Disable Highlight Text #Blogskin

Assalamualaikum.


1- Dashboard > Template

2- Press Ctrl+f serentak dan cari code </head>

3- Copy code dekat bawah ni
<script type="text/javascript">
/***********************************************
* THIS IS DISABLE HIGHLIGHT TEXT SCRIPT
* YOU CAN REMOVE THIS CODES IF YOU WANT
* Credits http://www.dynamicdrive.com/
***********************************************/
//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]
omitformtags=omitformtags.join("|")
function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}
function reEnable(){
return true
}
if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}
</script>
4- Paste di atas code </head>

5- Preview & save.
Sincerely: Bubu 

Mohon sedekah Al- Fatihah utk Embah Wedok

Assalamualaikum.

Embah wedok bermaksud nenek. Embah wedok merupakan perkataan daripada kaum Jawa. Aku half Jawa half Melayu. Abah aku Jawa, ibu aku Melayu.

W/pon aku tak rapat dengan embah wedok, tapi aku sebak. Sedih bila dengar suara abah. Masa aku call abah, suara abah okay. Tak menunjukkan suara dia sedih pon. Tapi aku tahu, dalam hati dia mesti menangis. Dia taknak tunjuk kot. Kan? Anak mana yg tak sayangkan ibunya.

Ya Allah, kau tabahkanlah abah aku. Kuatkanlah hatinya utk menerima dugaan dari Mu. So aku mohon kepada korang yg membaca post ni, luangkanlah masa tak sampai seminit..sedekahkan Al- Fatihah utk arwah embah wedok aku. Moga dia di tempatkan bersama orang- orang yg solehah. InsyaAllah. dan semoga abah aku kuat menerima dugaan ini. Amin ya robbal alamin.

Terima kasih kpd yg dah tolong sedekahkan. Budi baik korang hanya Allah yg boleh membalasnya. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Simple Giveaway by FD

Assalamualaikum.

Dah lama gua tak join mana- mana segmen atau giveaway dan seangkatan dengannya. Alang- alang mencelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dah ada orang tag gua, apa salahnya kalau gua join GA ni kan? Mana lah tahu kot- kot rezeki berpihak kpd gua. Amin :)

Thanks to riiri shin sbb tag kat saya. Tanpa banyak celoteh lagi, lets checkitdoud GA dari FD ni. First of all, ni banner utk GA dari FD.

Le' rules:
★ Wajib follow Blog, dan page FD untuk mengetahui perkembangan giveaway. Mana yg takde akaun twitter, abaikan.
★ Wajib  sponsor utama.
★ Wajib terjah SINI.

Le' steps:
★ Buat satu entri mengenai giveaway ini dan bertajuk "Simple Giveaway by FD".
★ Tempek banner dan linkkan ke entri GA tersebut.
★ Tag 2 orang blogger dan pastikan diaorang tahu. *Tak wajib*
★ Lastly, linkkan entri ke ruangan komen.

Hadiah? Boleh klik kat banner. Lastly, gua tag: Zafirah | Adam I | Natasha | Ivy Wong | Adam II

K done. Harap gua menang. Nak tahu? Gua tak pernah menang mana- mana contest. So FD, gua tengah merengek membodek manja manja ni. So bagi gua menang okay? Hehew. K assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

10 Kuasa Ciuman

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang masa rehat, aku nak share dgn korang 10 kuasa ciuman. Utk tips ni aku haramkan kepada pasangan couple yg belum sah bergelar suami isteri utk melakukan sebarang ciuman pada pipi mahupun bibir. As Islam, you should know well. Pegang pon tak boleh, apatah lagi nak bercium. Kan? Aku tak nak dapat dosa. So aku mention dulu awal- awal. Ulang suara, aku haramkan korang buat perkara ni.

1- Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati jika anda memberikan ciuman selamat tinggal kpd pasangan anda setiap pagi, ia akan membantu memanjangkan jangka hayat anda sebanyak lima tahun lagi berbanding mereka yg tidak berbuat demikian.

2- Ciuman juga mampu dijadikan sebagai salah satu cara utk mempertingkatkan keyakinan diri agar anda rasa di perlukan dan di hargai, begitulah ujar Profesor Dr. Helen dari Universiti Rutgers, New Jersey yang juga penulis buku "The Sex Contract and Anatomy of Love".

