Bukit Gambang; Hari Pertama

Assalamualaikum.

Dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, gua nak mulakan post ni. K agak lama jugak gua dah tak update blog. W/pon tak sampai seminggu tapi gua dah rasa kekok mcm mana nak mulakan post entri. K gua tengah blank. Tambah pulak dengan emosi yang tak seimbang ni. Seriously takde mood nak update blog. *tarik nafas, hembus*

K before gua mula, gua nak cakap yg gua ada guna dua camera tao? First gua punya camera, second ibu gua punya. Yg ibu gua punya tu, dia punya USB entah hilang ke mana. Di sebabkan masa hari pertama kat Bukit Gambang gua tangkap gambar guna camera ibu gua, maka gua tak dapat selitkan apa- apa gambar pon dalam post entri utk hari pertama ni. Melainkan gambar atas ni je gua tangkap guna camera cikai gua tu. Pahamkan? Pengajarannya, lepas ni gua taknak guna camera orang lain dah. K learn it.

22 Disember 2012 (Sabtu)

Lebih kurang dalam 7.00pagi macam tu gua dgn family dah keluar tunggu kat kedai makan berdekatan dengan rumah. Utk family day kali ni, kitorang satu family naik bas. Abah cakap "Perjalanan jauh. Lebih baik duduk rilek dalam bas je." Aku pon taknak membangkang apa- apa. Then lepas breakfast kitorang bertolak dalam 7 lebih macam tu. Bas berhenti kat tepi jalan rumah memandangkan perjalanan ke Pahang lalu depan rumah gua. Well dalam bas kan? Takde apa yg nak di buat. Kitorang tidor je lah. Berhenti kat R&R, makan. Tidor. Dengar lagu. Tidor. Bosan kan?

Alhamdulillah. Tepat- tepat pukul 3.00petang kitorang sampai kat Carribean Hotel. Check in. Maka dari sini acara bebas hingga pukul 8.00 malam. Sebelum masuk bilik. Masing- masing tunggu okay ke tak bilik yg kitorang dapat. Mula- mula abah tak pandai nak bukak pintu dia sebab pintu tak guna kunci. Dia guna kad. Kena letak kad tu kat pintu then tarik dia punya tombol tu. K taktao mcm mana nak terangkan kat korang -,-' Bilik kitorang best. Rasanya sama je kot mcm bilik yg lain. Ada dapur, ruangtamu, 2 bilik. Setiap bilik tu ada 2 katil, bilik air, almari, meja solek. Complete kan? Kitorang ada 4 beranak je. So ibu dgn abah satu bilik. Gua dgn adik satu bilik. Selesa sangat :) Petang tu masih malu- malu lagi nak keluar. So duduk diam- diam dalam bilik je tidoq. Hehe.

Sedikit selingan kejap. Lepas sampai kat bilik, baru gua sedar yg gua tertinggal fon. Macam vavik sangat benda penting mcm tu boleh tertinggal. Kan? K tu takpe lah lagi. Bila dah bosan dekat dalam bilik, gua mesti la nak online. Nak buat apa lagikan? Alhamdulillah. Line penuh. Strength signal dia bapak tinggi. Sumpah bersyukur gila. Tapi, ada tapinya. Tapi.. download dia sangat macam pfst. Gua tak boleh nak online. Ergh, nak kata pedalaman tak la. Tapi, haih.. sumpah tension. Fon takde. Online tak boleh. Boleh bayang tak? Rawr betol.

K malam tu pukul 8.00 ada dinner. Diaorang terang apa aktiviti kitorang kat sini. Yg aku peliknya kitorang dah dapat schedule utk aktiviti kat sana nanti. Tapi, lantak lah dah diaorang rajin sangat nak baca balik satu per satu. Then diaorang agih- agih kan setiap yg hadir tu kepada beberapa kumpulan sebab besoknya akan ada sukaneka. Tema kumpulan tahun ni ikut movie. Abah dapat KL Menjerit. Ibu Hantu Kapcai. Adik Bini- biniku Gengster. Gua Ombak Rindu. Haha :D K cukup sampai kat sini.

Lepas tu, sepatutnya kitorang kena pergi Amusement Park. Tempat ni utk kanak- kanak 3- 12 tahun je. So, gua dgn family macam... *bunyi cengkerik* Nampak tak maksud gua kat situ? Maka tanpa berlengah lagi, kitorang balik bilik buat aktiviti sendiri. Ibu dgn adik tengok TV. Abah keluar dgn member dia yg lain. Gua layan reality show SNSD. Hehew :3 Actually terpaksa sebab tak dapat nak online. Pfst -,-'

Last sekali tidor je. Actually gua ada tangkap gambar utk bagi korang tengok supaya post kali ni tak membosankan. Tapi tu lah. Macam yg gua cakap tadi. Hmm. Tapi utk Hari ke 2 & 3 akan ada gambar utk korang. Sorry kalau post ni membosankan eh? K selamat malam. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

No comments: