Cara Jawab Kiriman Salam Dengan Betul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai sudah puasa kelima utk tahun ni. Detik- detik menunggu waktu berbuka sangatlah lama. Boleh dikatakan 1 minit bagaikan satu tahun. Dahsyat sungguh! (Y) Mana taknya, tak sempat sahur pon pagi tadi. Tu pasal lapor bebenor. A/pon, bersyukur kepada-Nya sebab dapat habiskan puasa w/pon kelaparan yg amat sangat hari ni :"> Topik hari ni nak membincangkan ttg "Cara menjawab kiriman salam dengan betul". Sumber dijumpai dari group PPKP Al- Bukhari. Terima kasih sebab kongsikan benda ni..

Hamba Allah 1: Weyy Mat, Hamba Allah 3 kirim salam kat kau.
Hamba Allah 2: Oh yeke? Wa' alaikumsalam.

Nampak macam takde masalahkan? Eh, ada masalah ke kalau kita jawab salam macam tu? Haa, memang ada masalah. Sebab tu aku beria- ia nak kongsikan benda ni dengan korang. Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi saw, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
" wa'alaika wa'alaihissalam "

Sebab apa? Haa, ce tengok balik dialog ni eh? Hamba Allah 3 menyuruh Hamba Allah 1 utk kirim salam kepada Hamba Allah 2. Hamba Allah 2 menjawab " wa'alaikumussalam ". Sedangkan..
Wa'alaikumussalam bermaksud selamat sejahtera ke atas KAMU
Jadi salam Hamba Allah 2 kepada Hamba Allah 3 tadi tak terjawabkan? Sebab dia menjawab salam tu kepada Hamba Allah 1 padahal Hamba Allah 1 tu hanya orang tengah je. Manakala..
Wa'alaika wa'alaihissalam bermaksud dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera
Nampak tak perbezaan di antara dua cara menjawab salam di atas? Apabila dia mengucapkan Wa'alaika Wa'alaihissalam, barulah salam Hamba Allah 3 tadi akan terjawab. Hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi kalau salah jawab,bermakna masih belum jawab lah kan? Itu aje yg aku nak kongsikan dengan korang utk hari ni. Moga dapat di kongsikan dengan rakan yg lain. Sekian, assalamualaikum.
P/s: Saya cuma kongsikan aje info ni. Kepada yg lebih arif, harap boleh membantu.
Sincerely: Bubu 

2 comments:

Fathiyah Selamat said...

alhamdulillah.... dpt gak info bergune ni... mudah2an pas ni tak de le slh jwb salam lg kn.. thx yea..

al Faqir Ilallah said...

Tu utk lelaki ke lelaki (lelaki titipkan lafaz السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. Kpd kwn lelakinya utk disampaikan kpd seseorang yg tak hadir)

Kalau yg menitipkan salam tu Perempuan dan yg menyampaikannya lelaki maka jwb mcm ni:
علـــيـك و علـــيـه الســـــــلام

'Alaika wa'alaihassalam.

Kalau menitipkan perempuan, menyampaikan pun perempuan, jwb cam ni:

علـــيـك و علـــيـه الســـــــلام

'Alaiki wa'alaihassalam ..

Kalau yg menitipnya lelaki, menyampaikannya perempuan, jwb cam ni plk:

علـــيـك و علـــيـه الســـــــلام

'Alaiki wa 'alaihissalam

Nak tambah 'wa' mcm artikel pun no problemo... (^_^)