Past is Past. But..

Assalamualaikum.

Benda dah lama tetap akan jadi lama. Benda dah buruk dah basi tetap akan jadi buruk tetap akan jadi basi. Orang cakap, "Kenangan lama jangan di kenang" @ usah di kenang? Arghhh, sama lah maksudnya jangan di kenang atau usah di kenang. Hmm kenapa aku sangat emosi malam ni?

Aku juga manusia biasa. Semua hamba dalam muka bumi yg Allah cipta ini manusia biasa. Takde satu pon yg boleh terbang mcm Superman. Ada kuasa labah- labah terbang guna sawang mcm Spiderman. Takde. Satu pon takde dalam dunia ni. Tu cuma cerita utk menghiburkan hati kanak- kanak. Yes orang dewasa pon terhibur jugak. Kalau betul ada kuasa mcm tu dalam dunia ni sekalipon.. diaorang masih ada perasaan. Bukan setiap masa diaorang akan menang. Bukan setiap masa diaorang akan kuat kan? Apa kena mengena kuat dgn perasaan? Ergh aku mereng malam ni.

Awak. Ialah. Kenangan lama. Bagi saya. Benda lama saya. Benda yg dah basi. Tapi saya tetap ingat pada awak. Saya tetap cari benda yg dah lama ni. Benda yg dah buruk. Dah basi ni. Kenapa? Sebab awak adalah kenangan saya. Tak mudah utk saya lupakan awak.  Sebab itu ia di panggil kenangan.

Kesalahan lama saya. Kenapa perlu di ungkit? Saya manusia biasa. Kita dah rancang tapi Allah adalah perancang yg paling terbaik. Ada sebab dia tak bagi kita berjumpa. Ada sebab kenapa Allah aturkan itu dan ini utk kita. Saya tahu itu salah saya sebab saya dah 'ter' janji dengan awak. Takde langsung niat saya utk buat awak macam ni. Sumpah.

Saya terkilan kenapa awak perlu tulis "memang penipu suka menipu eh?" Sumpah saya terkilan bila awak tulis macam tu. Dari dulu. Awak sama macam dulu. Takde yg beza. Tak pernah nak tulis benda yg baik- baik. Apa yg jahat semuanya di tulis. Awak memang sama macam dulu. Cuma sekarang status kita lain- lain.

Andai kata awak baca apa yg saya tulis ni. Saya nak awak tahu, saya dah berazam utk lupakan awak. It's hard. Really. Tapi saya akan cuba buat mcm mana awak buat kat saya.  Mcm mana awak boleh lupakan saya. Itu saya akan buat. Tapi dengan cara saya sendiri. I will.

Itu azam saya.
Sincerely: You Ex </3

Apa motif aku tulis semua ni? Ergh. Selamat malam penduduk bumi.

Me 20 Years Young.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Mula- mula. Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat aku nak tukar link lama ke link yg baru ni. Kalau siapa yg perahsan, link blog lama aku ialah http://ceritastoryepal.blogspot.com, tapi mulai hari ni aku dah tukar ke http://ohhello-buu.blogspot.com. Comel- comel gitu kan? Ihiks. Sumpah aku cakap. Sumpah rasa berdebar gila dup dap dup dap *bunyi jantung* nak tukar link yg baru ni. Masa nak tukar tu "Eh betol ke keputusan aku ni? Betul ke tak apa yg aku buat ni? Mcm mana kalau ada masalah?" Sumpah berdebar. But at last, dah pon bertukar. Kpd yg dah follow tu, korang kena follow balik utk tau perkembangan post aku. Tu pon kalau nak tau la. Tak paksa pon. Phew.

Seterusnya, sekarang aku dah berumur 20 tahun. Well, welcome to 20's. Ihiks terasa tua gitu. Eh muda. Biaq pi umor aku meningkat pon. Yg penting, aku kena selalu fikir yg aku sentiasa muda. Dan comel. Comel tu penting k?

Buat muka. Comelkan? Haha :D K serius.

Alhamdulillah. Terima kasih kat Allah sebab Dia dah pinjamkan aku 20 tahun dalam dunia ni. Aku bersyukur atas segala yg telah Kau kurniakan kat aku. Kehidupan aku. Keluarga aku. Kawan- kawan. Segala- galanya. Aku betul- betul bersyukur. Allah maha berkuasa. Allah maha besar. Aku berharap aku boleh berubah dari yg jahat ke yg baik. Perangai yg buruk ke perangai yg lebih molek. InsyaAllah. Me trying.

Semalam, orang yg pertama wish secara face to face @ on the phone ialah roomate, Mohd KhairulAnam Bin Zakaria. Pergh, siap nama penuh bagai. Kau patut bangga dengan aku. Haha :D Dia wish macam- macam tu je. Lepas tu bagi hadiah. Mula- mula dia dah bagi, lepas tu amik balik. Katanya nak balut. Lepas tu buat kad. Boleh tak korang bayangkan dia buat semua tu depan- depan aku? Its so.. Tak surprise uolls. A/pon thank you roomate. Ni hadiah yg dia bagi.

Taknak cakap siapa yg wish face to face @ on the phone. Nak cakap pasal hadiah pulak. Hadiah @ wish kedua yg aku dapat ialah pagi tadi. Masa dalam kelas. Kuliah En Maaruf. Subjek Pest & Vektor. Topik.. K cop. Perlu ke bagitao semua ni? Eh sukati la aku nak menyedapkan lagi cerita. So, ini yg aku dapat. Hadiah dari mama tipu- tipuan. Nama dia Siti Hamimah Bt Omar. Thank you maa ^^

Ketiga, dapat wish lagi. Masa kelas petang tutorial Pn Mimi. Subjek Toksikologi Persekitaran. Eh sukati la nak bagitao ke tak nak. Wish ni dapat dari Kak Ira. Eh tak dari kak Munirah. Siti Munirah Bt Azmi. Dia tak suka org panggil dia kak Ira. Pasai pa taktao. A/pon terima kasih w/pon wish dgn kapal terbang kertas yg gambar kat atas ni je. Haha :D Thank you. Thank you :D

Last one, masa petang tadi lepas habis kelas. Dapat dari kawan facebook, Muhammad Farhan. Bin aku taktao apa. Terima kasih sebab kau sanggup dtg asrama aku hantar hadiah ni. Dia baru balik kerja. So dah alang- alang nak balik, singgah la kejap kan? Apa salahnya. Haha :D Terima kasih sebab bagi KFC dgn tshirt domo. Dapat drumstick dgn tight okay? Kau hado? Ni haa hadiah yg dia bagi.

Terima kasih semua yg dah bagi hadiah.

Hari ahad ni aku nak keluar dgn Zafirah Rostam. Member blogger. Remember her? Ada dalam entri ini. Rajin sila baca. Ahad ni kitorang nak keluar kat WangsaWalk. Dan dia nak bagi hadiah kat aku. Berdua je? Ha'ah. Kira macam date gitu. Eh tak. Lawak jeh. Haha :D Tak sabar nak jumpa dia. Nak cheer kan dia. Nak dapat hadiah dari dia. Entah apa la yg dia bagi. Hari tu dia ada post gambar kat twitter. Ni haa.

Besau okay? Entah apa tah. Dia bagi klu warna coklat gelap dan comel. What do you espect? Me? Ofcourse la domo. Addicted okay? Tapi masalahnya dia cakap bukan. Bukan domo okay? Bukan. Tapi aku yakin dlm tu domo. Harap sangat. Ihiks. Harap- harap la domo. K. Lepas tu dia ada buat special post utk aku dalam blog dia. Nak baca? Klik sini laju- laju. Thank you Fyra for the post. Ily just the way you are jugak :3

Last sekali. Eh last sekali? Ingatkan dah habis dah. Panjang pulak post aku ni. Tehee.

Last sekali,

Thank you kpd yg dah wish kat facebook. Kat twitter. Mcg. Call. BBM.. BBM? Sorry. Me not BB user. Jgn mintak aku bbpin. Terasa ngokngek sangat bila korang tanya soalan tu. Oh lupa berbalik kpd tadi, terima kasih kpd yg dah wish. May Allah bless you all too. InsyaAllah. Terharu sebab ramai sangat yg wish. Sorry tak dapat nak reply post korang. Aku harap post ni boleh gantikan dgn post korang tu. Statement kurlas sangat. Ihiks. Terima kasih tao?

Sekian. Utk post malam ni. Terima kasih sudi baca post yg panjang ni. Aku akan mulakan hidup yg baru. InsyaAllah.

Sincerely: Bubu 

Ohhello-buu.bs.com

Assalamualaikum.

Post ini akan jadi sticky post hingga saya tukar link blog yg baru.

Dah berminggu- minggu aku fikir pasal benda ni. Ada la dalam 4 minggu equal to sebulan kan? Fikir. Masa bila patut aku post pasal benda ni. Kadang- kadang sampai pening kepala di buatnya. Very the big problem kan?

Link blog yg lama ni aku nak tukarkan ke link blog yg baru; http://ceritastoryepal.bs.com ke http://ohhello-buu.bs.com. Kenapa? Aku pon taktahu sebab apa aku nak tukar. Takde sebab yg spesifik utk aku bagitahu kat korang. Mungkin saje saje nak tukar? Atau mungkin sebab aku dah bosan dgn link blog yg lama. Ya mungkin. Kalau nak jawapan yg mudah, sebab aku nak tukar lah. Itu pon taktahu.

You know. Banyak yg aku fikirkan. Such as mcm mana dgn URL tutor dgn freebies yg aku dah buat tu? Adakah bila aku tukar link blog, URL utk tutor dgn freebies tu pon akan automatik bertukar? Kalau tak tukar mcm mana. Dan macam- macam lagi lah yg aku fikirkan. Sampai satu tahap aku rasa nak tukar blog yg baru. I mean with new account. Gigih amanah bukan? But nahh, will see mcm mana nanti. What is going to happen aite? Tak kenal maka tak cinta.

Betapa semangatnya aku mahu menukarkan link tersebut sampai aku dh siap prepare code utk link blog yg baru nanti. Tak banyak perubahan. Cuma sedikit gambar. Background. Tulisan. Dan apatah lagi. Contohnya ini.

Blog sekarang.

Blog yg baru nanti.

I told you. Tak banyak perubahan pon kan? Alah. Sukati lah aku nak buat design mcm mana pon.

Aku ada mintak beberapa pendapat blogger yg lain. Perlu aku mention nama diaorang? Tak perlu kot. Banyak sangat. Terima kasih aku ucapkan pada yg bagi pendapat. Ada yg suruh buat blog baru. Utk blog ni sebagai tutorial, blog yg baru tu sebagai blog peribadi. Idea yg bernas. Betul? Tapi aku leceh nak ada banyak- banyak account. Banyak blog. Dgn email lagi. Password pulak. Leceh duh. Ihiks.

Makanya, aku telah membuat kesimpulan setelah hampir sebulan aku fikir pasal benda ni. Aku akan tukar link blog yg lama ke link blog yg baru seperti yg aku dah mentionkan di perenggan ke 2. Eh mcm karangan pulak berperenggan2 bagai. Kisah pulak saya? Jadi, saya mintak kpd yg dah follow blog ni, korang kena follow blog ni semula selepas link ini bertukar. Itupon kalau korang nak follow-up apa yg aku update la. K paham?

So, dalam beberapa hari lagi, link blog ini akan saya tukar ke
http://ohhello-buu.blogspot.com
Sincerely: Bubu 

Done. Freebies Cursor utk 22 Blogger Terpantas.

Assalamualaikum.

Seperti yg telah aku gembar gemburkan di entri ini. Aku akan beri cursor free kepada 22 orang blogger yg paling pantas coment. Dan di entri tersebut, aku juga telah menyatakan bahawa aku akan update cursor free tersebut sebelum aku menukar link blog ini kepada link blog yg baru. Maka seperti yg telah di janjikan..











Sila right click utk dapatkan URL cursor anda. Eh kenapa ada 10 cursor je? Dah 10 orang je coment. Aku buat je la 10. Terima kasih kpd yg dah coment dan terima kasih jugak kepada yg tak coment. Aku bukan rajin sangat nak buat. Miahaha :D

Buruk? K sorry. Aku ni tak pandai sangat nak buat freebies- freebies bagai ni. Tak pro gittew. Tu je la yg aku mampu. Kepada yg dah coment tu, jangan malu- malu, jangan segan- segan. Aku buat khas lagi berhormat utk korang. Walaupon tak cantik. Walaupon tak comel. Tapi yg penting aku ikhlas. Kan kan? Terima kasih sekali lagi.

Oh sebelum terlupa. Link blog ini akan aku tukar pada 22 March 2013. Tanggal birthday aku. Lagi 2 hari je. Ihiks! Tak sabar weyy nak sambut birthday. Nak dapat hadiah.. Hadiah? Ada ke orang nak bagi? Eherm, setakat 1- 2 tu ada lah. Haha. That's all for today. Jgn lupa follow link blog yg baru nanti. Blog you later. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Freebies Cursor utk 22 Blogger Terpantas.

Assalamualaikum.
Closed.

Eh link blog aku masih tak bertukar? Ihiks >.< Aku di sini ingin memaklumkan bahawa aku akan menukar link blog ini secara officialnya pada 22 March nanti. Memandangkan tarikh tersebut jatuhnya tarikh lahir aku. Cukup dengan pengumuman ini sebagai intro.

Alhamdulillah. Dengan tiba- tibanya aku menjadi sangat baik hati ingin menghadiahkan freebies cursor kepada 22 orang blogger yg terpantas. Terpantas apa? Bila diaorang coment kat post aku ni nanti. Hanya 22 orang blogger terpantas je akan di pilih.

Kenapa tiba- tiba nak bagi frebies? Yeah aku tahu aku ni pemalas. Takkan la dengan tiba- tibanya aku nak bagi korang freebies tanpa sebab kan? Well, you know. Theres one reason why me suddenly bersikap mulia baik hati lagi suci ini. Eh not one. Actually two. First, followers. Terima kasih sebab korang dah follow blog aku. Like seriously. Aku berterima kasih sangat- sangat. Second, this is the reason.

