Assalamalaikom dan selamat pagi semuorangg.
Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa. Kerap kali beliau mengeluarkan kata- kata ini. Ingin menunjukkan betapa melayu mudah lupa. Dulu kita pernah di pijak, kita pernah di jajah, di caci, di hina, di herdik. Bermacam- macam lagi yg telah beliau suarakan didalam sajaknya. Tapi tetap, melayu mudah lupa. Bukan maksud aku nak mencaci mahupun mengherdik bangsa sendiri, tapi lihatlah kini. Melayu sememangnya mudah lupa. Alpa dengan segala imaginasi dan fantasi di dalam dunia sendiri.
Alhamdulillah. Buat pertama kali dalam hidup, aku bertemu dengan beliau. Siapa tidak kenal beliau? Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981- 2003. Perdana Menteri Malaysia yg paling lama membimbing dan memerintah rakyatnya. Tidak pernah lupa dengan rakyat. Beliau berjiwa rakyat. Beliaulah Tun Dr Mahathir Mohamad. Seorang mantan Perdana Menteri kita kini.
Tanggal 09 Disember 2012 bersamaan hari Ahad. Seperti yg sedia maklum, di negeri Kedah hari Ahad merupakan hari bekerja. Di sebabkan utk sem ini aku berpraktikal di sini, maka aku perlu bangun awal pagi pada hari itu. Ya, tidak sia- sia aku gigih utk bangun pada hari tersebut. Follow arahan IK Food utk ke pameran kesihatan, menunggu dan terus menunggu di Himpunan Mesra Rakyat Sik kerana akhirnya, aku dapat bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas sekali ucapannya berkaitan politik. Tapi aku tidak hiraukan perkara tersebut. Aku tidak berminat utk ambil tahu. Yg satu hanyalah aku terharu kerana aku dapat bertemu dengan beliau. Bangga? Ya, aku memang berbangga kerana dapat bertemu dengan beliau. Sebelum ni hanya melihat beliau di kaca televisyen, namun pada hari itu Tun Dr Mahathir berada di hadapan mataku.
Sempat merakam kata- kata yg di ucap oleh beliau. Berulang kali aku menonton video tersebut. Aku berbangga. Berbangga kerana pernah berada di bawah naungan pemerintahan beliau. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Tidak kah kau? Assalamualaikum.

Sincerely: Bubu ♥
No comments:
Post a Comment