Contest Blog Super Kawai

Assalamualaikum


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, buu akan melancarkan contest ini. K sejak bila pulak aku membahasakan diri sebagai buu ni? Lol. Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat guek nak melancarkan contest ni. Ada yg beminat nak join? Harapnya banyak penyertaan utk contest kali ni.

Ini merupakan beberapa sebab buu nak buat contest ni. Pertama, seperti mana yg dah buu cakap dlm entri ini, buu telah menukarkan link blog lama ke link blog yg baru di mana.. link blog yg korang tengok sekarang ni merupakan link blog yg baru. Jadi, ianya sebagai satu pemberitahuan secara besar- besaran lah. Lebih kurang begitulah. Kedua, buu ada masukkan anak buah dlm satu contest kat facebook. Well, contest tersebut memerlukan like. Dah alang- alang buat contest ni, nanti buu akan sertakan link gambar anak buah buu utk korang like ok?

Tanpa membuang masa lagi, lets checkitdoud the banner first.

K buu mintak maaf sebab sepatutnya contest ni di lancarkan semalam, tapi ada sebab- sebab tertentu buu tak dapat berbuat demikian. Apology accepted?

The rules.
1- Wajib follow blog buu. Yg dah follow sebelum ni pon kena follow balik sebab link blog ni dah bertukar.
2- Like fan page utk tahu sebarang perkembangan utk contest ini. Klik di sidebar atau di sini.
3- Wajib like gambar anak buah buu. Klik sini. Rajin? Mohon share.
4- Buat satu entri mengenai contest ini dengan tajuk "Contest Blog Super Kawai by Bubu".
5- Tempekkan banner di entri dan linkkan ia ke entri ini.
6- Tag 2 orang blogger dan pastikan diaorang tahu.
7- Coment entri korang di entri ini. Sebarang pemberitahuan di Cbox tidak akan di layan.
8- Pastikan semua syarat- syarat ni korang ikut. Thank you ^^
Expired date: 30 April 2013
The prizes.
Pertama: Topup RM30
Kedua: Topup RM15
Ketiga: Topup RM5
Hadiah tak memberangsangkan? Maaf. Ini je yg aku mampu sebab aku masih taktahu macam mana nak pos barang. Tambahan ia satu perkara yg melecehkan. Like seriously. Ihiks.

Cara pemilihan pemenang.
1- Blog mestilah kawai. *comel*
2- Blog ringan dan tak lambat loading.
3- Kemas. Ini sangat penting.
4- Entri yg awesome.
Itu sahaja. Di harapkan banyak penyertaan utk contest buu kali ni. Harap semua syarat- syarat korang dapat ikut. Terima kasih kpd yg join contest ni. Blog you later.
Sincerely: Bubu 

Tarikh Tutup Contest Blog Super Kawai di Cepatkan.

Assalamualaikum.

Hello everyone. Dah lama benor rasanya tak update blog ni haa. Contest pulak sunyi sepi je. Tak berupdate apa pon. Kot la ada yg mengata aku batak followers ke apa kan? Nope. I'm so sorry sebab my broadband is sooo seloww nak mampuih. Taktao sebab apa. Ni pon dapat update sebab kat rumah. Line jadi laju ciskek. Ihiks.

Tarikh tutup contest di cepatkan? Lol dah kenapa nak tutup contest awal sangat? Macam yg aku dah cakap tadi, line broadband aku slow. Jadi di sebabkan broadband itu lah aku tak dapat nak blogwalking dan baca entri awesome daripada peserta yg dah join contest yg aku dah anjurkan tu. Jadi aku cepatkan tarikh tutup sebab aku nak blogwalking kat blog korang. Aku nak baca semua entri dan nilai supaya semuanya adil. K yg ni aku rasa macam baik sangat. Ptoie ptoie *ludah*.

List peserta dah buat? Nope. Same reason macam kat atas. Semuaaaaanya salah broadband. K tak. Semuaaaaanya salah line. Internet. Kalau laju macam hari ni, dari awaaaal lagi aku dah buat list peserta tu. Tapi jgn risau. Aku akan buat jugak list peserta nanti okay? Don't worry be happy!

