Kisah Lidah dan Hati.

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas aku ada pergi ceramah agama kat masjid berdekatan dengan kampung aku. Ceramah tu dia cerita pasal Isra' dan Miraj sempena menyambut peristiwa tersebut. Tapi entah macam mana, ustaz tu bercerita pasal kisah hati dan lidah. Ada la sangkut paut dengan Isra' dan Mikraj tapi aku dah lupa pasal apa.

Kisah yg ustaz tu cerita adalah tentang Luqman Al- Hakim yg di sebut dalam Surah Luqman. Begini ceritanya..

Luqman ni seorang yg bijaksana, pandai, cerdik dan pandai berkata- kata. Satu hari, entah macam mana seorang raja ni telah panggil Luqman menghadap dia. Aku lupa sebab apa raja tu panggil Luqman. Kemudian, raja tu bagi Luqman 2 ekor kambing. Then raja tu cakap,

"Beta nak kamu ambil mana- mana bahagian daripada 2 ekor kambing ni, kamu pilih satu bahagian yg terbaik dan satu bahagian yg paling buruk."

Luqman laksanakan perintah raja tu lalu dia pon bawak balik 2 ekor kambing ni. Sesampai di rumah Luqman pon sembelih la kambing ni kemudian dia memilih bahagian yg terbaik dan bahagian yg terburuk.

Keesokan harinya, Luqman datang ke istana raja sambil membawa dua dulang bertutup di mana di dalam dulang tersebut terdapat bahagian yg di minta oleh raja. Satu bahagian terbaik dan satu bahagian yg terburuk. Maka raja pon menyuruh Luqman membuka dulang yg pertama. Apa yg terdapat di dalam dulang tersebut adalah lidah dan hati. Raja berasa hairan lalu bertanya akan perbuatannya itu. Luqman menjawab,

"Jika hati kita kotor, maka kotor lah yg di keluarkan oleh lidah. Jika hati kita bersih, maka indah lah segala yg di keluarkan oleh lidah."

Selepas mendengar jawapan Luqman, raja menyuruh Luqman membuka dulang yg kedua pula. Ternyata isinya masih sama; iaitu lidah dan hati. Raja bertanya pada Luqman kenapa masih sama isi di dalam dulang tersebut. Jawapan Luqman masih sama seperti jawapannya yg pertama tadi.

Sesuailah dengan hadis Nabi s.a.w yg bermaksud:

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

Itu lah kisah yg aku nak kongsikan dengan korang. Aku taktao kisah ni plot dia macam ni atau tak. Sebab aku ada check google, ada lagi satu kisah yg tertulis macam ni. Wallahu'alam. Aku hanya sampaikan apa yg telah di ceritakan oleh Ustaz pada malam ceramah tu. Apapon kesimpulannya, jagalah hati. Jaga iman insyaAllah segala- galanya akan baik. Itu sahaja perkongsian utk malam ni. Assalamualaikum.

No comments: