10 Kuasa Ciuman

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang masa rehat, aku nak share dgn korang 10 kuasa ciuman. Utk tips ni aku haramkan kepada pasangan couple yg belum sah bergelar suami isteri utk melakukan sebarang ciuman pada pipi mahupun bibir. As Islam, you should know well. Pegang pon tak boleh, apatah lagi nak bercium. Kan? Aku tak nak dapat dosa. So aku mention dulu awal- awal. Ulang suara, aku haramkan korang buat perkara ni.

1- Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati jika anda memberikan ciuman selamat tinggal kpd pasangan anda setiap pagi, ia akan membantu memanjangkan jangka hayat anda sebanyak lima tahun lagi berbanding mereka yg tidak berbuat demikian.

2- Ciuman juga mampu dijadikan sebagai salah satu cara utk mempertingkatkan keyakinan diri agar anda rasa di perlukan dan di hargai, begitulah ujar Profesor Dr. Helen dari Universiti Rutgers, New Jersey yang juga penulis buku "The Sex Contract and Anatomy of Love".

3- Menerusi kajian Profesor Dr. Bryant Stamford dari Universiti Louisville, ia juga membantu membakar dua hingga tiga kalori untuk setiap satu minit malah membantu menggandakan kadar metabolisme anda. Kajian juga mendapati bahawa ciuman kasih sayang (yg dilakukan setiap hari utk tempoh 20 saat setiap kali) mampu membantu anda menurunkan berat badan.

4- Ciuman juga mampu membuatkan fikiran anda terasa tenang dan tekanan yg dialami berkurangan. Ini kerana ciuman kepada yg tersayang seperti pada suami atau anak, mampu menyingkirkan tenaga negatif dan mengurangkan rembesan hormon kortisol yg merangsang tekanan.

5- Ia juga satu senaman muka yg hebat kerana setiap kali anda memberikan ciuman, anda akan menggunakan 30 otot wajah. Ini membantu menganjalkan kulit wajah anda secara semulajadi.

6- Baik utk jantung! Ini kerana menerusi ciuman anda akan meningkatkan aliran adrenalin anda yg seterusnya akan membantu jantung mengepam darah dgn lebih efektif ke seluruh tubuh. Ia juga dapat membantu meredakan masalah tekanan darah tinggi yg di alami.

7- Mereka yg menjalani kehidupan dgn penuh rasa kasih sayang dan menjadikan ciuman sabagai tanda penghargaan akan mengurangkan risiko di serang masalah sakit perut akibat jangkitan. Perut juga boleh menjadi tidak selesa apabila anda di landa tekanan.

8- Sewaktu bercium, antibiotik semulajadi akan di hasilkan di dalam air liur malah di dalamnya juga mengandungi agen 'anestetik' yg berupaya membantu meredakan kesakitan yg di alami.

9- Peluklah pasangan anda dan berikannya ciuman di pipi saat dia di landa kebimbangan. Ciuman itu mampu mempertingkatkan penghasilan hormon 'oxytoxin' yg memberikan rasa lebih tenang serta selesa.

10- Endorfin yg di hasilkan melalui ciuman adalah 200 kali ganda lebih baik dari morfin.

Harapnya kepada remaja- remaja pemuda pemudi kat luar sana tu takde lah yg melakukan perkara- perkara sebegini. Okay? Korang pon dah besar. Boleh fikir mana yg baik dan mana yg buruk. Niat aku kongsi tips ni adalah untuk mereka-mereka yg sudah pun berkahwin. Ataupun daripada ibu bapa  kepada anak- anak mereka. Tu niat aku. K assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

2 comments:

fatinsyafiqa said...

macam ni kena cium emak hari-hari. hehe.

Bubu said...

@fatinsyafiqa- betul tu betul. Hehe :P