Bukit Gambang; Hari Ketiga

Assalamualaikum.

Petang yg indah dengan cuaca agak mendung *nak hujan agaknya* lebih molek kiranya gua mengisi masa yg bosan dan lapang ini dgn mengupdate post Hari Ketiga di Bukit Gambang. Utk post kali ni, ia merupakan hari terakhir family FUESB berada di Bukit Gambang Kuantan, Pahang. Ada yg naik kereta sendiri, ada yg naik bas. Mana yg naik kereta tu, tu hak diaorang nak balik pukul berapa. Tapi bagi family- family yg naik bas ni, kitorang kena ikut jadual.

Sepatutnya aktiviti dalam tentatif yg diberikan, kitorang akan sarapan pada pukul 7.00pagi di Coffe House ground floor dan akan check out pada pukul 12.00tengahhari kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Teluk Intan, Perak. Tapi.. ketua- ketua keluarga utk family yg menaiki bas mencadangkan begini; Sarapan mcm biasa. Tapi terus bawak beg. Check- out kemudian berjalan- jalan sebentar di sekitar Kuantan. Nak beli keropok lekor katanya. Maka, seperti yg telah pon di plan oleh bapak- bapak ni, kitorang pon ikut je.

Masa diaorang tengah sibuk beli keropok lekor tu, gua tengah tidor. So gua taktao kat mana destinasi keropok lekor yg bagus kat Pahang ni dan. gua tak dapat nak selitkan apa- apa gambar semasa diaorang berhenti beli keropok lekor tu. Harap paham gua penat :)

Apa yg gua nak kongsikan dgn korang dalam entri ni ialah sebuah R&R, eh sebuah ke apa nak panggil R&R? Biaq pi. Kitorang singgah makan tengahhari di R&R Genting Sempah. Bukan Genting Highland okay? Apa yg gua nak tunjukkan kat korang ialah..

Ialah apa? K for the first time gua nampak ada simbol McDonald kat R&R dalam Malaysia ni. K agak batak di situ sebab gua tak pernah nampak pon mana- mana R&R yg ada McDonald. R&R lain ada ke? selalunya KFC ada lah kan? Duckin Donut. Baskin Robin. Hmm. So gua agak batak di situ. The 2nd thing is, bagi gua R&R ni besar gila bapak. Tak percaya? See.

Haa kan? K ni baru sebahagian dari R&R tu. Gua tao gua macam batak kelam kabut gila kentang punya kan? But yes. Memang masa sampai tu gua memang batak la. Sebelum masuk tu macam "Wooooo, besar gila bapak R&R ni" Hah lebih kurang macam tu lah reaksi gua. Kalau korang yg tak pernah pergi pon mesti akan "opocot, tepanjat boboi" jugak. Trust me. Lepas makan- makan semua tu kitorang teruskan perjalanan pulang ke Teluk Intan, Perak. Alhamdulillah selamat sampai kat rumah pukul 5.00petang.

So? Done. Alhamdulillah. Habis jugak entri 3 hari di Bukit Gambang. Mohon maaf kalau gua ada sengaja mencarut ke apa. Haha. Dah jadi mcm hobi pulak gua ni kan? Kepada yg tak sempat nak baca utk entri Hari Kedua & Pertama, korang boleh klik older post okay? Segala yg baik datang dari Allah, segala yg buruk datang dari diri gua sendiri. K assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Bukit Gambang; Hari Kedua

Assalamualaikum.

Doakan moga gua dapat habiskan cerita utk hari kedua yg panjang berjela ni di Bukit Gampang kat korang. Eh sengaje typo. Bukit Gambang. Sebelum korang mula, gua nak bagi amaran kepada sesiapa yg tak suka entri yg panjang- panjang sila tekan butang x kat atas tu. Terima kasih. Gua taknak melalut lagi. Kepada yg dah tak sabar, jom teruskan membaca utk aktiviti di Bukit Gambang pada hari kedua.

23 Disember 2012 (Ahad)

Pagi tu kena bangun awal sebab lepas breakfast kitorang akan ada sukaneka. Paling awesome, gua punya family paling awal keluar pagi tu. Matahari belom terbitkan wajah dia lagi tapi kitorang dah siap sedia tunggu family yg lain kat Coffee House ground floor. Sebelum- sebelum ni, gua punya family selalu lambat nak pergi makan ke apa. Sebab tu gua cakap "paling awesome". K paham?