Jadi, berbalik kpd tujuan utama..

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku tutup Contest Blog Super Kawai. As simple as that. Haha.

Sebelum ni aku ada blogwalking kat blog beberapa peserta. Mana yg aku dah tinggalkan coment tu maknanya aku dah blogwalking kat blog korang la eh? Aku pon dah baca entri korang. Mana yg tag je tu.. paham- paham lah. Aku nak baca entri. Bukan nak harapkan sangat korang tag kat blogger lain. Hee, harap faham lah ya?

Dan kepada peserta yg hanya bagi link blog tu.. aku harap korang boleh bagi link post pasal contest tu. Tak paham? Maksud aku bagi link macam ni "http://ohhello-buu..../2013/04/contest-blog-super-kawai.html". Bukan "http://ohhello-buu.bs.com". Paham? K terima kasih.

Akhir sekali, insyaAllah malam ni aku akan blogwalking ke beberapa blog peserta yg belum aku terjah lagi. Dan dalam masa yg terdekat ni jugak aku akan buat senarai peserta. Doakan aku rajin berbuat demikian. Sebelum terlupa, aku akan umumkan pemenang pada awal bulan 5 nanti. Itu pon kalau takde apa- apa masalah berlaku. Ini sahaja post utk malam ni. Blog you later. Selamat malam.

Oh, maaf di atas segala kesulitan.

Kelebihan SPA. Apa Itu SPA?

Assalamualaikum.

Lagi 3 minggu aku akan menghadapi final exam. Tapi aku tak mulakan study lagi. Rasa takut tu ada, tapi aku tak nak study. Asal ah? Nanti bila dah 3 hari nak exam baru nak gelabah. Tu lah aku. Aigoo. Mcm malam ni, aku tak study lagi. Tapi aku luangkan masa dgn update blog. Bazir masa kan aku ni? Sila jgn tiru aksi ini di rumah.

Semalam, Zharif Azis ada post kat blog dia yg dia dapat temuduga utk SPA. Tapi dia macam blur taktahu apa yg dia patut buat. Then dia tanya kpd sesiapa yg dah berpengalaman. Aku terpanggil utk update benda ni semalam, tapi dgn kelajuan broadband entah macam apa ni, jadi aku update hari ni walaupon kelajuannya masih sama mcm semalam. Pffst annoying.

Sorry Zharif aku printscreen tak bagitao kau dulu. Dan nampak kah anda dgn ke"loading"an itu?

Apa itu SPA? Masa mula- mula dulu pon aku taktao apa itu SPA. Tempat rehatkan diri tu ke? K bukan yg tu aku maksudkan. Tu spa. Ni S-P-A. Baca satu- satu. S- P- A. SPA tu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Apa benda pulak tu? K kejap lagi aku cerita.

Dulu aku tak apply pon kat laman web SPA ni. Sebabnya masa tu aku tengah menuntut pelajaran di Matrik Pinang. Menuntut? K skema di situ. Tambahan pulak, masa tu ada kawan sama- sama masa Sekolah Menengah dulu. Jadi perasaan taknak pergi ke SPA tu mmg membuak- buak. Membara pon ada jugak. Tapi abah selalu cakap cenggini "Tak mustahil masa akan datang akan ada pelajar U yg dah belajar tinggi- tingi jadi pekerja kat tol." Like seriously? Yeah, trust me. Jadi di sebabkan tu, parent aku apply kan utk aku.

Sekarang aku dah sem 3. Amik kos Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Aku akan bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Lagi 3 sem aku akan habis diploma di KSKB Sg Buloh. Kemudian? Kalau pointer aku elok, aku akan terus bekerja. Tak nak ke lepas habis belajar terus dpt kerja? Semua ni di sebabkan parents aku. Terima kasih abah. Ibu.

Ini gambar masa jalankan pemeriksaan Aedes awal sem ni. Aku tukang tangkap gambar.

Jadi apa kelebihan kalau korang masuk SPA ni?

Pertama, korang akan terus dapat kerja. This is for sure. Menyirap jugak la semalam ada orang coment dekat gambar si Zharif Azis tu macam ni "Buat apa nak fikir pasal kerja." Boleh macam tu? Skrg mungkin tak nampak. Tapi fikir pasal masa depan. Kalau nak merempat tepi jalan, tak payah la susah- susah nak baca yg seterusnya.

Kedua, bukan setakat lepas belajar terus dpt kerja. Kalau korang masuk SPA ni, korang jugak akan di beri elaun. Yeah elaun. Tak perlu bayar balik. Awesome kan? Dulu masa aku masuk cuma RM600 je, tapi sekarang dah naik jadi RM800. RM600 pon dah berbaloi- baloi ini kan pulak RM800. Bersinar- sinar mata. Korang masih tak nak rebut peluang ni?

Ketiga, *fikir*

Setakat ni tu je yg aku mampu fikir. W/pon hanya 2 kelebihan je yg dapat aku berikan.. tapi aku cukup condifent dgn 2 benda alah ni. Kerja dan elaun. Masih tak cukup? Masuk dulu baru tahu kelebihan lain.

Tambahan pulak, kalau korang tak belajar sains  masa sekolah menengah dulu, korang still boleh mohon utk SPA ni. Tapi itu depend kpd kos apa yg korang nak amik.

Ini pulak masa Pra Klinikal sem lepas di Sik, Kedah. Aku masih jadi tukang tangkap gambar.

Akhir sekali, bagi sesiapa yg dah dapat tawaran temuduga utk SPA ni aku suggest kan kat korang utk pergi je temuduga tu dulu. Dapat atau tak tu belakang cerita. Andai kata kalau korang di terima utk sambung belajar kat SPA ni, benda tu boleh di bincang dgn parents. A/pon, parents mesti di utamakan. Kalau nak pergi boleh, tak nak pergi pon boleh. Sebab semua keputusan di tangan korang.

Oh, apa yg dia akan tanya masa temuduga? Tu depend kpd bidang apa yg korang amik. For example, korang dapat kos nursing.. then cari la apa- apa yg berkaitan dgn nurse. Jgn lupa pengetahuan am. Cthnya, nama Menteri ke.. Menteri Kesihatan ke.. blabla. Dan jugak, pengetahuan pasal Islam. You know, about basic things. Tapi depend jugak kpd penemuduga tu. Kadang- kadang soalan merepek pon diaorang akan tanya. Ihiks.

That's all yg aku boleh kongsikan. Harap membantu bagi sesiapa yg confuse. Blog you later. Good night. Assalamualaikum.

Belajar Bahasa Thailand di MangoChilli

Assalamualaikum w.b.t.

Pada April 06 bersamaan hari Sabtu yg lepas aku pergi makan di Seoul Garden. Nak tahu apa yg ada di sana? Sila lah dgn segala hormatnya klik sini.

Pada April 11 bersamaan hari Khamis pulak, aku pergi makan di MangoChilli.

Sepatutnya aku tak boleh keluar jalan- jalan pada waktu pembelajaran. Tapi di sebabkan petang tu free. No class. Maka dengan keberanian yg ada, aku pergi ke WangsaWalk Mall utk menonton wayang. Seperti biasa aku tidak keseorangan. Kalau sensorang, for sure aku tak berani sebab aku budak yg baik. Eh? Menonton wayang merupakan niat utama ke WW pada petang tu. Tapi takkan nak kosongkan perut tanpa melahap apa- apa makanan kan? Jadi kami cuba ke MangoChilli.

MangoChilli kat WW ni berhadapan dgn SubWay. You know what is Subway? I don't know. Aku pernah try biskut dia tu je. K very the ketinggalan. Kalau taktahu nak cari MangoChilli kat WW, cari je SubWay. Maka akan berjumpa lah korang dengan MangoChilli.

Kan dah cakap aku tak keseorangan. Dengan keberanian yg diaorang ada, tambah pulak dgn keberanian aku, jadi bertambah- tambah la keberaniannya. Kemerepekan apakah yg aku melalutkan ini? Oh please.

Sambil makan sambil belajar bahasa Thailand. Aku pon taktahu apa motif dia letak bahasa Thailand sebagai penghias dinding kat kedai dia tu. Sejauh mana yg aku boleh fikir ialah, MangoChilli ni berasal dari Thailand. Mungkin. Dan lagi satu, owner kedai ni orang Thailand. Tapi.. K takde tapi tapi. Itu je yg mampu aku fikirkan. Ihiks.

Ada jugak di letakkan kebaikan herba- herba Thailand sebagai penghias di dinding.

Bawah tu makanan yg aku order. Atas tu pulak "auntie" aku order. Auntie? Oh kalau nak tahu, bacalah post di Seoul Garden. Terima kasih.

Aku tak ingat pulak apa nama makanan yg di order. Tapi yg pasti dalam setiap list menu tu ada perkataan mango. Dan chilli. Dah nama tempat pon MangoChilli takkan nak letak strawberry pulak kan? Bagi yg nak merasa makanan yg aku order tu, code makanan dia 650. Kurlas tak kurlas sampai code makanna pon aku boleh ingat? Haha. Tapi yg pasti, ayam tu kelihatan sangat enak.

Eh terselit pulak gambar dgn "auntie". Kami cuma kawan. Bukan skandal. Ihiks.

Lepas makan baru pergi tengok wayang. Tiket dah beli sebelum ke MangoChilli. Pandai tak kami? Kena pandai jimatkan masa sebab hari Khamis bukan hari minggu. Kitorang tengok cerita The Host. Cerita tu mengisahkan pasal Perumah + Agen + Persekitaran. Siapa yg dah belajar pasal ni tau la apa yg aku maksudkan.

Lepas tengok wayang, jalan- jalan kejap lepas tu blah. Still. Cardigan yg aku cari- cari masih tak dapat di jumpai. Oneday aku akan dapatkan jugak. Itu sahaja utk entri kali ni. Thank you for reading. Assalamualaikum.

P/s: Perasan tak aku tak pakai sweater? Like seriously sejuk gila babeng nak mampus kt dlm wayang.
Sincerely: Bubu 

Semalam Makan di Seoul Garden.

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau jawab sayang, kalau tak jawab dosa. Eh? Tengok tajuk pon korang dah boleh agak apa yg aku nak cerita kat korang kan?

Siapa pernah pergi makan Seoul Garden? Ala, makanan yg ala- ala Korea tu. Aku taktahu macam mana nak describekan  makanan tu. So aku tanya roomate dan ini jawapan dia, *make sure korang baca dgn perlahan* "Korean.. Food.. Buffet... Buffet.. Korean.. Food." *then dia pusing- pusing mata* K dia ulang ayat yg same jeh. Pepahem je lah ya?

Tisu pon jadi lah. Ihiks.

Semalam aku pergi merantau *K merantau kurlass kau buu*, pergi makan Seoul Garden kat One Utama.

Masa mula- mula masuk "Ish kecik pulak tempat ni. Nak lalu pon susah." Terpaksa berhimpit- himpit nak lalu dgn org yg lalu lalang ambil buffet kat situ. Sekali masuk dalam "Wow! Besar tempat dia." Cuma kat bahagian pintu masuk tu kecik, tapi bila dah masuk jadi besar. Faham? K tahu tak faham. Susah nak explain sebab takde gambar T_T

Aku pergi berlima dgn classmate aku. Berlima tu termasuk aku.

Dari kiri, Mym as Mama, Diana as Auntie, Fiza as Kakak, Anam as roomate.

Aku ada keluarga angkat kat tempat aku belajar ni. Sebab tu aku ada Mama, Papa, Auntie, Umi *ibu tiri*, Atuk, Nenek dan lain- lain. Tapi bukan ni yg aku nak cerita. Abaikan.

Ni harga bayaran kat situ.

Macam yg korang boleh tengok, harga kanak- kanak lagi murah dari harga orang dewasa. K tu sudah semestinya. Dan harga pelajar lagi murah daripada harga dewasa. Tapi ingat! Korang kena bawak kad matrik pelajar korang. Di sebabkan hari tu kitorang tak bawak kad matrik, eherm i mean kena letak kad matrik kat Pak Cik & Mak Cik Guard, jadi kitorang kena bayar guna harga orang dewasa RM28.88++. Tapi... masa tu kitorang kena bayar RM38++. Pasai pa? Entah kitorang taktao & masa tu tengah malas nak fikir. Asal dapat makan sudah.


Ni la yg kitorang makan. Sedap? Boleh la tahan.

Ni kimchi. Yg orang Korea selalu makan tu. Sedap? Well, korang boleh try dulu. Taknak cakap pape. *krikkrik*

Ni pulak ice- cream hand made by me. I name it Strawberry Chocolate Tuxedo. Kurlass kau. Nama nak sodappp aje. Lalala.

Macam yg dah di mention tadi, Seoul Darden ni Korean Food Buffet kan? Nampak tak perkataan Buffet tu di boldkan. That's mean korang boleh makan baaaaanyak mana yg korang nak. Korang boleh ambil maaaacam- macam. Ada makanan, air, ice- cream. Makanan mentah, tak mentah. Semuaaa ada. Korang boleh pilih sendiri utk di grill kan. Make sure, jangan ambil banyak- banyak. Ambil sikit- sikit supaya korang boleh merasa kesemuaaaa makanan yg ada kat dalam tu.

Pengajaran utk aku, jangan ambil banyak makanan. Cepat kenyang. Tak dapat nak merasa kesemua makanan dia yg ada kat situ. Hmm, sedih T_T Lepas ni tak nak try kat situ dah. Sebab nak try kat DubuDubu :)

Lepas makan?

Kitorang pergi tengok wayang. Apa salahnya nak menyimpang sikit dari tajuk post kan?

Si Fiza dgn Anam tengok cerita lain. Ghost Child yg "best" sangat tu. Jadi ada lagi tambahan 6 orang. 2 orang tidak ada dalam gambar. Nak mention nama? Tak perlu.

Kitorang tengok The Croods. Cerita kartun tu! Sumpah best. Lawak. Boleh gelak- gelak. Hilangkan stress. Tambahan view dia dlm cerita tu sangat cantik. Kalau la ada tempat secantik tu dalam dunia ni kan? SubhanaAllah :)

Lepas tengok wayang, beli barang. Shopping kejap. Then blah. Like seriously feeling macam orang kaya kejap dua hari ni. Asyik makan kat luar jeh. Dekat RM200 jugak la dah habis. Ish ish *geleng kepala* Boros! Jangan tiru aksi ini di rumah melainkan kalau anda banyak duit. Jimat utk masa depan. That's all utk entri malam ini. See you lateh. Follow me at twitter. Here.
Sincerely: Bubu 

Background 9 (Polkadot)

Assalamualaikum.
http://i.imgur.com/9GRrmnt.jpg
http://i.imgur.com/fazCKFG.jpg
http://i.imgur.com/6Ekp70s.jpg
http://i.imgur.com/GHvYiDP.jpg
http://i.imgur.com/v3q8RK3.jpg
http://i.imgur.com/4uMW1Ag.jpg
Sincerely: Bubu 

Icon Home, Older & Newer Post Part 2

Assalamualaikum.

Malam ni rajin buat freebies icon ni utk korang.
  
  
  
  
  
 
  
Click utk dapatkan URL gambar. Jgn lupa komen ya?
Sincerely: Bubu 

Billy Music Player

Assalamualaikum.

Tutor ke 2 utk hari ni. Aku nak ajar korang macam mana nak buat Billy Music Player. Contoh macam ni.

Comelkan? K aku tahu. Jom mula.

1- Cari lagu korang kat sini.

2- Taktahu macam mana nak cari URL? Boleh rujuk tutor ni.

3- Tekan sini dan ikut seperti arahan gambar di bawah.


Nota:-
Korang boleh tukar width dan height mengikut kesesuaian yg korang nak.
Sincerely: Bubu