Assalamualaikum.
Actually perancangan sebelum solat isya' tadi aku nak buat assignment. Padahal baru dua minggu kuliah start tapi dah belambak assignment kena buat. Yea walaupon bukan kena hantar dalam masa terdekat ni tapi tu lah malas nak tangguh- tangguh. Luls. Ada rasa nak buat semua assignment tu tapi aku ni jenis yg suka tangguh kerja. Eh tadi cakap tak suka tangguh- tangguh, ni suka tangguh- tangguh pulak? Mana satu ni. Haa tadi tu aku memain je konon nak tunjuk aku ni baik. Blergh.
Back to the topic..
Ini sebenarnya Song Joong Ki. Tapi well tak jadi sangat haha.
Seingat aku, aku lukis potrait ni masa sekolah rendah dulu. Cikgu mintak tolong lukiskan gambar dia guna gambar passport. Cikgu apatah namanya aku tak ingat. Masa sekolah rendah dulu aku minat bab- bab melukis ni. Tapi bapak aku selalu marah. Dia cakap buang masa la apa la. Sampai satu hari dalam exam masa darjah enam, aku main hentam je lukisan yg aku buat sebab bengang gila kat bapak aku. Tapi bila result keluar, aku still dapat A. Muahaha k sila tepuk tangan
Minggu lepas aku bercadang nak beli kertas lukisan yg satu set ada banyak- banyak tu. Tapi bila fikir balik nak buat apa aku beli [?] membazir je nanti bukan aku amik kos lukisan pon kat KSKB ni. Tapi hari tu ada satu assignment kena guna kertas A3 ala- ala kertas lukisan cuma dia besar sikit. So 'ter'beli la yg satu set punya tu padahal nak guna sekeping kertas je pon. Daripada derma kat orang lain [okay ni kedekut], lagi elok aku bazirkan dgn lukisan aku yg tak seberapa tu. Luls amalan syaiton.
Lukisan nana johari semua cantik- cantik. Jealous sebab dia kreatif gila. Lukisan ni pon 'ter'lukis sebab aku jeles dengan dia. Aku nak jadi sekreatif dia. Pandai edit gambar, buat poster, melukis [walaupon dia cakap dia tak pandai melukis] Lol.
Mungkin lepas ni kalau ada masa lapang aku akan melukis lagi. Aku akan melukis sampai aku betul- betul puas hati dgn air tangan aku sendiri.
No comments:
Post a Comment