Lepas breakfast, kitorang pergi sukaneka. Tak sangka ramai gila rupanya family utk Hari Keluarga kali ni. Lebih 100 orang agaknya. K acara pertama di mulakan dengan kanak- kanak bawah umur 3 tahun. Well setiap tahun acara utk diaorang ni kutip gula- gula je. Haha.


See? Comelkan diaorang. I just love kids :) Acara kedua pulak utk kanak- kanak umur 3- 12 tahun. Acara pertama utk diaorang isi air dalam botol. Perlu ke gua explain mcm mana nak isi air dalam botol?

Seronok tengok diaorang. Teringat masa zaman kecik- kecik dulu. Hehe. Eh korang nampak tak kat dalam gambar pertama tu, ada sorang budak tinggi gila pakai tudung warna oren? Tinggikan? Gua ingat dah tingkatan dah. Rupanya baru darjah enam. *troll face* Lol :D

K lepas acara diaorang, acara utk orang dewasa pulak. Utk ni takde gambar gua nak selitkan sebab masa ni semua orang dewasa masuk. So gua tak boleh nak tangkap apa- apa gambar. Game dia macam ni; Pihak penganjur bagi mcm satu benda petak kat kitorang. Then, kitorang kena catwalk. Letak benda petak tu atas kepala then berjalan. Means kena seimbangkan la tak boleh jatuh. Pahamkan? Utk game ni, kumpulan gua, Ombak Rindu dapat nombor 1. Family gua yg lain takde nombor. Kesian.

Lepas tu acara utk kanak- kanak 3- 12 tahun balik. Nama game ni bom apatah. Padahal guna belon je. Nama mesti nak gempak. Nampak tak permainan dia kat situ? Heh.

Game ni diaorang kena main macam ni; Diaorang akan disusun dalam 1 barisan. Then orang depan akan pegang dulu belon tu. Kena pas kat org belakang ikut atas. Then org yg terima tadi tu kena bagi kat org belakang dia ikut bawah pulak. Then ikut atas balik. Then bawah. Lepas habis 1 barisan, kena pusing then buat macam tadi balik. K harap korang paham mcm mana diaorang main game ni. Bak kata abg aturcara baju hijau tu "gituuuulah". Tak habis- habis dgn ayat "gituuuulah" dia. Lakalaka la abg aturcara ni. Game ni game terakhir utk kanak- kanak umur 3- 12 tahun. K done.

Last sekali game terakhir utk org dewasa. Eh dah habis dah? Ha'a dah habis. Sekejap je. Sukaneka tahun ni tak best macam sukaneka tahun- tahun lepas. Tahun ni punya ada 2 game je. K game utk seterusnya ni mcm biasa dalam setiap tahun, game yg terakhir adalah game tarik tali.

K dalam gambar ni ada bapak gua. Tu yg first sekali tu. Tu la Ahmad Nor Bin Hj Selamat@ Suyot. Bapak kepada Ahmad Faris Bin Ahmad Nor. Cuba tengok gambar pertama tu. Lakalaka kan muka bapak gua? Abah abah -,-'

Aku rasa korang dah boleh agak mana satu Faridah Binti Tahrim dalam gambar atas ni. Sempat pulak buat (Y) padahal game nak mula dah. (Y) punya pasal, tak sempat nak tarik. Kalah terus. Then gelak. Hikhok punya ibu. Gambar gua tarik tali? Ada ada.

Muka gambar gua lepas tarik tali ada lah. Masa tengah tarik tali takde. Hehe :P Tapi jgn memain woo, kumpulan gua dapat nombor 3. Nasib ada Pak Cik Meor dalam kumpulan kitorang. sebab badan dia.. *buat- buat paham* K lepas habis game tarik tali, semua family- family kena berkumpul. Amik gambar kenang- kenangan utk Hari Keluarga tahun ni. Macam yg gua dah cakap tadi, tak sangka family tahun ni ramai gila.

See ramaikan? Game pon habis awal. Dalam 10 lebih macam. Makan tengahhari lambat lagi. So kitorang balik bilik tidor dulu sebelum makan tengahhari. Kena kumpul balik tenaga sebab petang tu so excited nak pergi Water Park. Omomo.

Lepas dah tidor. Makan tengah hari, now tibalah masa yg di tunggu- tunggu. Tak sah kalau pergi sana tak jejakkan kaki ke Water Park kat Bukit Gambang ni. Lagipun Bukit Gampang ni mmg famous dgn Water Park dia kan? K typo lagi. Maaf maaf. Utk pergi ke sana, kitorang kena naik mini keretapi ni.

Perjalanan dia tak lah jauh sangat. Tapi kalau jalan kaki, boleh penat jugak lah. Sepanjang perjalanan ke Water Park tu, *k bunyi mcm jauh sangat je* parking kereta penuh. Biasa lah tengah cuti sekolah kan? Sebab tu banyak gila kereta kat tempat parking. Eh bukan setakat kat tempat parking je, diaorang siap parking kat luar kawasan lagi. Bayangkan berapa banyak manusia kat dalam tu nanti?

Bila dah sampai. Gua excited gila. Actually buat- buat excited sebab penat sangat bersukan pagi tadi. Sebab tu boleh dapat tempat pertama dgn ketiga. K bangga kejap. Korang excited tak nak tahu permainan apa yg aku main kat dalam tu? K tengok gambar ni dulu.

Nampak tak apa yg ingin gua sampaikan kat korang? Masuk je tempat mandi yg berombak rindu bagai tu. No i mean yg ada ombak ombak tu lah. Penuh gila dengan manusia. Tak kira Melayu, Cina dan India. You know what i mean? Entah ada org wee wee ke apa ke. So, fahamkan apa maksud gua? Abah tak habis- habis cakap macam ni "Orang bukan bawak pelampung pergi mandi kat air, tapi orang bawak pelampung berjalan kat darat. Cari tempat nak berehat" Lepas tu berdekah- dekah ketawa si abah. K BM sangat ayat aku -,-' Makanya, kitorang tak mandi pon. Terus keluar. Jadi lah dapat jejakkan kaki kat Water Park tu dari takde langsung. Last- last, kitorang mandi kat swimming pool je. Orang pon sikit. Tak perlu nak risau ada orang ter wee wee ke tak. Haha.


Malam tu, ada BBQ dinner dgn penyampaian hadiah utk kitorang yg menang. Mana yg tak menang tu dapat saguhati je. *tengah belagak ni sebab menang main sukaneka tadi* Oh btw, tema utk BBQ dinner malam tu ialah hitam, biru, oren "Glamarous". Lepas bagi hadiah semua tu.. *selingan kejap. secara keseluruhan, kumpulan gua dapat nombor 3* tetiba ada kejutan utk Tn Harun iaitu Pengurus Felcra Changkat Jong. Staf- staf belikan kek utk dia. Bukan birthday, tapi sempena perpindahan dia ke Felcra di Sarawak. Tn Harun baju warna biru, sebelah tu isteri dia. Yg laki lagi sorang tu Tn Hj Ismail. Pangkat dia lagi besar tapi aku taktao apa. Sebelah dia tu isteri dia.

K maka tamatlah sudah segala aktiviti utk Hari Kedua di Bukit Gambang. Pergh sumpah penat aku nak menulis entri sepanjang ni. Bagi sesiapa yg dah baca sampai habis. Thank you sebab sudi luangkan masa korang dgn membaca entri yg panjang berjela- jela ni. Kalau masuk SPM boleh dapat A. K aku melawak je. Thanks again *terharu* Mention me at twitter. Tunggu post terakhir utk Hari Ketiga di Bukit Gambang. K bye, assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 


Bukit Gambang; Hari Pertama

Assalamualaikum.

Dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, gua nak mulakan post ni. K agak lama jugak gua dah tak update blog. W/pon tak sampai seminggu tapi gua dah rasa kekok mcm mana nak mulakan post entri. K gua tengah blank. Tambah pulak dengan emosi yang tak seimbang ni. Seriously takde mood nak update blog. *tarik nafas, hembus*

K before gua mula, gua nak cakap yg gua ada guna dua camera tao? First gua punya camera, second ibu gua punya. Yg ibu gua punya tu, dia punya USB entah hilang ke mana. Di sebabkan masa hari pertama kat Bukit Gambang gua tangkap gambar guna camera ibu gua, maka gua tak dapat selitkan apa- apa gambar pon dalam post entri utk hari pertama ni. Melainkan gambar atas ni je gua tangkap guna camera cikai gua tu. Pahamkan? Pengajarannya, lepas ni gua taknak guna camera orang lain dah. K learn it.

22 Disember 2012 (Sabtu)

Lebih kurang dalam 7.00pagi macam tu gua dgn family dah keluar tunggu kat kedai makan berdekatan dengan rumah. Utk family day kali ni, kitorang satu family naik bas. Abah cakap "Perjalanan jauh. Lebih baik duduk rilek dalam bas je." Aku pon taknak membangkang apa- apa. Then lepas breakfast kitorang bertolak dalam 7 lebih macam tu. Bas berhenti kat tepi jalan rumah memandangkan perjalanan ke Pahang lalu depan rumah gua. Well dalam bas kan? Takde apa yg nak di buat. Kitorang tidor je lah. Berhenti kat R&R, makan. Tidor. Dengar lagu. Tidor. Bosan kan?

Alhamdulillah. Tepat- tepat pukul 3.00petang kitorang sampai kat Carribean Hotel. Check in. Maka dari sini acara bebas hingga pukul 8.00 malam. Sebelum masuk bilik. Masing- masing tunggu okay ke tak bilik yg kitorang dapat. Mula- mula abah tak pandai nak bukak pintu dia sebab pintu tak guna kunci. Dia guna kad. Kena letak kad tu kat pintu then tarik dia punya tombol tu. K taktao mcm mana nak terangkan kat korang -,-' Bilik kitorang best. Rasanya sama je kot mcm bilik yg lain. Ada dapur, ruangtamu, 2 bilik. Setiap bilik tu ada 2 katil, bilik air, almari, meja solek. Complete kan? Kitorang ada 4 beranak je. So ibu dgn abah satu bilik. Gua dgn adik satu bilik. Selesa sangat :) Petang tu masih malu- malu lagi nak keluar. So duduk diam- diam dalam bilik je tidoq. Hehe.

Sedikit selingan kejap. Lepas sampai kat bilik, baru gua sedar yg gua tertinggal fon. Macam vavik sangat benda penting mcm tu boleh tertinggal. Kan? K tu takpe lah lagi. Bila dah bosan dekat dalam bilik, gua mesti la nak online. Nak buat apa lagikan? Alhamdulillah. Line penuh. Strength signal dia bapak tinggi. Sumpah bersyukur gila. Tapi, ada tapinya. Tapi.. download dia sangat macam pfst. Gua tak boleh nak online. Ergh, nak kata pedalaman tak la. Tapi, haih.. sumpah tension. Fon takde. Online tak boleh. Boleh bayang tak? Rawr betol.

K malam tu pukul 8.00 ada dinner. Diaorang terang apa aktiviti kitorang kat sini. Yg aku peliknya kitorang dah dapat schedule utk aktiviti kat sana nanti. Tapi, lantak lah dah diaorang rajin sangat nak baca balik satu per satu. Then diaorang agih- agih kan setiap yg hadir tu kepada beberapa kumpulan sebab besoknya akan ada sukaneka. Tema kumpulan tahun ni ikut movie. Abah dapat KL Menjerit. Ibu Hantu Kapcai. Adik Bini- biniku Gengster. Gua Ombak Rindu. Haha :D K cukup sampai kat sini.

Lepas tu, sepatutnya kitorang kena pergi Amusement Park. Tempat ni utk kanak- kanak 3- 12 tahun je. So, gua dgn family macam... *bunyi cengkerik* Nampak tak maksud gua kat situ? Maka tanpa berlengah lagi, kitorang balik bilik buat aktiviti sendiri. Ibu dgn adik tengok TV. Abah keluar dgn member dia yg lain. Gua layan reality show SNSD. Hehew :3 Actually terpaksa sebab tak dapat nak online. Pfst -,-'

Last sekali tidor je. Actually gua ada tangkap gambar utk bagi korang tengok supaya post kali ni tak membosankan. Tapi tu lah. Macam yg gua cakap tadi. Hmm. Tapi utk Hari ke 2 & 3 akan ada gambar utk korang. Sorry kalau post ni membosankan eh? K selamat malam. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Cursor 5

Assalamualaikum.

Freebies cursor ni utk budak- budak Our Official Blog. Oh btw, OOB merupakan group yg telah di tubuhkan oleh gua kat facebook. Kitorang bukan setakat kongsi link, malah kitorang berkongsi masalah dgn member- member OOB. Mana yg rapat dgn gua, gua bagi freebies cursor ni. Nak tahu group ni punya perangai macam mana? Jom join. Lai lai.

Korang, sorry buu post lambat sangat. Takde mood actually. Harap korang suka :)
http://i.imgur.com/7D5Ts.png
http://i.imgur.com/R3yQ4.png
http://i.imgur.com/zulA6.png
http://i.imgur.com/yZ4N5.png
http://i.imgur.com/54ar4.png
http://i.imgur.com/xnkGh.png
http://i.imgur.com/sOGAC.png
Sincerely: Bubu 

Bukit Gambang, here I come!

