Happy New Year

Assalamualaikum.

Sebelum sambung tengok You're Beautiful, gua nak buat entri ni dulu utk korang yg sudi membaca. Tak sah kalau New Year tak buat satu entri utk ucapkan Happy New Year kan? Eh korang paham tak apa gua taip ni? Barabara. Takpe. Baca balik sampai korang paham.

Alhamdulillah. Hari ni bertarikh 01 Januari 2013. Walaupon bukan tahun baru dalam Islam, tapi ramai yg menganggap ini adalah tahun yg baru. Dengan azam yg baru, semangat yg baru, baju sekolah baru. Eh? K besok kepada adik- adik yg dah sekolah, nyanyi la lagu sekolah dgn penuh semangat & jangan lupa persediaan mental dan fizikal sebab besok korang kena dengar ucapan pengetua yg ummmmm. pahamkan? Good. K gua dah mula melalut.

Write a better story this year. Apa yg dah berlaku pada tahun lepas, lupakan. I mean ambil yg jernih, buang yg keruh. Mana yg keruh tu buang jauh- jauh. Azam dalam diri utk tidak melakukan perkara- perkara yg tidak berfaedah, tidak bermoral dan seangkatan dengannya. Mana yg korang ada buat benda baik tahun lepas, teruskan. Istiqamah dalam buat benda baik tu. Sudah pasti akan ada ganjaran dari- Nya :)

So, apa azam gua tahun ni?
 Nak jadi anak yg baik. Ofcourse.
 Nak dapat pointer tinggi- tinggi sebab abah cakap kalau dapat 3.9, abah nak belikan mini cooper :D
 Lebihkan senyuman :)
 Banyakkan beribadat. InsyaAllah.
 Setia pada awak sorang je.
 Actually ada banyak lagi. Tapi malas lah. Rajin pulak korang nak baca.

Then, like seriously tak sangka wallet boleh hilang masa nak pergi makan pagi tadi. Tercicir agaknya. Dalam kereta tu ada 5 orang. Member- member semua cakap, one of them must be the culperit. Oh i mean culprit. Tapi takpelah, malas nak tuduh sesiapa. Gua anggap je wallet tu tercicir kat mana- mana. Like seriously, sangat susah hati sebab ni first time kena. IC, lesen, duit RM300, kad- kad bank terus lesap macam tu je. pada hari tahun baru pulak. Sumpah pfst. But nah sokay. Allah beri ujian pada aku :) So besok nak pergi Putrajaya buat IC then pergi RHB Bank buat kad baru. Doakan segalanya berjalan dgn lancar eh? K kamsammida.

And lastly, perenggan terakhir ni special utk awak. Ya awak yg masih setia bersama dgn saya. Happy Month Anniversary kita yg Ke 7. Tak sangka kan? Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke 7 kita couple. Walaupon banyak dugaan, cabaran, masalah itu ini, onak ranjau liku berduri lautan api sanggup ku renangi gunung everest sanggup ke daki. apa lagi? K tak lawak. Mood serius balik. Walaupon ada masalah itu masalah ini, kita masih tetap bersama kan awak? Saya tahu saya banyak salah. Tak kisah la dalam diam ke, atau sengaja ke. Saya mintak maaf okay? Saya harap relayy kita akan kekal lama. K terasa jiwang pulaks. Ahaks :3

Happy New Year! Moga segala azam dan matlamat yg korang dah listkan atau yg korang dah sematkan dalam diri sanubari korang pada tahun baru ni akan tercapai. InsyaAllah. Berusahalah utk mencapai segala apa yg korang dah impikan. But remember, impian yg bukan melanggar perintah Allah dan hukum agama tao? Selagi impian tu tidak melanggar syarak, insyaAllah korang akan sentiasa di berkati oleh- Nya :) K papai. Oh sebelum terlupa, budak sekolah boleh bawak henfon eh? Untong lah. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

2 comments:

Dae Hyun said...

happy new year :)

Bubu said...

Thanks. Happy new year too :D