يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)Assalamualaikum w.b.t.
Di sebabkan orang lain dah berpusu- pusu mengucapkan selamat menyambut bulan puasa, jadi aku taknak ketinggalan untuk mengucapkan benda yg sama. Aku tahu ramai dah yg tak sabar nak sambut bulan puasa. Tapi korang kena ingat jugak, tak semua berpeluang untuk berpuasa. Jadi kita yg masih hidup ni, masih sempat berpuasa pada tahun ni sepatutnya bersyukur sebab Allah bagi peluang berpuasa tu kat kita.
Jujur, aku tak ready nak puasa lagi. Bukan apa, aku cuma tak ready kena tahan nafsu makan minum sampai bukak puasa nanti. Kalau nafsu lain tu insyaAllah aku boleh control lagi. Cehh berlagak. Aku ni jenis kuat makan dan cepat lapar. Mcm mana la hari pertama besok.. harap- harap aku boleh tahan sampai ke maghrib. Amin.
Dalam bulan puasa ni jugak, bazaar Ramadhan akan di bukak. Bukan selalu ada bazaar besar- besaran macam ni kan? Tunggu bulan puasa baru ada. Kalau ikutkan lapar, semua nak di borong. Beli itu beli ini. Tapi bila berbuka, sikit je makan. Itu nafsu namanya. Beringatlah kepada yg nak berjimat macam aku ni. Control duit. Kawal mata jangan duk ralit sangat tengok makanan yg ada kat bazaar besok. Ahaks.
Bagi yg terlupa niat.. ini haa boleh tengok sini. Hohoho.
Oh dah alang- alang aku post ni, aku nak bagitao jugak yg aku dah start guna simple template. Taknak guna blogskin lagi. Setakat ni macam ini lah rupa blog aku. Kalau aku rajin nak godek-godek code dia, aku akan tukar sikit- sikit. Yelah, kita ni bukan pro mana pon. Setakat tukar background, header tu boleh la lagi. Kalau lain tu, kena rujuk jugak blog mereka- mereka yg dah pro.
Itu saja utk post kali ni. Selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam. Jangan ponteng- ponteng sebab Allah nampak setiap perbuatan kita. Moga Ramadhan kali ni akan jadi Ramadhan yg terbaik utk kita semua insyaAllah.
Nak tahu perkara yg membatalkan puasa dan adab- adab sepanjang bulan Ramadhan? Klik sini.
No comments:
Post a Comment