Assalamualaikum.

Tengok je post tittle korang kena bayangkan; aku tengah jerit- jerit, lepas tu ada effect slow motion dgn tambahan sinar- sinar cahaya dan jatuhan bunga- bunga mawar. Eh? K feeling kejap. Actually, ni cuma short update utk malam ni memandangkan besok gua akan bercuti ke Bukit Gampang. Eh silap typo. Bukit Gambang. Korang pon tao gua sengaja kan? Lakalaka.

Di sebabkan gua tak kemas apa- apa barang lagi, so gua kena update post ni sepantas kilat yg mungkin. Nampak tak ayat kiasan gua di situ? K stop it faris.

Urm, where should I start? Oh k. Percutian kali ni tempat kerja bapak aku, iaitu Felcra Urus Estet akan mengadakan percutian Hari Keluarga di Bukit Gambang, Pahang. Setiap tahun diaorang akan adakan percutian macam ni utk family- family yg bekerja di bawah Felcra Urus Estet. Sebelum ni kitorang pernah pergi Langkawi, Melaka, Teluk Batik.. banyak lah. Lupa dah. K kejap, perlu ke aku bagitao semua ni kat korang? Mcm amik tao kan?

K ni jadual 3 hari 2 malam kat Bukit Gambang tu nanti.

Rajin? Klik gambar tu kemudian baca kalau anda rajin. Malas? Teruskan baca sampai habis post ni. Aku tengah baik hati nak tuliskan aktiviti kitorang kat sana nanti. See baik kan aku?

22 Disember 2012 (Sabtu) :
  • 3.00 petang- Check in di Bukit Gambang Resort City, Carribean Bay Resort & acara bebas
  • 8.00 malam- Buffet dinner di Carribean 1 (Lower ground)
  • 8.30 malam- Amusement Park.

23 Disember 2012 (Ahad) :
  • 7.00 pagi- Buffet breakfast di Coffee House (Ground floor)
  • 8.30 pagi- Sukaneka di AA Field.
  • 12.00 tengah hari- Buffet lunch di Coffee House (Ground floor) & Taman Tema Air
  • 8.00 malam- BBQ dinner & penyampaian hadiah di Carribean 1 (Ground floor)

24 Disember 2012 (Isnin) :
  • 7.00 pagi- Buffet breakfast di Coffee House (Ground floor) & acara bebas
  • 12.00 tengah hari- Check out
Eh, ada tema- tema pulak? Tema Hari Keluarga 2012: Warna hitam, biru & oren *Glamarous*

Baikkan gua tulis semua ni balik utk korang? Heh, lakalaka je gua ni. K lah, gua nak kemas barang. Nak mandi- mandi, wangi- wangi. Makan. Lepas tu tidor. Doakan segalanya berjalan dengan lancar. Kalau gua rajin, gua akan update semua yg gua buat kat Bukit Gampang tu nanti. K typo lagi. Bukit Gambang. Haha. In Shaa Allah :) K bye, assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Dapatkan URL gambar dengan mudah

Assalamualaikum.

Selamat petang semuorang. Sebelum gua berangkat ke Bukit Gambang besok, gua nak share dengan korang cara- cara nak dapatkan URL gambar dengan mudah. Thanks to Zafirah & Intan sebab ajar buu mcm mana nak guna benda ni. Sedia? K leggo.

1- Pergi sini. Sign in/ Sign up.
2- Kat bahagian belah kanan korang akan ada benda ni. Click computer.

3- Pilih gambar yg korang nak upload. Contoh mcm ni.

4- Tunggu sampai dia habis process. Kalau dah, click pada gambar tu kemudian copy direct link yg aku dah kotakkan tu.

5- Wallah! Korang dah pon dapat URL gambar yg korang nak tu. Mudahkan? K selamat mencuba.
Sincerely: Bubu 

Basic Codes

Assalamualaikum.

Malam ni gua nak berkongsi dengan korang basic codes yg korang perlu tahu. Basic codes ni ialah code yg biasa di gunakan dalam blog. K leggo.
<b>TEXT</b>
<i>TEXT</i>
<u>TEXT</u>
<s>TEXT</s>
<center>TEXT</center>
<div style=”text-align: right;”>TEXT</div>
<div style=”text-align: left;”>TEXT</div>
<a href=”LINK”>TEXT</a>
<img src=”URLIMAGE”>
Sincerely: Bubu

Music youtube player

Assalamualaikum.

