5 Tips Sebelum Peperiksaan daripada Pn Umul

Assalamualaikum w.b.t.

Ber'update' juga aku hari ni.

Heh-- belum mula lagi idea dah hilang. Tak suka mcm ni. Tengah semangat nak update tiba-tiba idea hilang. K so aku straight to the point je lah ya?


Ini jadual exam pertengahan tahun. Eh semester. Feeling budak sekolah kejap bila taip 'tahun' tu.

Minggu depan aku ada exam midsem atau dalam bahasa melayunya pertengahan semester. Jujur aku tak pernah nak ready bila exam midsem datang. Well dah lama takde exam so tubuh dan otak ni dah set, "besok tak exam lagi. Wat lek wat peace." Peace--! [tangkap gambar sambil buat peace] Dalam lek-lek tu ada jugak rasa takut. Tapi tak sampai tahap maksima lagi sebab tu aku boleh update lagi w/pon minggu depan dah start exam. Kan?

Kalau nak tahu subjek apa yg aku amik utk sem ni, korang klik la gambar tu bagi besauu. Pastu tengok yg hujunggg sekali sebab-- ehem dah sem 4 kan? Senior gittuw.

K sebelum aku bertambah melalut lagi--

Tadi Pn Umul ada masuk kelas. Siapa pulak Pn Umul ni? Senang cerita, dia pengajar yg mengajar aku sem ni utk subjek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Setiap kali dia masuk kelas, kitorang mesti akan hyperactive mcm dia. Suara dia-- jangan cakaplah. Memang highnote habis. Kalah Black si hitam manis tu. Like seriously. Dan dia selalu bercerita dan buat lawak. Sebab tu kelas dia tak pernah boring.

Dan--




Aku dah melalut lagi.

Di sebabkan minggu depan exam, jadi Pn Umul masuk ke kelas utk memberi sedikit 'tips' dan tips-tips sebelum menghadapi peperiksaan.

1. Jaga kesihatan.

Well bagi aku yg ni memang penting. Kalau korang sakit masa tengah jawab exam mesti tak syok. W/pon aku tak pernah kena tapi aku boleh imagine cemane orang sakit jawab exam. Tambah-tambah kena pulak tang hingus yg jenis leleh-leleh tu. Yg tu memang-- pffst taktao nak cakap mcm mana lah kan.

2. Pastikan baca nota.

Pn Umul cakap-- baca nota. Tak kira la nota apa sekalipon asalkan baca.

3. Jumpa pengajar.

Utk mana-mana student yg masih ada kesempatan utk bertanya kepada lecturer atau guru pasal soalan yg korang tak faham-- is better korang berbuat demikian sementara masih ada masa.

Pn Umul: Kalau korang takde kredit sekalipon korang mcg lah saya.. "Pn Umul, ni last kredit. Tolong call saya." Saya akan call korang terus! Tak kisah lah pukul 3 pagi sekalipon. Tapi..

Kitorang: 3 pagi?

Pn Umul: Yela sebab masa tu buat susu anak.

Cis.

4. Jangan lupa doa.

Tak kira apa agama, apa fahaman korang sekalipun.. jangan lupa berdoa. Sebab benda tu macam KEKUATAN utk kita. Mcm mana aku taktao sebab Pn Umul yg cakap mcm tu.

Maksudnya lebih kurang mcm ni lah-- korang memang langsung taktao a/pon pasal subjek tu.. then korang mintak dalam hati supaya korang paham pasal subjek tu. Sometimes miracle happen kan? Allah sentiasa ada utk hambanya yg kesusahan. Allah tak pernah lupa kat kita. So bila kita berdoa--benda tu mcm kekuatan la utk kita. Boleh terima? Ahh tak kisahlah. Uhik.

5. Telefon/ Mesej mak ayah.

Kalau taknak call-- at least mesej diaorang bagitao yg korang nak exam. Bagitao tarikh, pukul berapa start exam and bla bla bla. Sebab Pn Umul cakap, naluri ibu bapa bila anak diaorang nak exam.. mesti diaorang akan automatik mendoakan kita. InsyaAllah.

K yg ni aku nak tambah sendiri--

6. Malam sebelum exam tu tidor awal.

7. Sebelum tidor, sediakan peralatan nak exam. Jangan lupa benda-benda penting yg kena bawak. Contoh, I/C, kad matrik, pensel, pemadam dan lain-lain lagi.

8. Lepas jawab exam jangan bincang. Tahukan sebab apa?

Cukup lah setakat tu. Yg lain-lain tu korang boleh fikir sendiri kan? So wish me luck. Oh and my friends too. Good luck kepada sesiapa yg bakal menduduki exam. Tak kira la exam apa sekalipon. Itu je utk post kali ni. Blog you later.

Assalamualaikum w.b.t.

No comments: