Pengumuman [?]

Assalamualaikum.

Taktao nak letak tajuk apa dah. Tu pon kira paling okay aku rasa. [tangan ke bahu mata ke atas]

Aku baru buat acc baru. Yeap. Semua sekali acc aku sebelum ni aku malas nak guna. Motif malas? Blergh taktahu macam mana nak cerita tapi aku nak cerita jugak. Luls.


Pertamanya, hari tu aku baru beli S3 Mini. K motif bagitao? Haha aku bagitao sebab ada kena mengena dgn benda yg aku nak cerita kat korang ni. Bukan nak menunjuk k? Bila dah guna android ni korang kena daftar guna acc gmail kan? So aku tak pernah pulak ada acc gmail. So bila tengah fikir-fikir nak daftar gmail tu..aku pon terfikir "Takkan la nak guna username email yahoo aku sekarang ni?" sebabnya..

Jangan ketawa k? A bit childish sebenarnya tapi lantak lah aku tak guna dah username acc ni. Aku dah tak guna tao? Ingat. Before ni aku guna "raindrop_tingting@yahoo.com". K malu [tutup muka] [campak bantal] [campak bom]

[tarik nafas]

Mampuih pi la bukan aku guna dah email tu blerghh.

[seminit kemudian]

Aaa tapi aku malu. Haha k gila. [tarik nafas] K serius.

Disebabkan tu "Takkan la nak guna email cenggini sampai aku ke tua nanti? Tak ke malu namanya?" Cuba bayangkan kalau aku dah ada cucu nanti dan tetiba la pulak diaorang tanya pasal email aku. Yelah budak zaman sekarang pon dah pandai main tab..cucu aku nanti mcm mana? Bertambah-tambah advance la kepala hotak diaorang.

Cucu: Atok, aiman [konon nama cucu aku] nak add atok kat facebook. Apa email atok?

Ko boleh bayangkan mcm mana reaksi aku nanti? [sambil besarkan mata] Kalau aku takde heart-attack takpe boleh la tipu sunat cakap aku takde email ke facebook ke. Buatnya dah tua nanti banyak penyakit [harapnya tak. amin] boleh mati terus dengar cucu aku tanya soalan macam tu. Hehe [ketawa sendiri]

Disebabkan tu aku pon guna acc gmail dengan nama "fnor2203@gmail.com". [tadaa]

Lebih simple dan tak nampak bebudak di situ. F tu Faris. Nor tu nama bapak aku Ahmad Nor. Maka bila dah digabungkan jadi lah fnor. 2203 tu pulak ehem biasalah tarikh birthday. Boleh la korang buat reminder bagi birthday present kat aku tahun depan. Tak gittuw? [muntah pelangi]

Jadi..di sebalik semua cerita ni apa natijahnya aku buat acc baru?

Okay. Sekarang aku guna banyak acc. Utk blog dah satu email dan password. Utk facebook dengan twitter satu email dan password. Keek guna username dan satu password. Blogskin aku entah apatah aku dah tak ingat aku guna apa. Nak daftar itu ini so aku rasa macam leceh sebab guna banyak sangat email. Dan password. Jadi aku buat la acc baru guna email dan password yg sama je. Itu la natijahnya aku buat acc baru. Hmm natijah [?] sangat kan cerita aku ni.


Kedua, perubahan.

Aku dah janji dengan someone [yes you] yg aku nak berubah utk dia. Ada sikit masalah berlaku. Jadi aku pon nak tukar acc dan buat acc yg baru. Tak kisah la sebab kedua ni munasabah ke tak aku peduli apa. Lagipon aku dah 'ter'buat so tak payah nak konon kecewa sangat betul? Life must go on. Cewah [buat muka]

Itu je la sebab aku buat acc baru. Seronok bukan?

Fanpage: Bubu Lalola II
Facebook: Bubu Lalola
Twitter: @bubu_lalola
Keek: bubu_lalola

Oh dan fanpage aku pon aku dah tukar. Haha lol. Mana yg tak segan silu tu boleh la like sekali eh? Mana yg ada keek..ada twitter tu follow-follow la aku. Muahaha k itu sahaja pengumuman yg aku nak buat. Jam pon dah pukul 1..maka beta nak beradu. Selamat malam. Jgn lupa sahur. Assalamualaikum.

Jangan lupa sebarkan~ [bisik mcm iklan Yousoff Taiyooob~] Ihik.

1 comment:

Unknown said...

erk... hahahahahahaha tak boleh tahan gelak baca e-mail tu... tapi.... saya punya pun macam childish sikit... hehehe