya. Entah opah pon dah muak agaknya dgn soalan aku tu. Huhu :') Sekarang, aku nak tanya siapa lagi soalan tu? Hurm.. Ya Allah, tempatkanlah opah aku bersama dengan orang- orang yg beriman. Amin.. Amin ya rabbalalamin.. Assalamualaikum. I miss you so much opah !
She's so cool just the way she are :'/
Heart: Bubu 

6 comments:

Marvin Rangge Velasquez said...

takziah :)

Afiqah Junizan said...

innalillahiwainnailaihirojiun, takziah ye :'(

Bubu said...

Thanks. Alhamdulillah saya dah okay :-)

Rabitah Said said...

Assalamualaikum Faris...

cool okay.. kita pun nanti akan ikot jejak dea jugak.. sekarang niy selalu la doakan kesejahteraan opah awak ek..

salam takziah from kawan lama :')

Bubu said...

Wassalam. Thanks Rabitah :')

Rabitah Said said...

afwan :')