Good Bye Semenanjung, Say Hello to Sarawak.

Assalamualaikum w.b.t.

Quick update. Actually aku kat rumah lagi ni. Petang nanti lepas solat jumaat baru gerak ke KLIA. dan.. ke Sarawak. Tajuk tu? Oh saje nak poyo poyo. Konon konon dah sampai kat Sarawak.  Aku kan memang suka tipu tipu orang ni.

Supposedly aku patut rasa excited dengan lawatan ni. Yelah first time nak tinggalkan Semenanjung. First time jugak nak naik kapal terbang. Yeah seriously before this aku tak pernah naik kapal terbang lagi. Tapi entah lah. I don't know. Rasa macam biasa biasa pulak. Period kot. Eh?


So ini adalah jadual utk lawatan tu. Anjuran apa aku taktao. Tapi ada kena mengena dengan Felcra. Aku tak amik port lah pasal benda benda alah ni. Muehehe. Oh mohon korang click gambar tu kalau nak tengok apa aktiviti yg aku buat kat sana. Nak cerita pon aku taktao sebab belom pernah pergi lagi. Hehe *tunduk bawah garu kepala*

Masa nak packing- packing barang tadi, tetiba ternampak pulak..



Ada kesan warna merah kat sweater dengan tracksuit aku. Sedih doh sweater kesayangan jadi macam ni. Memang jadi pengajaran utk aku. So aku nak ingatkan korang jugak, kalau ada apa apa pakaian korang yg warna putih.. better korang basuh sendiri. Kalau tak, ini lah padahnya. Aku taktao nak campak mana sweater tu. Takde hati dah nak pakai. Pffst.


Dalam sedih sedih tu, siap jugak aku kemas pakaian yg nak bawak ke Sarawak nanti. Yeah sikit je. Buat apa nak bawak banyak barang. Beratkan beg je. Aku jugak yg kena bawak nanti.

One more thing. Laptop. Selalunya kalau jalan jejauh ada lawatan macam ni korang bawak laptop tak? Aku rasa macam nak bawak sebab tu tinggalkan space dalam beg baju tu. Petang karang lepas solat jumaat baru letak. Boleh online online kejap sekarang ni. Tapi tu lah.. kalau berat maybe aku tinggal kot. Sebab bukannya aku tao line kat sana elok ke tak. Yeah that's all.

Kan aku dah cakap quick update. So, apa apa aktiviti yg aku buat kat sana nanti aku update okay? Salam jumaat sumorang. Paipai.

2 comments:

Mekar said...

Moga selamat dalam perjalanan ke sana. Nanti bawa balik lah cenderahati sikit. Hehe

Bubu said...

@Noratisa Nasir- Alhamdulillah dah sampai. InsyaAllah beli. Tapi utk member je lah. Muehehe.