11 Things About Me #Facts

Assalamualaikum w.b.t.

Aku taktao pulak nama game ni "11 Things About Me". Lepas Adam update pasal game ni sekali dengan dia punya tajuk, baru la aku tahu nama game ni ialah seperti tajuk di atas. Cuma part "#Facts" tu aku memandai tambah sendiri sebab nak nampak lagi facts. Herghhh. *buat muka* Masa tengok soalan yg dia bagi tu rasa beronok ronok pulak nak reka cipta soalan sendiri bagi korang jawab. Dulu aku jawab soalan dari nana, hari ni nak jawab soalan dari Adam pulak. Kali ni aku akan ikut rules dia.

Rules:

1. Post this rules.
2. Write 11 things about you.
3. Answer the questions tagger set to you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and linked them to the post.
6. You're not allowed to tag back

11 Things About Me:

1. Nama sebenar Ahmad Faris Bin Ahmad Nor
2. Umor tahun ni 20.
3. Tak suka lipas, durian, ikan keli dan macam macam lagi kalau nak nyatakan satu satu memang tak dapat aku nak ingat semua tu.
4. Suka warna hitam. Kalau boleh semua barang aku nak warna hitam.
5. Suka budak budak. Tak suka baby sebab masa tu still tak boleh nampak samada diaorang comel ke tak.
6. Seorang pelatih di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh.
7. Suka domo. Serious suka gila.
8. Tak suka susu. Tapi kalau ada perisa tambahan aku suka.
9. Minat nyanyi walaupon tahu suara tak sedap. Sebab tu aku nyanyi dalam bilik air je.
10. Tak suka jerawat tapi jerawat suka kat aku. Acano?
11. Anak sulong. Mesti tak percayakan? Blah ah touching.

Soalan Adam:

1. Nama timangan korang apa?
Kalau dengan family, masa kecik- kecik dulu parents panggil ais. Tapi bila dah besar panggil along.

2. Novel, Filem, pelakon yg korang minat?
Novel: Andai itu takdirnya dan novel apatah yg cover dia kasut dengan topi tu. Karya Siti Rosmizah sama macam novel Andai itu takdirnya.
Filem: Serious banyak. Bagi satu lah, The Rise of Guardian.
Pelakon: Sesiapa yg boleh bawak watak lawan lawan. Macam Angelina Jolie.

3. Scene apa apa dalam filem yg korang tak boleh lupakan.
Tak ingat apa- apa pon. Sorry.

4. Mata warna apa?


Original warna coklat. Tapi kalau boleh nak warna hitam. Hoi jangan tengok lama lama.

5. Benda korang akan buat bila korang sedih.
Dengar lagu. Menangis meraung lagi kuat.

6. The last film you had watched?
Epic- 2013. Serius syok.

7. Lagu fav.
Setakat ni lagu Love&Girls by Snsd.

8. Makan, minum fav?
Makanan: Apa apa je as long boleh makan.
Minuman: Laici susu, Tembikai, Tembikai laici, Teo ais laici, Bliss, Vitagen.. Banyak lagi lah.

9. Benda apa yg korang nak buat sangat kat dunia ni tapi tak boleh.
Terbang.

10. Love atau Bff. Terangkan.
Aku pilih dua dua sekali. Sebab kalau kita tengah couple, takkan bff kita nak lupakan betul tak? Lagipon kalau kita tengah gaduh dengan couple, kita nak luahkan dekat sape. Dinding? Ke anak patung? So sebab tu aku pilih dua dua.

11. Ini bukan soalan, tapi aku nak korang yg baca ni bagitao mak ayah korang yg korang sayangkan diaorang. Hargai selagi diaorang masih ada.
Okay Adam :')

Soalan utk korang:

1. Nama sebenar korang?
2. Minat atau tak minat Kpop? Nyatakan sebab.
3. Apa mimpi buruk yg korang pernah dapat?
4. Warna yg paling korang minat?
5. Minat tengok anime tak? Senaraikan.
6. Artis Malaysia yg korang paling tak suka. Nyatakan sebab.
7. Kalau dalam game online, korang minat job apa? Cth archer, magician, tanker.
8. Movie paling best yang korang pernah tengok.
9. Apa korang akan buat kalau spend time dengan orang tersayang?
10. Kalau birthday girl, korang akan bagi apa?
11. Soalan bongok, rasa rasa aku comel tak? Jujur.

Herghhh finally. Tag kat sesiapa yg berminat nak jawab soalan ni. K chiao.

3 comments:

rinnrin said...

Ehem, nak jadi sponsor ?

Bubu said...

@Arina Azman- Sponsor utk apa ya?

Anonymous said...

kau tahi