Tutor kali ni nak ajar korang mcm mana nak letak lagu guna youtube macam aku punya ni?

Comelkan? K let's start.

1- Dashboard > Design > Add a gadget > Html/javascript
2- Copy dan paste kan code di bawah ini :

<center><object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/2JXw41EQiTw?version=2&amp;autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=ffffff&amp;amp;color2=ffffff " /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed src="http://www.youtube.com/v/2JXw41EQiTw?version=2&autoplay=1&hl=en_US&amp;color1=ffffff&amp;amp;color2=ffffff "" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="200" height="25"></embed></object></center>
Mcm mana nak cari code lagu kat youtube?
1- Bukak youtube.
2- Pilih lagu yg korang minat. Then, click lagu tu.
3- Tengok kat bahagian atas yg aku dah highlight kan tu.

4- Copy code lagu tu. Gantikan dengan code lagu kat atas tadi. Make sure ganti dua- dua sekali tao?
5- Then, copy balik keseluruhan code tu dan pastekan kat mana korang nak.
6- Preview & save. Selamat mencuba :)
Sincerely: Bubu

Little Red Riding Hood by Google

Assalamualaikum.

Kalau korang bukak google, akan keluar benda ni kan?

Comel kan? Thanks google for making this cute short story. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

InsyaAllah or In Shaa Allah?

Assalamualaikum.

Selamat petang semuorangg. Actually gua tengah takde mood nak update blog sebab emosi gua sekarang sangat la terumbang- ambing which means tak stabil. But, suddenly when I saw this article, its attract me to share with you guys. Alhamdulillah. Thanks for those yg sharekan benda ni.

InsyaAllah or In Shaa Allah?
Gua harap semua boleh baca dan pahamkan benda ni. Ala, semua dah besar panjang kan? Were not creating Allah *Nauzubillah*. Apa yg kita maksudkan ialah "If Allah wills" betul tak? Seriously jauh terpesong dari apa yg kita maksudkan. So from now on, saya sebagai seorang Islam ingin mengingatkan kepada semua saudara- saudara Islam saya.. tulis lah In Shaa Allah not InsyaAllah. Okay? K thank you, assalamualaikom.
Sincerely: Bubu 

Maria Elena & Asfirdaus already married?

Assalamualaikum.

Malam ni ada mood nak update blog. K cukup sampai di situ intro utk post kali ni. I was shocked & suprised gittew bila bukak dashboard ternampak ini.

Husband & Wife? MasyaAllah. Alhamdulillah. They're both is getting married. Eh? Not getting but already married actually. Repeated, already married. Sah sebagai suami & isteri. I was so excited dgn berita ni. Seolah -olah macam, "Wohoo! Kak Maria dah kahwin lah woi!" & dengan harapan utk attract attention dia. Lepas tu boleh la bangga sebab orang fofular macam dia boleh dapat perhatian aku. Kan?

K before that, who's is this Maria Elena? For sure, most of the blogger/ vlogger(s) mesti la dah kenal siapa Maria Elena kan? I dunno nothing specific about her. But for sure, apa yg gua tao dia adalah antara blogger famous kat Malaysia ni selain dari Lyssa, Ben, Irine Nadia, Dena Bahrin sape lagi? Oh, Bubu Lalola. Eh? interframe kejap. K ni tak lawak. So, she is a blogger & vlogger. I'd like when I'm listening to her voice. I mean listening how fluent she can talk in english. K that's it. Clear?

And alhamdulillah. She's married now. with her sweet good looking boyfriend, or husband. I'm happy for you kak Maria. Oh, I hope both of you will happy last long together until jannah insyaAllah. Hope korang kekal bahagia aman sentosa ke anak cucu cicit dan seterusnya. Harap both of you boleh menghadapi segala masalah atau rintangan di masa akan datang. tapi harapnya tidak ada lah segala masalah- masalah onak ranjau liku berduri lautan api semua tu. & lastly, hope korang bahagia la di samping orang yg tersayang.

K gua tahu bukan Kak Maria nak baca pon blog gua ni, tapi ada gua kisah? Eh sukati lah gua nak update apa. Kepada yg fan(s) gittew kat Kak Maria, aku selitkan beberapa keping gambar utk tatapan korang. Jangan ternganga tao?






They both were so sweet. Oh my jealousnya gua. Urm, btw.. sorry for OhMyEnglish. K bye people(s), assalamualaikum.
Sincerely: Bubu