Bukit Gambang; Hari Kedua

Assalamualaikum.

Doakan moga gua dapat habiskan cerita utk hari kedua yg panjang berjela ni di Bukit Gampang kat korang. Eh sengaje typo. Bukit Gambang. Sebelum korang mula, gua nak bagi amaran kepada sesiapa yg tak suka entri yg panjang- panjang sila tekan butang x kat atas tu. Terima kasih. Gua taknak melalut lagi. Kepada yg dah tak sabar, jom teruskan membaca utk aktiviti di Bukit Gambang pada hari kedua.

23 Disember 2012 (Ahad)

Pagi tu kena bangun awal sebab lepas breakfast kitorang akan ada sukaneka. Paling awesome, gua punya family paling awal keluar pagi tu. Matahari belom terbitkan wajah dia lagi tapi kitorang dah siap sedia tunggu family yg lain kat Coffee House ground floor. Sebelum- sebelum ni, gua punya family selalu lambat nak pergi makan ke apa. Sebab tu gua cakap "paling awesome". K paham?

Lepas breakfast, kitorang pergi sukaneka. Tak sangka ramai gila rupanya family utk Hari Keluarga kali ni. Lebih 100 orang agaknya. K acara pertama di mulakan dengan kanak- kanak bawah umur 3 tahun. Well setiap tahun acara utk diaorang ni kutip gula- gula je. Haha.


See? Comelkan diaorang. I just love kids :) Acara kedua pulak utk kanak- kanak umur 3- 12 tahun. Acara pertama utk diaorang isi air dalam botol. Perlu ke gua explain mcm mana nak isi air dalam botol?

Seronok tengok diaorang. Teringat masa zaman kecik- kecik dulu. Hehe. Eh korang nampak tak kat dalam gambar pertama tu, ada sorang budak tinggi gila pakai tudung warna oren? Tinggikan? Gua ingat dah tingkatan dah. Rupanya baru darjah enam. *troll face* Lol :D

K lepas acara diaorang, acara utk orang dewasa pulak. Utk ni takde gambar gua nak selitkan sebab masa ni semua orang dewasa masuk. So gua tak boleh nak tangkap apa- apa gambar. Game dia macam ni; Pihak penganjur bagi mcm satu benda petak kat kitorang. Then, kitorang kena catwalk. Letak benda petak tu atas kepala then berjalan. Means kena seimbangkan la tak boleh jatuh. Pahamkan? Utk game ni, kumpulan gua, Ombak Rindu dapat nombor 1. Family gua yg lain takde nombor. Kesian.

Lepas tu acara utk kanak- kanak 3- 12 tahun balik. Nama game ni bom apatah. Padahal guna belon je. Nama mesti nak gempak. Nampak tak permainan dia kat situ? Heh.

Game ni diaorang kena main macam ni; Diaorang akan disusun dalam 1 barisan. Then orang depan akan pegang dulu belon tu. Kena pas kat org belakang ikut atas. Then org yg terima tadi tu kena bagi kat org belakang dia ikut bawah pulak. Then ikut atas balik. Then bawah. Lepas habis 1 barisan, kena pusing then buat macam tadi balik. K harap korang paham mcm mana diaorang main game ni. Bak kata abg aturcara baju hijau tu "gituuuulah". Tak habis- habis dgn ayat "gituuuulah" dia. Lakalaka la abg aturcara ni. Game ni game terakhir utk kanak- kanak umur 3- 12 tahun. K done.

Last sekali game terakhir utk org dewasa. Eh dah habis dah? Ha'a dah habis. Sekejap je. Sukaneka tahun ni tak best macam sukaneka tahun- tahun lepas. Tahun ni punya ada 2 game je. K game utk seterusnya ni mcm biasa dalam setiap tahun, game yg terakhir adalah game tarik tali.

K dalam gambar ni ada bapak gua. Tu yg first sekali tu. Tu la Ahmad Nor Bin Hj Selamat@ Suyot. Bapak kepada Ahmad Faris Bin Ahmad Nor. Cuba tengok gambar pertama tu. Lakalaka kan muka bapak gua? Abah abah -,-'

Aku rasa korang dah boleh agak mana satu Faridah Binti Tahrim dalam gambar atas ni. Sempat pulak buat (Y) padahal game nak mula dah. (Y) punya pasal, tak sempat nak tarik. Kalah terus. Then gelak. Hikhok punya ibu. Gambar gua tarik tali? Ada ada.

Muka gambar gua lepas tarik tali ada lah. Masa tengah tarik tali takde. Hehe :P Tapi jgn memain woo, kumpulan gua dapat nombor 3. Nasib ada Pak Cik Meor dalam kumpulan kitorang. sebab badan dia.. *buat- buat paham* K lepas habis game tarik tali, semua family- family kena berkumpul. Amik gambar kenang- kenangan utk Hari Keluarga tahun ni. Macam yg gua dah cakap tadi, tak sangka family tahun ni ramai gila.

See ramaikan? Game pon habis awal. Dalam 10 lebih macam. Makan tengahhari lambat lagi. So kitorang balik bilik tidor dulu sebelum makan tengahhari. Kena kumpul balik tenaga sebab petang tu so excited nak pergi Water Park. Omomo.

Lepas dah tidor. Makan tengah hari, now tibalah masa yg di tunggu- tunggu. Tak sah kalau pergi sana tak jejakkan kaki ke Water Park kat Bukit Gambang ni. Lagipun Bukit Gampang ni mmg famous dgn Water Park dia kan? K typo lagi. Maaf maaf. Utk pergi ke sana, kitorang kena naik mini keretapi ni.

Perjalanan dia tak lah jauh sangat. Tapi kalau jalan kaki, boleh penat jugak lah. Sepanjang perjalanan ke Water Park tu, *k bunyi mcm jauh sangat je* parking kereta penuh. Biasa lah tengah cuti sekolah kan? Sebab tu banyak gila kereta kat tempat parking. Eh bukan setakat kat tempat parking je, diaorang siap parking kat luar kawasan lagi. Bayangkan berapa banyak manusia kat dalam tu nanti?

Bila dah sampai. Gua excited gila. Actually buat- buat excited sebab penat sangat bersukan pagi tadi. Sebab tu boleh dapat tempat pertama dgn ketiga. K bangga kejap. Korang excited tak nak tahu permainan apa yg aku main kat dalam tu? K tengok gambar ni dulu.

Nampak tak apa yg ingin gua sampaikan kat korang? Masuk je tempat mandi yg berombak rindu bagai tu. No i mean yg ada ombak ombak tu lah. Penuh gila dengan manusia. Tak kira Melayu, Cina dan India. You know what i mean? Entah ada org wee wee ke apa ke. So, fahamkan apa maksud gua? Abah tak habis- habis cakap macam ni "Orang bukan bawak pelampung pergi mandi kat air, tapi orang bawak pelampung berjalan kat darat. Cari tempat nak berehat" Lepas tu berdekah- dekah ketawa si abah. K BM sangat ayat aku -,-' Makanya, kitorang tak mandi pon. Terus keluar. Jadi lah dapat jejakkan kaki kat Water Park tu dari takde langsung. Last- last, kitorang mandi kat swimming pool je. Orang pon sikit. Tak perlu nak risau ada orang ter wee wee ke tak. Haha.


Malam tu, ada BBQ dinner dgn penyampaian hadiah utk kitorang yg menang. Mana yg tak menang tu dapat saguhati je. *tengah belagak ni sebab menang main sukaneka tadi* Oh btw, tema utk BBQ dinner malam tu ialah hitam, biru, oren "Glamarous". Lepas bagi hadiah semua tu.. *selingan kejap. secara keseluruhan, kumpulan gua dapat nombor 3* tetiba ada kejutan utk Tn Harun iaitu Pengurus Felcra Changkat Jong. Staf- staf belikan kek utk dia. Bukan birthday, tapi sempena perpindahan dia ke Felcra di Sarawak. Tn Harun baju warna biru, sebelah tu isteri dia. Yg laki lagi sorang tu Tn Hj Ismail. Pangkat dia lagi besar tapi aku taktao apa. Sebelah dia tu isteri dia.

K maka tamatlah sudah segala aktiviti utk Hari Kedua di Bukit Gambang. Pergh sumpah penat aku nak menulis entri sepanjang ni. Bagi sesiapa yg dah baca sampai habis. Thank you sebab sudi luangkan masa korang dgn membaca entri yg panjang berjela- jela ni. Kalau masuk SPM boleh dapat A. K aku melawak je. Thanks again *terharu* Mention me at twitter. Tunggu post terakhir utk Hari Ketiga di Bukit Gambang. K bye, assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 


4 comments:

Miss said...

kumpulan gua dapat nombor 3. Nasib ada Pak Cik Meor dalam kumpulan kitorang. sebab badan dia.. *buat- buat paham* you agak-agaklah nak kutuk org, macam you perfect sangat. Mr.perfect kerrrrrrrr........

Miss said...

kumpulan gua dapat nombor 3. Nasib ada Pak Cik Meor dalam kumpulan kitorang. sebab badan dia.. *buat- buat paham* you ni agak-agaklah nk kutuk org. mcm you perfect sangat. benci lelaki mulut busuk. you tu mr. perfect kerr......

Miss said...

kumpulan gua dapat nombor 3. Nasib ada Pak Cik Meor dalam kumpulan kitorang. sebab badan dia.. *buat- buat paham* jahat you i. benci lelaki mulut busuk. mcm you ni mr. perfect pulak. hahahahahahahahahahahah hahhh

Miss said...

kumpulan gua dapat nombor 3. Nasib ada Pak Cik Meor dalam kumpulan kitorang. sebab badan dia.. *buat- buat paham* jahat kan lelaki mulut busuk mcm you