Trip to Sarawak Part II

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Sarawak hari tu. Kiranya ni entri terakhir lah ya? Memandangkan dalam entri pertama hari tu aku dah ceritakan pasal 1st and second day. So hari ni ialah entri hari terakhir di Kuching, Sarawak.

Di sebabkan malam tu dah makan banyak gila lauk, tidor pon jadi nyenyak. Lena di ulit mimpi gittew. Tapi bilik aku ni panas sikit. Entah kenapa air cond dia macam tak berfungsi. Herghh.

Pagi tu lepas sarapan, kitorang bergerak ke Kampung Budaya Sarawak. Objektif yg kitorang perlu buat kat sini adalah utk melawat ke lapan lapan kaum yg ada kat Sarawak ni, tapi.. di sebabkan kitorang sampai pukul 11.00 pagi, maka kitorang hanya sempat lawat satu kaum je sebab pukul 12.30 tengah hari tu akan ada show daripada orang Sarawak.


Sebelum korang masuk kat dalam Kampung Budaya ni, korang akan di beri satu passport. Mula- mula macam blur, tah kenapa tah diaorang bagi buku ni. Tapi bila korang sampai kat tempat satu satu kaum ni, nanti akan ada mak cik guard ke apatah.. diaorang akan mintak buku passport korang dan dia akan tanda. Maksudnya nak menunjukkan yg korang dah datang kat kaum tu.


Ini antara gambar rumah yg aku sempat tangkap. Dalam gambar ni adalah rumah utk kaum orang Bidayuh.

Kaum Sarawak yg kitorang lawat ialah kaum Bidayuh. Gambar rumah dia korang boleh tengok gambar atas tadi yg ada tangga tu. Sesampai je kat atas rumah tu, kitorang akan di sajikan dengan tarian daripada kaum Bidayuh. Oh wait, di sajikan? Herghh whatever. Lepas diaorang buat tarian pembukaan, kitorang pergi melawat bahagian dalam rumah tu. Dalam rumah tu jugak, korang boleh cuba pakai pakaian kaum Bidayuh dengan bayaran RM10 sorang.


Di sebabkan mak bapak aku ni jenis yang excited, jadi diaorang pon cuba pakai pakaian kaum Bidayuh ni. Majoriti yg pakai semuanya yg dah veteran. Eh? Maksud aku matang. Muehehe mati aku kena belasah dengan diaorang.

Di sebabkan masa mencemburui kitorang, jadi kitorang terpaksa bergerak ke pawagam ke apatah aku taktahu nak cakap.. sebab akan ada persembahan daripada orang Sarawak. Sila rujuk perenggan 3. Dah macam karangan kan siap berperenggan perenggan ni? Biaq pi.

Dalam persembahan ni, diaorang akan tunjukkan tarian tarian daripada kelapan lapan kaum di Sarawak. Part paling.. paling apa aku taktahu nak describekan.. bila ada satu kaum ni, orang lelaki yg buat tarian tu akan pakai seluar dalam je. Tapi akan di cover dengan kain, you know? Bila diaorang pusing belakang akan nampak keseksiannya kat situ. Haha korang tao apa yg aku maksudkan. So aku rasa korang sendiri boleh describekan apa nama utk part ni.


Haa yg ni the best part. Part yg akhir sekali. Diaorang akan ajak semua penonton utk join menari dgn diaorang. Mana yg ada keyakinan tu pergi lah join. Yg nak suka suka ke apa, tapi aku jenis yg malu- malu kucing.. *krik krik* So aku duduk je dari atas sambil bergelak ketawa tengok gelagat penonton- penonton tu menari.

Habis je persembahan tu, kitorang makan tengahhari dalam Kampung Budaya tu jugak.


Lepas habis makan semua, kitorang bergerak ke Dayang Salhah Kek Lapis. Kitorang tak balik hotel sebab pagi tu sebelum bergerak ke Kampung Budaya kitorang dah check out awal awal. Takut lewat ke KLIA katanya uolls. Well, bila dah datang Sarawak memang tak sah kalau tak membeli kek lapis sebab diaorang memang fofular dengan kek lapis ni kan?


Masuk je kedai tu, terus ada bermacam- macam jenis kek lapis kat tengah tengaj kedai. Rambang gila mata. Yang aku pelik, kek tu dia potong kecik cinonet je. Lepas tu aku tengok semua orang main makan je kek yg ada atas meja tu. Rupa rupanya baru aku tao, memang orang kedai tu buat macam tu. Bagi pengunjung rasa kek diaorang..baru puas hati membeli beli.


Murahkan harga dia. Siap ada promosi istimewa lagi. Berbaloi- baloi beli kek lapis kat sini.



Petang tu sebelum bergerak ke KLIA, kitorang sempat bergambar dengan kucing. Tak complete lah kalau datang sana tak bergambar dengan patung kucing kan?

Malam tu kitorang naik flight sampai ke semenanjung pukul 12.30 tengahmalam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Telinga pon tak dengung macam masa hari pertama naik flight hari tu.


K ini muka budak batak sebab dapat seat tepi tingkap. Hohoho.

Untuk penutup, aku nak kongsikan dengan korang macam mana nak hilangkan rasa dengung masa flight nak mendarat. Cara dia sangat mudah. Menguap. Serius kalau korang menguap rasa dengung tu hilang. Tak payah nak telan air liur ke apa. Tak menjadi langsung petua bapak aku tu. Pffst.

A/pon trip ke Kuching Sarawak memang satu pengalaman yg seronok bagi aku. Thank you for reading this entry.

No comments: