Entri pertama di Tahun 2014. Kau rasa?

Assalamualaikum chuolls.

Entri pertama di tahun 2014. Kau rasa benda ni boleh buat lawak ke? Kihkih. Ya Allah apa la nak jadi dengan kau ni. Dulu kemain beria bebenor masa mula-mula buat blog. Nak jadi blogger sejati la konon. Tut tut. Hampeh-- Aku mmg suka ikut orang lain. Org buat blog, aku nak buat. Org melukis, aku pon nak melukis. Mengada sangat perangai. Ehem meh sini tengok beberapa karya yg aku dah lukis dalam stegrem--


Ini AdamZ. Member blogger. Dia mintak aku lukis jadi aku lukis. Amacam?


Ini pulak Sandara Park kumpulan 2NE1. Kenal ke idok?

Kalau korang nak tengok karya aku yg lain, boleh la jenguk jenguk stegrem aku di farisnor_ . Jangan malu jangan segan. Aku tak private pon. Kalau nak follow-- lagi di alu alukan. Haa ada tak rasa macam bau-bau nak promot kat situ? Kihkih aah aku peduli hape.

End of story pasal melukis melukis ni.


Well minggu lepas aku dah officially 21. Tapi tak mcm 21 kan? Macam 18 je lagi. Muka budak-budak. Innocent. Comel. Hmm apa lagi? Tak malu betul puji diri sendiri. Kihkih. Ye muka aku memang muka tembok pon. Dah takde orang nak puji, baik aku puji diri sendiri. Tak gittchew?

Jadi nak di jadikan cerita, ada 4 orang makhluk yg menyeperisekan aku masa birthday tu. Wahh ayat baru. Cuba cari dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Compem tak jumpa perkataan "menyeperise" tu.


Ini lah makhluk makhluk yg hodoh dan konon jelita di samping konon hemsem tuu.

Ada si bangla yg perahsan hemsem, ada si bestpreng poreber, ada si raksasa berkepala kuning dan ada si makhluk berkepala hitam yg kengkonon jelita. Kalau di ceritakan pasal surprise tu memang 2 malam aku update tak habis. Jadi aku pendekkan jadi 2 minit je k?

Semua makhluk perasan jelita dan hemsem ni dah plan benda ni masa bulan 1 lagi----

Eh cop! Aku rasa malas la nak cerita.. korang tekan la blog si raksasa berkepala kuning tu kat sini. Kat situ dia dah cerita detail dah. Jadi tak perlu la saya yg pemalas lagi comel ni membuang masa. Haa nampak tak penjimatan masa berlaku kat situ? (angkat kening)

Jadi di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan berjuta terima kasih (kemain berjuta) kepada sumorang yg dah wish, bagi hadiah, nyanyi lagu, menyeperisekan aku-- dan macam macam lagi lah. (actually takde dah yg macam macam lagi tuu). Terharu sampai nak nangis pon dah tak boleh. Menangis dalam hati je. Kira aku sorang je yg tao aku menangis. Jadi kepada si raksasa berkepala kuning, jangan memandai cakap gua tak menangis k. Lu je yg tak nampak. Tampaq mao tampaq? Kihkih

Lagi lagi--


Oh ya, isu MH370. Serius peristiwa yg menyedihkan. W/pon bukan keluarga aku yg terlibat, tapi aku turut bersimpati utk diaorang. Harapan tu masih ada. Harapan supaya penumpang, krew dan anak kapal dapat di jumpai dengan selamat InsyAllah. Kalau Allah kata ada, ada lah. Buat masa ni kita mampu berdoa je. Masih belum pasti yg diaorang semua dah meninggat atau mati. Kepada manusia yg suka mereka cerita kat luar sana tuu, please stop all cerita bangang korang. Cuba letak kita kat tempat diaorang baru kau tahu apa yg diaorang rasa. Dalam masa seminit dua ni, mari lah kita sedekahkan Al- fatihah utk diaraong.

---

Well, harap post ni bukan post yg terakhir utk tahun. Maklumlah aku punya kerajinan ni-- erm taktahulah nak cakap. Itu saja. Jangan lupa follow stegrem utk keep in touch! (promot) Assalamualaikum

Shopping di Instagram.

Assalamalaikom warohmatullahi wabarokatuhh.

Erm hi.

Tadi aku check last update blog ni November05, 2013. Tu pon sebab aku nak mintak restu dari korang aku nak amik exam semester. Kalau takde exam agaknya takde la aku berupdate. Ye dak? Ini pon nak update kena pikir dua tiga kali. Hee sorry.

Erm.

See kekok. Takde idea nak mulakan sebagai intro. So mcm biasalah lajak je teroih dgn benda yg aku nak update hari ni.

Sekarang ni semua benda mudah.

Boleh dpt di hujung jari.

Contohnya mcm yg aku buat beberapa hari lepas. Shopping je kat instagram. Pilih mana kau berkenan. Contact. Bank-in duit. Tunggu dalam masa beberapa hari terus dapat. Mudahkan?

Tapi aku tak galakkan korang buat benda ni.

Sebabnya.. benda alah macam ni lah yg menyumbang kepada obesiti penduduk rakyat Malaysia. Eceh. Actually bukan apa. Hari tu ada presentation pasal benda alah ni. Kebetulan aku buat tajuk obesiti, tu yg aku nak kongsi tu. Kita memilih. Mana yg berkenan hanya menggunakan jari. Mcm mana otot nak bergerak? Bila masa pembakaran lemak tu berlaku? Berbanding kalau korang pi sendiri kedai tu dan pilih. Masa tu baru ada pergerakan otot dan pembakaran lemak. W/pon tak banyak at least membakar dan bukan menambahkan lemak. Kan kan?

Okay aku tahu dah sedikit menyeleweng dari topik.

Dah tahu mcm tu kenapa aku mesti buat? Ehem kalau sekali sekala takpe kot. Hahah. Jangan ikut mcm aku ni k? Dah sampaikan kat orang lepas tu diri sendiri yg buat.

So so.. hari tu aku shopping baju kat instagram. Omey k. Sebab tu aku beli.

Ini bukti pembayaran. Satu tu harga dia RM70. Satu lagi RM45.


Ini lah baju yg aku beli tu.



Disebabkan malas punya pasal aku tangkap je gambar dari fon. Malas nak printscreen bagai lepastu nak kena sambungkan USB kat laptop. Leceh k. Atau perkataan yg tepatnya malas.

Malas.

Sebab tu la aku shopping kat instagram. Kahkah.

Baju tu maybe gegirl je yg pakai. Tapi tu haa nampak coment gua.

"Unisex?"

"Yes."

So aku beli je aah. Aku minat baju ala-ala baju sejuk ni. Lagipon aku suka pakai baju lengan panjang. Dan lagi satu, aku tak jumpa ig yg jual baju laki. Aku nampak member pompuan like gambor ni. Aku pon usha-usha la. Mana yg kenan aku mintak contact. Tunggu la lagi berapa hari dapat lah baju tu. As simple as that.

Tapi ingat, jangan amalkan selalu.

Erm so. Itu je la yg aku nak kongsikan. Takde benda pon. Saje nak buat modal sebelum new year. Kahkah. So bye assalamualaikom.

Oh ya jgn lupa follow ig/ twitter gua.

Well, good luck!

Assalamualaikum w.b.t.

Esok SPM. So good luck!

Esok gua final exam utk semester ni. So good luck to me!


Apa lagi mao update? Cukup la kot.

Gua tengah menelaah ni. Maklum la dah tepu sangat. Tu yg amik peluang update kejap. Biasa la study last minit. Hamik kau bepuloh topik gua kena cover satu malam. Boleh?

Jgn lupa doakan gua. Trimas!

Cukul la ni. Jgn lupa follow insta gua. Ihik. Boi uolls semekom.

Make a Mistake People.

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap hari aku ada kelas. I mean dari hari Isnin sampai Jumaat. Takde la gigih sangat sampai hujung minggu pon ada kelas kan? Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran je pon bukannya nak jadi Doktor sampai weekend nak kena amik kelas tambahan. Gittuw.

Aku teringin nak belajar kat U. [tetibe]

Dulu lepas habis EsPiYem, aku sambung matrik 2 semester; 1 tahun. Tapi sampai 1 sem je kat sana sebab dapat tawaran sambung belajar kat KSKB Sg Buloh. Dulu masa kat matrik kelas full dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Ada sehari je kelas habis pukul 4 petang. So bila dapat tawaran ke KSKB ni rasa seronok gila. Kengkonon fefeeling jadual kelas sama macam kat U kan?

Sekali---

Lagi teruk dari matrik katakoo!

Setiap hari kelas pukul 8 pagi sampai 5 petang. Kira kat matrik dulu lagi okay sebab hari jumaat kelas sampai sembahyang jumaat je pastu takde kelas dah. Tapi kat sini seeeeeetiiiiiaaaaaapp hari k. Ulang suara setiapp hari. Kuciwa tahuk!?

Kuciwa kuciwa pon dah 4 sem kat sini. Alhamdulillahh. [senyum lebaq]

K yang atas ni intro je sebenarnya. Uhik.


Petang tadi takde kelas sebab lecturer kena pergi lawat senior-senior sem 5 dengan 6 kat tempat praktikal diaorang. So betapaa gumbiranya saya. Boleh di katakan macam makan ayam kepci laa; "Sedap hingga menjilat jari!" Gittuw.

Nak dijadikan cerita--

Petang tadi aku tengok Twilight Saga Eclipse.

Yes I know cerita tu dah lama. Sampai laa ni aku takdak lagi full twilight. Siapa ada PM aku eh? Contact kat facebook ke-- twitter ke-- [promot je ni] Ehem kalau nak PM pon apa salahnya. Tu haa bahagian tab kat atas tu ada account facebook dgn twitter. Jgn lupa cari ya? Uhik.

So masa layan cerita tu, ada part menarik yg aku nak kongsikan.

"When we were five, they asked us what we wanted to be when we grew up. Our answer were things like astronaut, president.. or in my case, a princess. [peoples laugh] When we were ten, they asked again and we answered rockstar, cowboy.. or in my case, a gold medalist. [peoples laugh] But now that we've grown up, they want a serious answer. Well, how about this.. "Who the hell knows?" This isn't the time to make hard and fast decisions, this is the time to make mistakes. Take the wrong train and get stuck somewhere. Fall in love, a lot. Change your mind and change it again because nothing is permanent. So make any mistakes as you can. That way someday, when they ask what we want to be, we wont have to guess."
-member Bella yg pompuan sapatah nama dia

Dia cakap ni masa hari diaorang graduation.

Well utk post hari ni, apa yg aku nak kongsikan ialah isi tersirat dan tersurat dalam ayat tersebut. Aku yakin sumorang dah pandai english belaka kan? Kalau tak pandai pon pi copy pastu paste kat google translate.

Ehem itu sahaja. Poipoi semekom!

Ingat kite ni kuno sangat ke?

Assalamualaikum w.b.t.

Eleh ingat kite ni kuno sangat ke? Kite baru buat instagram k. [kecikkan mata]

Uhik.



Baru je upload 3 gambar. 2 hari lepas satu gambar, hari ni punya 2 gambar. So masih takdek gambar gerak-gerak kat atas macam instagram orang lain. Sedihnyaaa--

Well, nak bagitao tu je. Lol.

Eh sukati kite lah nak post panjang mana. Takde idea k. Semekom uolls!

5 Tips Sebelum Peperiksaan daripada Pn Umul

Assalamualaikum w.b.t.

Ber'update' juga aku hari ni.

Heh-- belum mula lagi idea dah hilang. Tak suka mcm ni. Tengah semangat nak update tiba-tiba idea hilang. K so aku straight to the point je lah ya?


Ini jadual exam pertengahan tahun. Eh semester. Feeling budak sekolah kejap bila taip 'tahun' tu.

Minggu depan aku ada exam midsem atau dalam bahasa melayunya pertengahan semester. Jujur aku tak pernah nak ready bila exam midsem datang. Well dah lama takde exam so tubuh dan otak ni dah set, "besok tak exam lagi. Wat lek wat peace." Peace--! [tangkap gambar sambil buat peace] Dalam lek-lek tu ada jugak rasa takut. Tapi tak sampai tahap maksima lagi sebab tu aku boleh update lagi w/pon minggu depan dah start exam. Kan?

Kalau nak tahu subjek apa yg aku amik utk sem ni, korang klik la gambar tu bagi besauu. Pastu tengok yg hujunggg sekali sebab-- ehem dah sem 4 kan? Senior gittuw.

K sebelum aku bertambah melalut lagi--

Tadi Pn Umul ada masuk kelas. Siapa pulak Pn Umul ni? Senang cerita, dia pengajar yg mengajar aku sem ni utk subjek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Setiap kali dia masuk kelas, kitorang mesti akan hyperactive mcm dia. Suara dia-- jangan cakaplah. Memang highnote habis. Kalah Black si hitam manis tu. Like seriously. Dan dia selalu bercerita dan buat lawak. Sebab tu kelas dia tak pernah boring.

Dan--




Aku dah melalut lagi.

Di sebabkan minggu depan exam, jadi Pn Umul masuk ke kelas utk memberi sedikit 'tips' dan tips-tips sebelum menghadapi peperiksaan.

1. Jaga kesihatan.

Well bagi aku yg ni memang penting. Kalau korang sakit masa tengah jawab exam mesti tak syok. W/pon aku tak pernah kena tapi aku boleh imagine cemane orang sakit jawab exam. Tambah-tambah kena pulak tang hingus yg jenis leleh-leleh tu. Yg tu memang-- pffst taktao nak cakap mcm mana lah kan.

2. Pastikan baca nota.

Pn Umul cakap-- baca nota. Tak kira la nota apa sekalipon asalkan baca.

3. Jumpa pengajar.

Utk mana-mana student yg masih ada kesempatan utk bertanya kepada lecturer atau guru pasal soalan yg korang tak faham-- is better korang berbuat demikian sementara masih ada masa.

Pn Umul: Kalau korang takde kredit sekalipon korang mcg lah saya.. "Pn Umul, ni last kredit. Tolong call saya." Saya akan call korang terus! Tak kisah lah pukul 3 pagi sekalipon. Tapi..

Kitorang: 3 pagi?

Pn Umul: Yela sebab masa tu buat susu anak.

Cis.

4. Jangan lupa doa.

Tak kira apa agama, apa fahaman korang sekalipun.. jangan lupa berdoa. Sebab benda tu macam KEKUATAN utk kita. Mcm mana aku taktao sebab Pn Umul yg cakap mcm tu.

Maksudnya lebih kurang mcm ni lah-- korang memang langsung taktao a/pon pasal subjek tu.. then korang mintak dalam hati supaya korang paham pasal subjek tu. Sometimes miracle happen kan? Allah sentiasa ada utk hambanya yg kesusahan. Allah tak pernah lupa kat kita. So bila kita berdoa--benda tu mcm kekuatan la utk kita. Boleh terima? Ahh tak kisahlah. Uhik.

5. Telefon/ Mesej mak ayah.

Kalau taknak call-- at least mesej diaorang bagitao yg korang nak exam. Bagitao tarikh, pukul berapa start exam and bla bla bla. Sebab Pn Umul cakap, naluri ibu bapa bila anak diaorang nak exam.. mesti diaorang akan automatik mendoakan kita. InsyaAllah.

K yg ni aku nak tambah sendiri--

6. Malam sebelum exam tu tidor awal.

7. Sebelum tidor, sediakan peralatan nak exam. Jangan lupa benda-benda penting yg kena bawak. Contoh, I/C, kad matrik, pensel, pemadam dan lain-lain lagi.

8. Lepas jawab exam jangan bincang. Tahukan sebab apa?

Cukup lah setakat tu. Yg lain-lain tu korang boleh fikir sendiri kan? So wish me luck. Oh and my friends too. Good luck kepada sesiapa yg bakal menduduki exam. Tak kira la exam apa sekalipon. Itu je utk post kali ni. Blog you later.

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Pergi dan Selamat Kembali--

Assalamualaikum w.b.t.

Tadah tangan dan baca ni--
"Ya Allah, kau lindungilah dia. Kau rahmatilah dia. Kau limpahkanlah rahmatMu kepadanya. Kau panjangkanlah umur dia. Kau peliharalah dia, Ahmad Nor Bin Hj Selamat dari sebarang kecelekaan sepanjang dia menunaikan ibadat haji. Semoga dia selamat pulang ke pangkuan keluarganya nanti. Amin ya rabbal alamin."


Dari kiri: Adik, Ibu, Abah

Itu je utk post kali ni. Uhik. Blog you later. See me @ twitter.

Salam Eidulfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tamanya aku nak ucapkan Salam Eidulfitri yang ke-- K kejap aku dah lupa sekarang raya ke berapa. [tengok kalendar] Luls.

Salam Eidulfitri yg ke sembilan. Ihik.

Maaf sebab lambat ucapkan selamat hari raya kat korang [pembaca blog aku yg setia lagi handsome dan cantik] K ni bodek je sebenarnya. Aku taktahu pon blog aku ni sebenarnya ada pembaca ataupon tak. Hmm sedihnya. Aku rasa aku je yg baca blog ni. Lepas tekan publish.. berulang kali aku baca. Hahaha nampak tak kesedihan forever alone aku kat situ?


Tema tahun raya kali ni warna oren. Aku yakin seyakin yakinnya yg sebelum ni kitorang dah pernah buat tema warna oren. Kenapa kali ni mesti warna oren lagi? Arghh kenapa! [gunung berapi meletop] Jujur aku cakap aku tak suka warna oren. Aku agak ni mesti ibu aku punya kerja sebab dia suka warna oren. Herghh takpe. Disebabkan aku seorang anak yg baik [gittuw puji sendiri. mampu?] aku mengikut pakai baju warna oren utk raya kali ni.

Pagi tu--

Aku tak pergi sembahyang raya [berbisik]

Turun bawah melayan kerenah anak buah @ anak saudara. Aku masih taktahu mana satu anak buah mana satu anak saudara. Luls.


Ini nama dia Hazril Haikal. Dulu masa kecik dgn sumorang dia nak. Tapi bila dah besar ni-- pandai memilih pulak. Nasib baik dia comel. Kalau tak--


Ini pulak nama dia Arissa Izah. Kakak Hazril Haikal tadi. Motip buat muka macam tu? Haha masa ni sebenarnya dia tengah touching dgn mak dia sebab mak dia tak bagi dia pegang duit raya. Pastu aku cakap "Isya, tunjuk peace. Cepat." Maka terjadilah reaksi muka seperti di atas.


Okay ni last gambar anak buah @ anak saudara. Nama dia Muazzim Rizki. Comel. Sangat debab dan pemalas. Jangan la kau jadi macam si hazril tu k? Masa kecik-kecik nak dgn orang, dah besar mengada-ngada. Okay muaz? [gomol pipi]

Bila ada bebudak datang beraya kat rumah je--

Abah: Nak duit raya ke nak makan?
Budak-budak diam.
Abah: Nah nah datang sini. [sambil hulur sampul raya.] Nak makan ke?
Budak-budak diam. Sengih.
Abah: Taknak? Haa pergi balik.

Senang je bapak aku melayan budak-budak. Hohoho. Maklum lah saudara mara ramai. Diaorang pon tak terlayan ni kan pulak nak melayan budak-budak yg datang beraya kat rumah. Ehem actually ini tak patut di tiru k? Sebabnya-- mengikut Islam kita perlu melayan tetamu yg datang ke rumah.

[buat muka]

Petang tu pulak tak pergi mana-mana. Aku tidor. Sampai. Ke. Malam. Luls.

Hari raya kedua--

Entah kenapa duk gatai sangat teringin nak puasa enam. Motip sangat puasa enam masa raya keduakan?


Cousin peberet aku yg pakai tudung tu nak pi open house rumah member dia kat Kampung Rahmat, Bidor tak silap aku. Jadi aku pakai gitu gitu je lah tak perlu nak pakai comel-comel sebab aku kan puasa. Bukan nak pergi sangat open house tu pon. Saje jadi driver sementara utk cousin aku tu. Nanti melalak-lalak pulak bingit telinga k.


Malam raya kedua tu, abah ada buat open house kat rumah. Sama macam tahun lepas, tak sah kalau takde bunga api yg letup-letup kat udara tu. Kalau nak tengok lebih lanjut, lawatlah keek aku. Kat situ korang boleh dengar dentam-dentum sesuci lebaran bunga api masa open house tu.

Alhamdulilah ramai yg datang. Terima kasih sebab sudi meriahkan lagi open house pada malam tu.

Cerita utk raya ketiga pulak--



Aku dengan mereka berdua [seperti gambar di atas] pergi Ipoh. Saje berjalan-jalan kat sana sebab besoknya aku nak kena balik asrama dah. Hmm sedihnya tapi taknak cerita sedih-sedih. Nak cerita gumbira-gumbira je. Konon berjalan raya. Shopping raya katanya.

Actually si kayrol yg beria nak beli barang sebab awal bulan 9 nanti dia akan masuk ke UiTM Shah Alam. Takde baju katanya. Jadi dia beria-ia sangat nak pergi Ipoh nak shopping kat sana [macam kat Teluk Intan dah takde kedai baju. kan?] Berjalan punya jalan.. shopping punya shopping.. dia beli 2 helai baju T-shirt berkolar.

Aku--

Beli buku lawak kampus. Ihik. Takde kerja pergi popular lepas tu beli lawak kampus. Kengkadang aku rasa aku ni macam bangang abadi jugak. Hee kengkadang je k? Luls.

Dah penat shopping-- bunyi shopping tu macam tak kena je sebab barang yg dibeli tu.. Ehem. Kan kan? Bertolak lah balik ke Teluk Intan.

Loading--

K sekarang aku dah takde idea nak update pasal apa.

Boring k boring. Raya pon kejap je. Luls. Entah kenapa aku taknak delete post ni. Err okay aku betul-betul dah kekeringan idea. Takpe lah peduli apa aku. Asal aku ada update utk raya tahun ni sudah lah. Ehem sebelum aku melalut entah apa lagi baik aku tamatkan post ini sekarang.

Salam eidulfitri maaf zahir dan batin. Blog you later. Bye--

Pengumuman [?]

Assalamualaikum.

Taktao nak letak tajuk apa dah. Tu pon kira paling okay aku rasa. [tangan ke bahu mata ke atas]

Aku baru buat acc baru. Yeap. Semua sekali acc aku sebelum ni aku malas nak guna. Motif malas? Blergh taktahu macam mana nak cerita tapi aku nak cerita jugak. Luls.


Pertamanya, hari tu aku baru beli S3 Mini. K motif bagitao? Haha aku bagitao sebab ada kena mengena dgn benda yg aku nak cerita kat korang ni. Bukan nak menunjuk k? Bila dah guna android ni korang kena daftar guna acc gmail kan? So aku tak pernah pulak ada acc gmail. So bila tengah fikir-fikir nak daftar gmail tu..aku pon terfikir "Takkan la nak guna username email yahoo aku sekarang ni?" sebabnya..

Jangan ketawa k? A bit childish sebenarnya tapi lantak lah aku tak guna dah username acc ni. Aku dah tak guna tao? Ingat. Before ni aku guna "raindrop_tingting@yahoo.com". K malu [tutup muka] [campak bantal] [campak bom]

[tarik nafas]

Mampuih pi la bukan aku guna dah email tu blerghh.

[seminit kemudian]

Aaa tapi aku malu. Haha k gila. [tarik nafas] K serius.

Disebabkan tu "Takkan la nak guna email cenggini sampai aku ke tua nanti? Tak ke malu namanya?" Cuba bayangkan kalau aku dah ada cucu nanti dan tetiba la pulak diaorang tanya pasal email aku. Yelah budak zaman sekarang pon dah pandai main tab..cucu aku nanti mcm mana? Bertambah-tambah advance la kepala hotak diaorang.

Cucu: Atok, aiman [konon nama cucu aku] nak add atok kat facebook. Apa email atok?

Ko boleh bayangkan mcm mana reaksi aku nanti? [sambil besarkan mata] Kalau aku takde heart-attack takpe boleh la tipu sunat cakap aku takde email ke facebook ke. Buatnya dah tua nanti banyak penyakit [harapnya tak. amin] boleh mati terus dengar cucu aku tanya soalan macam tu. Hehe [ketawa sendiri]

Disebabkan tu aku pon guna acc gmail dengan nama "fnor2203@gmail.com". [tadaa]

Lebih simple dan tak nampak bebudak di situ. F tu Faris. Nor tu nama bapak aku Ahmad Nor. Maka bila dah digabungkan jadi lah fnor. 2203 tu pulak ehem biasalah tarikh birthday. Boleh la korang buat reminder bagi birthday present kat aku tahun depan. Tak gittuw? [muntah pelangi]

Jadi..di sebalik semua cerita ni apa natijahnya aku buat acc baru?

Okay. Sekarang aku guna banyak acc. Utk blog dah satu email dan password. Utk facebook dengan twitter satu email dan password. Keek guna username dan satu password. Blogskin aku entah apatah aku dah tak ingat aku guna apa. Nak daftar itu ini so aku rasa macam leceh sebab guna banyak sangat email. Dan password. Jadi aku buat la acc baru guna email dan password yg sama je. Itu la natijahnya aku buat acc baru. Hmm natijah [?] sangat kan cerita aku ni.


Kedua, perubahan.

Aku dah janji dengan someone [yes you] yg aku nak berubah utk dia. Ada sikit masalah berlaku. Jadi aku pon nak tukar acc dan buat acc yg baru. Tak kisah la sebab kedua ni munasabah ke tak aku peduli apa. Lagipon aku dah 'ter'buat so tak payah nak konon kecewa sangat betul? Life must go on. Cewah [buat muka]

Itu je la sebab aku buat acc baru. Seronok bukan?

Fanpage: Bubu Lalola II
Facebook: Bubu Lalola
Twitter: @bubu_lalola
Keek: bubu_lalola

Oh dan fanpage aku pon aku dah tukar. Haha lol. Mana yg tak segan silu tu boleh la like sekali eh? Mana yg ada keek..ada twitter tu follow-follow la aku. Muahaha k itu sahaja pengumuman yg aku nak buat. Jam pon dah pukul 1..maka beta nak beradu. Selamat malam. Jgn lupa sahur. Assalamualaikum.

Jangan lupa sebarkan~ [bisik mcm iklan Yousoff Taiyooob~] Ihik.

Macam-Macam Ada di Bazaar DamDam

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi berapa hari je kita nak menghadapi bulan Ramadhan yg datang setahun sekali setiap tahun ni. Bukan sumorang boleh dapat nikmat bulan ni. Buatnya umur kita tak panjang sampai tahun depan..tak merasalah kita. Harapnya umur kita sentiasa panjang supaya kita dapat beribadat, membuat amal soleh, menambah menggandakan lagi amalan supaya pahala kita berlipat kali ganda masa di akhirat nanti. Amin.

Cukup dengan intro bermadah guna ayat karangan masa form 5 dulu. Gittuw.

Ramadhan kali ni aku berpuasa kat hostel lagi. Berpuasa dengan kengkawan. Pergi bazaar dengan kengkawan. Tapi bila bukak puasa aku sensorang je [?] sebab roomate aku selalu pi bukak puasa kat bilik orang lain. Aku jenis yg tak kisah kalau bukak puasa sensorang. Even aku lagi suka sebab sambil bukak puasa, aku boleh layan movie. [even movie dalam laptop ni dah banyak kali aku ulang] Terpaksa tengok k sebab takde movie lain dah. Sadis.

Biasanya dalam bulan-bulan puasa ni aku akan cari juadah utk berbuka kat bazaar damdam. Bagi siapa yg taktao, damdam tu singkatan utk Damansara Damai. Bukan sumorang tahu singkatan ni. Aku rasa classmate aku je yg tao sebab kitorang yg reka perkataan damdam tu. [kot]


Ini lah bazaar damdam.

Tapi utk tahun ni ada satu kekurangan. Akak yg jual takoyaki dah takde. Siapa tak pernah makan takoyaki sangat rugi. Bentuk dia omey omey je bulat bulat gittuw. Gambar takde lah sebab tahun ni tak jual kat damdam. Harga dia RM6 dapat 5 ketul. Maybe a bit expensive lah kot [baca dengan perlahan] tapi bukan selalu nak makan takoyaki dalam bulan puasa ni kan? Tak salah kalau nak manjakan perut sekali sekala.

Untuk tahun ni tak banyak juadah yg aku beli utk santapan waktu berbuka. [santapan k?] Adalah sikit- sikit yang aku beli utk alas perut.

1. Nasi lemak.

Kenapa bila aku bagitao Mak Ndak aku, dia macam "Nasi Lemak?". Shock gittuw. Pelik mungkin makan nasi lemak waktu berbuka? Pelik tak pelik asalkan sedap dan murah. Kalau nasi lemak kosong harga dia RM1.50. Campur telur RM2.50. Kalau dengan ayam pulak RM3.50. Murahkan? K dah macam promoter. Cari la nasi lemak sorang mak cik ni kat bazaar damdam. Anak pompuan dia omey. Eh?


2. Ayam percik.

Ayam percik ni aku tak selalu beli sebab bahagian yg aku suka tu mahal sikit.


Belah empat bahagian peha. Tapi macam yg aku cakap tadi kalau sekali sekala nak manjakan perut apa salahnyakan? Kalau selalu tu boleh bankrupt la jugak. Satu bahagian tu dah RM6.00. Memang tak aa nak makan selalu. Muehehe.

3. Nasi kukus.

Kalau aku tak beli nasi lemak, aku beli la nasi kukus. Harga standard utk nasi kukus kat damdam ni RM5.00 je. Murah dan rasa dia boleh boleh la. [gittuw] Aku syorkan kat korang pergi kat satu gerai mak cik yg jual nasi kukus ni. Harga nasi kukus dia RM5.00 dan dia akan bagi percuma air kat korang. Air tu depend la diaorang buat air apa. Jagung ke sirap ke. Depend k depend? So boleh la jimat tak payah keluar duit utk beli air.


4. Ayam penyet.

Kat kedai abang ni bukan setakat jual ayam penyet, keli penyet pon dia jual. Tapi masalahnya ayam dengan keli yg dia jual tu tak penyet-penyet pon [?] Harga dia agak mahal RM6.50. Agak mahal dan rasa dia boleh tahan jugak la. Kalau korang nak cari gerai ni..korang gunakan telinga korang. Nanti korang akan dengar..

"Ayam penyet! Ayam penyet! Keli penyet! Keli penyet! Panas panas! Sedap sedap!"

Itu la trademark gerai ni. Andai kata la kalau tetiba mic gerai abg tu rosak pulak masa korang datang..tu haa gambar yg aku bagi tu. Cari je kedai tu okay?

5. Air

Utk yg air ni aku beli random je. Ada yg aku beli kat bazaar ada yg aku beli kat kafe asrama je. Kalau teringin nak minum air tembikai ice blended, aku beli la kat bazaar. Korang cari je gerai yg tulis "ice blended", confirm akan jumpa punya sebab kedai dia satu je yg jual air ice blended ni. Harga dia RM2.50. Kalau aku rasa nak jimat, aku beli air kat kafe asrama. Lagi murah.


Bagi yang tetiba pulak kehabisan duit, terlupa nak cucuk duit sebelum datang ke bazaar damdam. Takpe korang jangan risau. Kat sana jugak ada perkhidmatan atm yg korang boleh jumpa kat 7E. Amboi kemaen siap atm pon aku letak okay? Kalau duit takde takpe korang boleh guna kad atm. Tapi kalau kad atm tu takde, tak dapat eden nak nolongnye. Balik rumah je tunggu mak masak. Hohoho.


Lepas tu tadi saje jenjalan bawak camera tangkap gambar sebagai modal nak masuk dalam blog. Entah mimpi apatah si mimah ni tadi beli roti jala. Aku pon ikutkan je la dia nak beli apa. Nak di jadikan cerita..

Abg jual roti jala: Nak kuah kari ke durian?

Mimah: Urm..curry. [sleng omputeh]

[dalam 5 saat lepas tu] Eh kari!
Aku dengan Diana gelak je tengok si mimah.

Abg jual roti jala: Amboii kemaen. [kemaen tu aku tambah sebab nak sedapkan tone]

Tetiba pulak lidah dia boleh terbelit nak cakap omputeh. [bayangkan aku tgh update ni sambil gelak] Hahaha.

Bila pergi bazaar, aku bukan setakat tengok makanan yg di jual je..aku suka tengok baby, budak kecik kat bazaar tu sekali. Tak kisah lah bazaar ke, mall ke, mana-mana je lah..mata aku akan tertumpu kat budak-budak kecik. Serius aku suka budak-budak. Ehem yg comel je k?




Ini ada lah sikit gambar yg aku tangkap. Ehem actually banyak. Biasalah camera kita bukan camera memahal boleh tangkap gambar bergerak. So banyak gambar yg goyang. Mana yg tak goyang tu aku masukkan dalam ni. Bila tengok muka diaorang yg putih, takde jerawat..[jerawat?] Lol k aku ada jerawat. So a bit jealous lah jugak kenapa muka aku tak seputih tak setakde jerawat macam muka diaorang kan? Blerghh berangan lebih. [dush satu kali] Haha.

So, aku rasa dah terlebih-lebih pulak aku update kali ni. Cukup la setakat sampai sini dulu ya?


Akhir sekali nah gambar duoekor manusia yg selalu ikut aku ke hulu ke hilir. Ke kolej dengan aku, ke damdam pon dengan aku. Kiranya kemana-mana je lah memang diaorang akan dengan aku. Kira kawan baik la. Tak gittuw? Tudung warna ungu tu mimah, yang merah tu pulak diana. Tak habis-habis dari mula suruh aku tangkap gambar diaorang. Mengade lebih.

Pesanan terakhir, jangan lupa puasa penuh. Tinggal berapa hari je lagi. Blog you later salam.

Lukisan Tak Berapa Nak Menjadi. Luls.

Assalamualaikum.

Actually perancangan sebelum solat isya' tadi aku nak buat assignment. Padahal baru dua minggu kuliah start tapi dah belambak assignment kena buat. Yea walaupon bukan kena hantar dalam masa terdekat ni tapi tu lah malas nak tangguh- tangguh. Luls. Ada rasa nak buat semua assignment tu tapi aku ni jenis yg suka tangguh kerja. Eh tadi cakap tak suka tangguh- tangguh, ni suka tangguh- tangguh pulak? Mana satu ni. Haa tadi tu aku memain je konon nak tunjuk aku ni baik. Blergh.

Back to the topic..

Ini sebenarnya Song Joong Ki. Tapi well tak jadi sangat haha.

Seingat aku, aku lukis potrait ni masa sekolah rendah dulu. Cikgu mintak tolong lukiskan gambar dia guna gambar passport. Cikgu apatah namanya aku tak ingat. Masa sekolah rendah dulu aku minat bab- bab melukis ni. Tapi bapak aku selalu marah. Dia cakap buang masa la apa la. Sampai satu hari dalam exam masa darjah enam, aku main hentam je lukisan yg aku buat sebab bengang gila kat bapak aku. Tapi bila result keluar, aku still dapat A. Muahaha k sila tepuk tangan

Minggu lepas aku bercadang nak beli kertas lukisan yg satu set ada banyak- banyak tu. Tapi bila fikir balik nak buat apa aku beli [?] membazir je nanti bukan aku amik kos lukisan pon kat KSKB ni. Tapi hari tu ada satu assignment kena guna kertas A3 ala- ala kertas lukisan cuma dia besar sikit. So 'ter'beli la yg satu set punya tu padahal nak guna sekeping kertas je pon. Daripada derma kat orang lain [okay ni kedekut], lagi elok aku bazirkan dgn lukisan aku yg tak seberapa tu. Luls amalan syaiton.

Lukisan nana johari semua cantik- cantik. Jealous sebab dia kreatif gila. Lukisan ni pon 'ter'lukis sebab aku jeles dengan dia. Aku nak jadi sekreatif dia. Pandai edit gambar, buat poster, melukis [walaupon dia cakap dia tak pandai melukis] Lol.

Mungkin lepas ni kalau ada masa lapang aku akan melukis lagi. Aku akan melukis sampai aku betul- betul puas hati dgn air tangan aku sendiri.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)
Assalamualaikum w.b.t.

Di sebabkan orang lain dah berpusu- pusu mengucapkan selamat menyambut bulan puasa, jadi aku taknak ketinggalan untuk mengucapkan benda yg sama. Aku tahu ramai dah yg tak sabar nak sambut bulan puasa. Tapi korang kena ingat jugak, tak semua berpeluang untuk berpuasa. Jadi kita yg masih hidup ni, masih sempat berpuasa pada tahun ni sepatutnya bersyukur sebab Allah bagi peluang berpuasa tu kat kita.

Jujur, aku tak ready nak puasa lagi. Bukan apa, aku cuma tak ready kena tahan nafsu makan minum sampai bukak puasa nanti. Kalau nafsu lain tu insyaAllah aku boleh control lagi. Cehh berlagak. Aku ni jenis kuat makan dan cepat lapar. Mcm mana la hari pertama besok.. harap- harap aku boleh tahan sampai ke maghrib. Amin.

Dalam bulan puasa ni jugak, bazaar Ramadhan akan di bukak. Bukan selalu ada bazaar besar- besaran macam ni kan? Tunggu bulan puasa baru ada. Kalau ikutkan lapar, semua nak di borong. Beli itu beli ini. Tapi bila berbuka, sikit je makan. Itu nafsu namanya. Beringatlah kepada yg nak berjimat macam aku ni. Control duit. Kawal mata jangan duk ralit sangat tengok makanan yg ada kat bazaar besok. Ahaks.

Bagi yg terlupa niat.. ini haa boleh tengok sini. Hohoho.

Oh dah alang- alang aku post ni, aku nak bagitao jugak yg aku dah start guna simple template. Taknak guna blogskin lagi. Setakat ni macam ini lah rupa blog aku. Kalau aku rajin nak godek-godek code dia, aku akan tukar sikit- sikit. Yelah, kita ni bukan pro mana pon. Setakat tukar background, header tu boleh la lagi. Kalau lain tu, kena rujuk jugak blog mereka- mereka yg dah pro.

Itu saja utk post kali ni. Selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam. Jangan ponteng- ponteng sebab Allah nampak setiap perbuatan kita. Moga Ramadhan kali ni akan jadi Ramadhan yg terbaik utk kita semua insyaAllah.

Nak tahu perkara yg membatalkan puasa dan adab- adab sepanjang bulan Ramadhan? Klik sini.

Top Button Part 9

Assalamualaikum.

http://i.imgur.com/eRxJqyP.png
http://i.imgur.com/xGGqtR5.png
http://i.imgur.com/a1Iislc.png
http://i.imgur.com/9Hpe73E.png
http://i.imgur.com/WuXoZyw.png
http://i.imgur.com/Ry6GjQ2.png

Top Button Part 8

Assalamualaikum.

Simple top button utk korang.
http://i.imgur.com/MvN5Guo.png
http://i.imgur.com/eAie636.png
http://i.imgur.com/2OdldoC.png
http://i.imgur.com/SIBQu49.png
http://i.imgur.com/ivFqzJh.png

Syura Juara MasterChef Selebriti Musim Ke 2!

Assalamualaikum w.b.t.

Aku tak ikut pon perkembangan program ni dari awal, yelah MasterChef ni dah start masa aku kat Kolej. Memang wujud pulak astro kat asrama aku tu. TV pon takdak inikan pulak astro? Tapi kalau kat kafe asrama tu ada lah tv dengan astro, itu pon baru pasang nak tarik pelanggan. Kot. Tapi dah nama pon tv diaorang, memang aku boleh main tukar- tukar channel ikut sukati mak bapak aku pulak kan?

Bila start cuti sem pertengahan bulan 5 hari tu, baru lah aku terkinja- kinja ikut perkembangan program MasterChef ni. Mana taknya ada Che' Ta kot. Suka dia dalam pada masa yg sama tak suka. Eh? Dia pandai buat lawak. Tambah pulak dia cakap dialet Kedah. Sumpah sebijik dgn classmate aku. Peanut namanya. Even masa dia tersingkir hari tu pon sempat buat lawak. "I dengan kawan- kawan yg lain boleh enjoy. I nak pakai dress labuh tu." Lebih kurang macam ni la Che' Ta cakap. Orang punya sedih terus jadi tak sedih. Hahaha.


Masa first aku tengok program ni, entah kenapa berminat dgn Syura. Setiap episod aku nak dia menang. Setiap episod aku nak dia lepas ke peringkat seterusnya. Aku takut kalau Chef tu kritik masakan dia. Kalau sedap aku happy gila, kalau tak sedap aku maki hamun Chef tigorang tu.


Semalam MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 dah berakhir.

Masa Chef tu nak umumkan pemenang, entah kenapa tangan aku basah gila. Celina atau Syura? Bila dia umumkan Syura sebagai pemenang, aku menjerit gila babi aa. Adik aku yg tengah makan pon boleh terkejut. Bhahaha. Satu rumah boleh dengar aku jerit. Nasib parents keluar masa ni. Lepas jerit tu sempat update kat twitter kejap. Lepas tu sambung jerit balik. Haha betapa happynya aku Syura menang utk MasterChef kali ni. Congratulations!


Hampir menitik jugak air mata aku bila Syura pon menangis sambil cakap masa dia menang tu. Pasal ibu dia yg tengah sakit. Then ibu dia wish nak pergi Umrah. Serious sedih. A/pon, lepas ni Syura dah boleh tunaikan impian ibu dia utk bawak ke Mekah insyaAllah. *lap air mata* Hadiah istimewa pulak dapat 2 tiket melancong ke Paris. Hohoho kerlass kau melancong ke Paris. Boleh la berbulan madu lepas ni kan? Tak sempat nak berbulan madu katanya.


Kepada Celina, aku sangat kagum dengan setiap hasil kerja dia. Dia seorang Chef yg sangat pandai gunakan masa dan sangat strategik dalam mengatur plan ketika memasak. Serius aku takut dia yg menang kali ni. W/pon Celina tak menang, tapi dia tetap dah buat yg terbaik. Good job Celina!

Oh segala gambar aku amik kat astrogempak. Siap ada resipi uolls.


Sebagai penutup, kelmarin Dato' Fazley RT iolls punya tweet. Uolls hado?