Resipi Ais Krim Goreng

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa pernah makan ais krim goreng? Dulu aku ada la jugak dengar pasal ais krim goreng ni. Tapi nahh, tak berminat. But one day bila aku blogwalking kat blog Cik Epal, aku ternampak resipi ni. Well memang la aku tak berminat, tapi bila tengok cara dia amat mudah seperti ABC aku pon berminat utk cuba buat. First trial menjadi okay. Ini perlu di banggakan. Muehehe.

Dah ready? K let's go.

Ini adalah bahan bahan dan peralatan yg korang perlukan.
1. Ais krim
2. Roti
3. Pinggan
4. Sudu
5. Cawan berbentuk bulat

Simple bukan?


Mula mula sekali, korang amik 2 keping roti dan letak di atas pinggan. Tekapkan cawan tadi ke atas roti supaya memudahkan korang nak letak ais krim dalam bulatan tu nanti.


Kemudian guna sudu utk letakkan ais krim ke dalam bulatan seperti gambar di atas. Make sure ais krim yg korang letak tu tak terkeluar dari garisan.


Tempek lagi satu roti ke atas roti yg dah ada ais krim tadi. Kemudian guna cawan berbentuk bulat dan tekan. Tekan sekuat mungkin. Nak pusing pusingkan cawan tu pon boleh. Ikut kreativiti anda sehingga anda dapat bentuk seperti di bawah ni.


Wallah! Comel bukan? Macam dorayaki yg doraemon selalu makan tu. Muehehe.


Ulang step tadi. Ikut berapa banyak yg korang nak buat. Lepas tu masukkan dalam peti ais. Make sure, korang tak letak rapat- rapat okay? Takot nanti ais krim goreng korang akan melekat. Tunggu semalaman. I mean, kalau korang buat tu malam.. besok pagi dah boleh goreng. Tapi tak perlu pon. Asal dia beku pon dah kira okay.

Keesokan harinya..


Panaskan minyak macam biasa. Tunggu sampai betul- betul panas.


Keluarkan roti ais krim yg di simpan semalam, kemudian masukkan satu ke dalam kuali. Ingat, satu je tao? Goreng roti tersebut. Jangan bagi hangit nanti lain pulak rasa ais krim goreng korang. Agak- agak macam dah kekuningan tu, angkat. Kemudian masukkan lagi satu. Begitulah seterusnya.

Akhir sekali.. ini lah hasilnya. Ais krim goreng handmade by yourself!


Rasa crunchy di luar. Ais krim yg manis dan sejuk di dalam. Yummykan?

Makesure korang kena makan cepat cepat tao. Baru boleh rasa kenikmatan ais krim goreng air tangan korang. Kalau nak makan utk anak buah ke sepupu ke, masak la banyak. Tapi kalau utk korang sendiri, aku cadangkan masak 3 atau 4 ketul je.

Apa lagi? Pi keluar beli roti dengan ais krim. Jangan tak cuba tao?

12 comments:

FatinSy said...

whoaaa . thanks Bubu :) Nak try ah

Bubu said...

@FatinSy- Welcome. Jangan lupa beli ais krim yg sedap :)

ailullaby said...

Wahh nampak sedap..
nak cuba la nnti ;)

Hehe

Bubu said...

@ailullaby- Memang sedap. Rugi kalau tak cuba :D

anis Sk said...

haritu dah try resepi cik epal nie. act, mula2 igt resepi ni susah tapi senang jo. hehe

Dianaa said...

terliur tengok sebab guna ais krim mahal :p

Bubu said...

@anis Sk- Sama lah. Saya pon ikut Cik Epal punya jugak. First trial menjadi! Hohoh :D

Bubu said...

@Dianaa- Serius cakap. Ais krim ni tak sedap. Menyesal beli jenama Walls :(

Hawa Syazana SD said...

Dah selalu buat.. siap jual lg.. ada mcm2 perisa.. hehe..

btw.. Saya sedang mencari sponsor untuk Mega GA yg bakal sy lancarkan. Kalau awk berminat, boleh tengok2 kat blog saya okay. Terima kasih dan maaf sebab mengganggu di ruangan awk..

http://superdreamland.blogspot.com/2013/06/sponsor-di-cari.html

Bubu said...

@Hawa Syazana SD- Okay memang berminat nak jadi sponsor. Hee~

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Nak try ! ><

Bubu said...

@Lia Abdillah- Selamat mencuba! :D