Alhamdulillah. Dah mencapai 1000 like. Dah lama aku buat page ni. Dan dah lama jugak tak buat contest atau apa- apa. Oh. So apa kena mengena contest dgn like? Yelah, kalau kita buat contest.. kita boleh suruh org tu like itu ini kan? So that's why aku agak excited dan terharu bila like mencecah 1000. Sebabnya aku dah lama tak buat apa- apa contest. Err paham? K takpe abaikan.

Kenapa 22 orang blogger jeh? Tak boleh lebih lagi ke? Amboi, soalan cepumas uolls. Kan dah cakap tadi, aku ni pemalas. P to the E to the M to the A to the L to the A to the S. Pemalas. Aku jujur ni. Haha. Dan, tarikh birthday aku kan 22 haribulan. Sebab tu lah 22 orang jeh. Oh lagi satu, sukati i lah nak buat berapa pon uolls. Ini kan blog iolls. Ihiks.

Korang boleh pilih colour cursor di sini.
  
  
 

Font cursor boleh pilih di sini.
 

Jadi, kepada yg berminat sila coment di post ini seperti ini.
Colour cursor: 1@ 2@ 3@ 4@ 5@ 6@ 7@ 8@ 9
Font cursor: 1@ 2@ 3@ 4
Nama cursor: ohhellobuu (contoh)
Warna tulisan: No choice. Sorry.
Sebarang permintaan di sidebar atau di page tidak akan di layan. Kenapa? Sebab aku malas. Malas nak bukak itu ini. Cukup lah kalau korang coment di sini. Aku akan update freebies ni sebelum link blog di tukar. So dont worry be happy. Thats all. Jgn lupa coment laju- laju tao? K buboi. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Kenapa Susah Sangat Nak Study?

Assalamualaikum.

Cuti mid semester dah nak habis. Lusa dah kena balik Kolej. Kalau rajin datang malam ni, aku dah boleh start kemas barang masuk dalam beg. Baju besar baju kecik seluar besar dan seluar kecik. Laptop tak boleh kemas lagi. Ihiks. Bagaimana pulak dgn buku- buku yg aku gigih kemas masuk dlm beg masa nak balik cuti hari tu? Blergh. Sumpah takde semangat nak buat. Biarlah dulu atas meja. Kalau rajin aku buat. Kalau k kalau. Tchhh.

Konon semangat masa kemas buku- buku masuk dalam beg masa kat asrama. "Nanti kat rumah aku nak buat kerja ni, ni dan ni. Oh! ni pon boleh jugak. Sikit je. Confirm aku akan buat!" Katanyaaa. Kata kau Mak Jemah! Tapi bila dah sampai rumah? Haremmm nak tengok. Tengok pon tak, sentuh apatah lagi? Bila la perangai kau nak berubah ni Faris. Ish3 *geleng kepala*

Nampak tak apa yg aku bulatkan tu? Duduk kemas dan rapi di hujung sudut dunia. Eh meja. Itulah terletaknya kerja- kerja dan homework yg telah di beri oleh pengajar. Tapi di tengah- tengah meja? Berdiri gah laptop berserta dgn harddisk yg mengandungi pelbagai movie. Apa kau nak? Korea Inggeris Hindustan Asia? Semua aku ada. Bak kata Pak Cik Astro, macam- macam ada. Motif sangatkan gambar ni? Haha. Sebelum terlupa, tidak lupa juga kpd broadband yg dah senget seolah- olah aku pemakai Yes!. Boleh?

Ini yg paling tak tahan. Siap buat list bagai. Konon pemberi semangat. Konon lah. Tapi tak boleh pakai. Semuanya tak ber'tick' lagi. Masih kosong. Homework semua masih bersih dan suci. Takde sedikit pon tompok calitan berwarna hitam dari pensel mahupun pen. Tapi kalau habuk tu ada la. Kan?

Persoalannya, kenapa susah sangat nak study bila kat rumah? You know? I don't know. Perut pon mula menggeroncong. Lagu lagu habis dah di dendangkan. Lebih baik aku pergi makan. Kemudian kemas barang- barang. Itupon kalau rajin datang. Kalau tak datang? Sampai ke subuh la aku layan movie. K ni tipu.  Blog you later. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Icon Home, Older & Newer Post

Assalamualaikum.

Selamat malampagi semuorang. Entah siapa lah yg berjaga pukul 2.30 pagi ni. Haha.

  

  

  

  

  

Sila click gambar utk dapatkan URL gambar. Thank you :)
Sincerely: Bubu