3- Menerusi kajian Profesor Dr. Bryant Stamford dari Universiti Louisville, ia juga membantu membakar dua hingga tiga kalori untuk setiap satu minit malah membantu menggandakan kadar metabolisme anda. Kajian juga mendapati bahawa ciuman kasih sayang (yg dilakukan setiap hari utk tempoh 20 saat setiap kali) mampu membantu anda menurunkan berat badan.

4- Ciuman juga mampu membuatkan fikiran anda terasa tenang dan tekanan yg dialami berkurangan. Ini kerana ciuman kepada yg tersayang seperti pada suami atau anak, mampu menyingkirkan tenaga negatif dan mengurangkan rembesan hormon kortisol yg merangsang tekanan.

5- Ia juga satu senaman muka yg hebat kerana setiap kali anda memberikan ciuman, anda akan menggunakan 30 otot wajah. Ini membantu menganjalkan kulit wajah anda secara semulajadi.

6- Baik utk jantung! Ini kerana menerusi ciuman anda akan meningkatkan aliran adrenalin anda yg seterusnya akan membantu jantung mengepam darah dgn lebih efektif ke seluruh tubuh. Ia juga dapat membantu meredakan masalah tekanan darah tinggi yg di alami.

7- Mereka yg menjalani kehidupan dgn penuh rasa kasih sayang dan menjadikan ciuman sabagai tanda penghargaan akan mengurangkan risiko di serang masalah sakit perut akibat jangkitan. Perut juga boleh menjadi tidak selesa apabila anda di landa tekanan.

8- Sewaktu bercium, antibiotik semulajadi akan di hasilkan di dalam air liur malah di dalamnya juga mengandungi agen 'anestetik' yg berupaya membantu meredakan kesakitan yg di alami.

9- Peluklah pasangan anda dan berikannya ciuman di pipi saat dia di landa kebimbangan. Ciuman itu mampu mempertingkatkan penghasilan hormon 'oxytoxin' yg memberikan rasa lebih tenang serta selesa.

10- Endorfin yg di hasilkan melalui ciuman adalah 200 kali ganda lebih baik dari morfin.

Harapnya kepada remaja- remaja pemuda pemudi kat luar sana tu takde lah yg melakukan perkara- perkara sebegini. Okay? Korang pon dah besar. Boleh fikir mana yg baik dan mana yg buruk. Niat aku kongsi tips ni adalah untuk mereka-mereka yg sudah pun berkahwin. Ataupun daripada ibu bapa  kepada anak- anak mereka. Tu niat aku. K assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Letak Icon Tepi Post Title #Blogskin

Assalamualaikum.

Sebelum masuk waktu maghrib, nak buat tutor ni dulu. Icon tepi post title tu mcm kat bawah ni.


1- Dashboard > Template > Edit HTML

2- Tekan Ctrl+ F dan cari code ni
<$BlogItemTitle$>
3- Copy code bawah ni pulak
<img src='URL IMG'/>
4- Kemudian paste di atas code <$BlogItemTitle$> tadi.

5- Preview dan save.

Warna merah: Gantikan dgn URL icon.
Sincerely: Bubu 

Terukir di Bintang Juara AJL27

Assalamualaikum.

Kesian sebab aku takboleh nak tengok AJL kat asrama. TV ada tapi channel TV3 takde. Sadiskan hidup kat sini? Haha. Semalam bersungguh- sungguh aku post kat facebook dan twitter suruh org bgtao siapa yg menang AJL27 kali ni. As the result, seperti yg dah di beritahu kat post tittle tu. Well, i memang minat Yuna. At first dapat tahu Aizat kena gantikan Yuna and i was loike, "Hah? Apahal Aizat gantikan Yuna? Dia pergi mana?" sebab bila dpt tahu yg Yuna akan masuk final. Beria- ia nak tengok dia buat persembahan. She's simple but awesome kan? But then bila Terukir di Bintang dah jadi juara, aku pon "Oh okay. Daebak!" Bertukar sekelip mata. Tapi kalau kalah, mesti aku maki hamun. Haha. Adatlah manusiakan? :P

Semalam, bila dapat ni.

Semangatkan siap buat post utk aku lagi. Haha. Terima kasih Nabella. Aku terus buat status ni.

Lepas tu, entah kenapa aku dengan semangatnya *semangat lagi* printscreen semua yg post pasal kemenangan Terukir di Bintang. Congrats Yuna! Congrats Aizat!










Utk keseluruhan kemenangan, tengok sini.

Aku sangat berbangga dgn Aizat sebab dia boleh bawak lagu Yuna dengan cool sekali! sambil pegang mug? Mula- mula mcm, apakah? Haha. Btw, misai omey- omey Aizat tu realkan? Kan kan? Tahniah kpd semua pemenang & mohon maaf saya printscreen tanpa minta kebenaran. K assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Adatlah kalau dah jadi junior.

Assalamualaikum.

Dear junior,

Dah nama pon junior. Baru masuk kolej. Masih baru lagikan? Mesti lah ada minggu orentasi. Dah nama pon senior. Dah lama kat kolej ni. Mesti lah perangai mcm beruk bila nampak adik- adik junior kan? Tapi kalau dah namanya junior, buatlah mcm junior. Puih.



Ni lah junior zaman sekarang. Belajar tinggi- tinggi. Tapi tak guna jugak ilmu tu entah buang ke mana. Mulut tu jangan nak lancang sangat. Setuju?

Aku pon ada jugak tak puas hati..

Tapi tak perlu la nak post sampai mcm tu sekali. Betul? Oh junior. Lupa pulak.

Tadi baru je bukak wall facebook dia. Stalk ke? Ha'a gua stalk wall dia sebab gua tak puas hati. Eh kenapa delete apa yg kau post tu? Nasib aku sempat printscreen. Lepas tu ada pulak post; Happy dgn senior course aku. Happy pulak? Oh pelis. Lakalaka la kau ni junior. Lain kali kalau nak post tu fikir dulu eh? Nasib baik la kau course X-Ray. Assalamualaikum.
Sincerely: Your senior

Background 8 (Sand)

Assalamualaikum.
http://i.imgur.com/YJHhh.png
http://i.imgur.com/BRMAp.png
http://i.imgur.com/aHfkI.png
http://i.imgur.com/tX8ye.png
http://i.imgur.com/jxLHt.png
http://i.imgur.com/ceqwX.png
Sincerely: Bubu 

How to use blockquote?

Assalamualaikum.

Selamat petang semuorang. Cuaca yang sejuk ni buat aku lapar. Jadi aku update tutor ni sambil makan roti dgn air milo. *kroooooh~ bunyi perut* K tak lawak. Tutor ni utk newbie. Jadi aku sesaje nak buat tutor ni memandangkan ada masa terluang :)

1- Dashboard > Create new post.
2- Post mcm biasa. Cth mcm ni:-

3- Ikut step dalam gambar bawah ni:-

4- Publish.
5- Kalau tak jadi, means ada something tak betul kat code blockquote korang.
Sincerely: Bubu 

Wallet gua dah di jumpai oleh seorang perempuan :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Panjang betul title post ni kan? Gua tak tahu nak letak title apa. Title tu dah habis fikir semasak mungkin di campur dgn rempah ratus serta ajinamoto. Maka terjadilah title post sepanjang itu. Again. Terima kasih ya Allah kerana Kau telah membuatkan seorang perempuan yg berhati mulia utk memulangkan wallet tersebut kepada empunyanya. *terharu*



Selepas habis perbualan..

Nama di beri, Sella berumur 19 tahun pada tahun 2013. Masih study. Tinggal di Kuala Lumpur. Memandangkan dia tengah cuti sem, sekarang dia sedang bekerja. Di mana gua tak tahu. Oh kami sempat berkenalan sebentar di dalam telefon. InsyaALLAH besok kami akan bertemu muka. Di sebabkan besok dia bekerja, jadi kami tak boleh berjumpa terlalu lama. Hanya berkesempatan terima dan memulangkan wallet sahaja. Doakan pertemuan kami berjalan dgn lancar :)

Pagi tadi sempat pergi Putrajaya utk buat IC baru. W/pon wallet dah jumpa, tapi takpelah. IC baru tetap kena buat jugakkan? Besok baru boleh amik. So, besok akan pergi Putrajaya dulu utk amik IC baru. Then pergi jumpa Sella utk amik dompet. Last sekali pergi RHB Bank utk buat kad baru memandangkan gua dah call pihak bank utk block kad bank gua. Takpelah :)

A/pon, terima kasih ya Allah sebab Kau memudahkan urusan hambamu. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

Happy New Year

Assalamualaikum.

Sebelum sambung tengok You're Beautiful, gua nak buat entri ni dulu utk korang yg sudi membaca. Tak sah kalau New Year tak buat satu entri utk ucapkan Happy New Year kan? Eh korang paham tak apa gua taip ni? Barabara. Takpe. Baca balik sampai korang paham.

Alhamdulillah. Hari ni bertarikh 01 Januari 2013. Walaupon bukan tahun baru dalam Islam, tapi ramai yg menganggap ini adalah tahun yg baru. Dengan azam yg baru, semangat yg baru, baju sekolah baru. Eh? K besok kepada adik- adik yg dah sekolah, nyanyi la lagu sekolah dgn penuh semangat & jangan lupa persediaan mental dan fizikal sebab besok korang kena dengar ucapan pengetua yg ummmmm. pahamkan? Good. K gua dah mula melalut.

Write a better story this year. Apa yg dah berlaku pada tahun lepas, lupakan. I mean ambil yg jernih, buang yg keruh. Mana yg keruh tu buang jauh- jauh. Azam dalam diri utk tidak melakukan perkara- perkara yg tidak berfaedah, tidak bermoral dan seangkatan dengannya. Mana yg korang ada buat benda baik tahun lepas, teruskan. Istiqamah dalam buat benda baik tu. Sudah pasti akan ada ganjaran dari- Nya :)

So, apa azam gua tahun ni?
 Nak jadi anak yg baik. Ofcourse.
 Nak dapat pointer tinggi- tinggi sebab abah cakap kalau dapat 3.9, abah nak belikan mini cooper :D
 Lebihkan senyuman :)
 Banyakkan beribadat. InsyaAllah.
 Setia pada awak sorang je.
 Actually ada banyak lagi. Tapi malas lah. Rajin pulak korang nak baca.

Then, like seriously tak sangka wallet boleh hilang masa nak pergi makan pagi tadi. Tercicir agaknya. Dalam kereta tu ada 5 orang. Member- member semua cakap, one of them must be the culperit. Oh i mean culprit. Tapi takpelah, malas nak tuduh sesiapa. Gua anggap je wallet tu tercicir kat mana- mana. Like seriously, sangat susah hati sebab ni first time kena. IC, lesen, duit RM300, kad- kad bank terus lesap macam tu je. pada hari tahun baru pulak. Sumpah pfst. But nah sokay. Allah beri ujian pada aku :) So besok nak pergi Putrajaya buat IC then pergi RHB Bank buat kad baru. Doakan segalanya berjalan dgn lancar eh? K kamsammida.

And lastly, perenggan terakhir ni special utk awak. Ya awak yg masih setia bersama dgn saya. Happy Month Anniversary kita yg Ke 7. Tak sangka kan? Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke 7 kita couple. Walaupon banyak dugaan, cabaran, masalah itu ini, onak ranjau liku berduri lautan api sanggup ku renangi gunung everest sanggup ke daki. apa lagi? K tak lawak. Mood serius balik. Walaupon ada masalah itu masalah ini, kita masih tetap bersama kan awak? Saya tahu saya banyak salah. Tak kisah la dalam diam ke, atau sengaja ke. Saya mintak maaf okay? Saya harap relayy kita akan kekal lama. K terasa jiwang pulaks. Ahaks :3

Happy New Year! Moga segala azam dan matlamat yg korang dah listkan atau yg korang dah sematkan dalam diri sanubari korang pada tahun baru ni akan tercapai. InsyaAllah. Berusahalah utk mencapai segala apa yg korang dah impikan. But remember, impian yg bukan melanggar perintah Allah dan hukum agama tao? Selagi impian tu tidak melanggar syarak, insyaAllah korang akan sentiasa di berkati oleh- Nya :) K papai. Oh sebelum terlupa, budak sekolah boleh bawak henfon eh? Untong lah. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu