Contest Precious Prince and Princess

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan dari awal lagi aku memang nak join contest ni, jadi aku menjadi manusia yg rajin dengan mengupdate post yg kedua utk malam ni.

First, check it doud the banner.

Contest ni di buat oleh rakan blogger aku jugak. Pernah berjumpa beberapa kali. Dah janji nak join tapi malam ni baru dapat join. Ampun ya buk? One of the syarat kena tulis perihal tentang blog, tapi tajuk contest ialah Precious Prince and Princess. Mula- mula macam tak paham apa kaitannya. Tapi lantak lah ni contest dia kan? Lagipon tajuk tu di buat cenggitu sebab dia baru couple. Kot. Agaknya lah. Congrats btw. Oh maaf melalut.

Second, the rules.


Satu: Malaysia. Blogger yang sah.
Dua: Like FanPage blog Fyra. Klik sini.
Tiga: Follow blog Fyra.
Empat: Buat entri yg bertajuk "Contest Precious Prince and Princess" dan nyatakan hadiah-hadiah yang di tawarkan.
Lima: Tempek banner contest dalam entri korang.
Enam: Tag blogger kalau nak.
Tujuh: Mana- mana jantina boleh join.
Lapan: Nyatakan perihal blog korang.
Sembilan: Segala pertanyaan tentang contest sila ke Twitter atau Page blog Fyra.
Sepuluh: Comment dekat post tersebut.

Third, senarai hadiah.


Satu: Tribal Shirt for Boy. Tribal Shawl for Girl.
Dua: Superman Shirt for Boy. Superman Long Necklace for Girl.
Tiga: Top-Up RM 10 for celcom/maxis/digi user only.
Saguhati 3 orang: Top-up RM5 for celcom/maxis/digi user only.

Now sedikit perihal pasal blog aku. Blog ni di cipta pada Januari 22, 2011. Masa tu link dia http://ceritastoryepal.bs.com. Tapi sekarang telah di tukar pada March 22, 2013 kepada http://ohhello-buu.bs.com. Aku minat warna hitam atau putih. Jadi bila di gabungkan jadi warna kelabu. Sebab tu warna blog aku ni warna kelabu. Blog aku ni berkenaan dgn kehidupan aku. Percintaan tu kadang- kadang. Ada sedikit tips, tutorial dan freebies. Ingin menjadi blogger yg famous satu hari nanti. Amin.

Rasanya cukup lah aku membebel dan melalut sampai sini. Itu sahaja sekian.

AudioPlay Mp3 Player Button

Credit : Nana
Assalamualaikum.

Tutor ni aku buat khas utk Siti Hamimah Bt Omar. Hahah. Kau mesti bangga sebab aku tulis macam ni kan? Lagipun tutor ni pendek je. Jadi tak salah kalau aku buang masa sikit utk kau. Hemoh hemoh. Tutor ni utk Mp3 button player yg macam aku ni.

Mula- mula, kau kena tengok tutor ni utk dapatkan URL Mp3.

Lepas tu tengok tutor ni balik. Tekan website ni. Then scroll ke bawah sampai nampak gambar macam bawah ni.

Dalam kotak 1 tu, isi bahagian URL Mp3 dengan URL yg korang dah cari mula- mula tadi. Kemudian tick mana yg patut. Lepas tu klik generate code.

Dalam kotak 2, copy code tu kemudian paste di bahagian template.

Preview dan save. Dah siap. Mudah bukan?

Boleh ke Puasa Pada Hari Jumaat?

Assalamualaikum w.b.t.

Aku masih lagi dalam minggu peperiksaan final. Masih ada lagi 3 paper yg aku kena tempuh. Hwaiting! Tapi di sebabkan "hal" ini, aku terpanggil utk update dlm blog. Mungkin ada yg dah tahu. Mungkin ada yg taktahu. Dan mungkin jugak ada yg baru tahu. Macam aku. Pffst.

Aku memang dah berniat sepanjang final ni aku nak puasa. Puasa sunat bukan puasa ganti sebab aku lelaki. Taktao la pulak kalau ada lelaki yg period masa puasa Ramadhan tahun lepas. Ini statement perli. Terasa?

Jadi ceritanya bermula begini,

Hari/ Tarikh: Khamis, semalam/ 09 Mei 2013

Aku sepatutnya puasa semalam. Tapi di sebabkan aku tidor pada malam tu, terlajak yg dah terlebih- lebih pulak lajaknya sampai aku bangun pukul 10.00pagi. Jenis aku, kalau puasa sunat ni.. kalau aku tak bersahur aku malas nak puasa. Niat pon tak. Jadi tidak lah aku berpuasa semalam.

Petang tu ada paper Penilaian Persekitaran. Dah habis jawab memerah keringat *keringat bukan peluh ke?* memerah otak semua, habis la paper pada petang tu. Then ajak member solat asar lepas tu study kejap utk paper besoknya. Masa tu lah aku cakap kat diorang, yg esoknya aku nak puasa iaitu pada hari ini. Then sorang Mak Cik ni cakap, "dah la kau tak puasa hari ni. lepas tu esok nak puasa pulak? tapi boleh je. kau kena la puasa hari Sabtu." Lebih kurang mcm tu lah Mak Cik tu cakap.

Malam semalam aku stay up dan bersahur la pada hari ini. Alhamdulillah dah berbuka pon tadi. Sedap gila Nasi Putih dgn Seafood masak pedas. Lapar tak? Miahahah.

Mak Cik pakai tudung kuning tu la yg cakap benda alah tadi.

Bila balik bilik, aku pon dgn gigihnya mencari kenapa "kalau puasa hari Jumaat kena puasa jugak hari Khamis atau Sabtu"? Jadi ini jawapannya,

Sumber Pertama.


Puasa hari Jumaat

Dilarang berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)
40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (1)
(Riwayat Imam Ahmad)

Larangan yang tersebut ialah larangan makruh.  Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai Hari Raya.

1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim.


Puasa hari Sabtu

Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya:
"Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1)
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar.
(Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu). (2)


1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi.
2. Kitab yang sama (1:446).


Sumber Kedua.


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Adakah benar ada yang mengatakan puasa pada hari Jumaat mesti dibuat dua hari iaitu sama ada hari Khamis dan Jumaat atau Jumaat dan Sabtu?

Jawapan:
Waalaikumsalam, Hukum berpuasa pada haru Jumaat sahaja adalah makruh kerana ia menyerupai puasa orang Yahudi. Oleh itu bagi membezakan puasa orang Islam dengan orang Yahudi, hendaklah berpuasa bergandingan iaitu sama ada berpuasa hari Khamis dan Jumaat atau hari Jumaat dan Sabtu. Wallahu a’lam.

Terima kasih kepada Pak Cik google kerana menemukan sumber pertama dan kedua. Sudah clear? Alhamdulillah. Benda ni pon aku baru tahu. Sebab tu lah aku nak sharekan dgn korang.

Oh dan lagi satu, yg Mak Cik pakai tudung kuning tu jugak cakap.. kalau puasa sunat, kita boleh niat sebelum masuk waktu tengahhari. Wallahu a'lam. Itu sahaja utk malam ini. Moga perkara ini dapat di kongsikan bersama. Assalamualaikum.

P/s: Jgn lupa doakan saya lulus dgn cemerlang eh? Sankyou!


Final Exam Sem 3

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam celik, aku dah pon berada di penghujung bulan utk sem 3. Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Rasa mcm baru semalam aku jejakkan kaki kat sini. K yg ni sgt propa. Haha. Besok aku akan curahkan segala isi lauk pauk segala nota yg dah terpendam dalam kepala hotak ni. Dah tepu dari awal sem bawak ke hulur ke hilir. Kalau kepala ni boleh membesar, aku rasa kalah Jimmy Neutron. Ingat kepala dia paling besar? Haha.

Ini aku tangkap guna fon BB. Kualiti agak kurang w/pon selepas di edit.

Gambar kat atas tu adalah jadual exam final utk sem ni. Kebanyakannya pada waktu petang. Alhamdulillah. Kalau nak stay up pon tak payah risau kalau nak bangun pukul berapa pada esok paginya kan? Hee. Maklum le. Kita ni spesies yg bangon lambat. Geng? Yeaa, sepp!

Jadi, di kesempatan ini.. saya ingin ingin memohon beribu kemaafan *dah macam Hari Raya Suci Lebaran pulak* sekiranya saya ada melakukan apa- apa kesalahan samada secara sengaja atau tidak. Doakan saya berjaya menjawab semua paper dgn mudah dan lancar. Doakan jugak moga pemeriksa murah- murah hati dan sentiasa berada dalam kondisi yg ceria dan sihat belaka. Harapan saya juga supaya result tahun ni dpt naikkan pointer dari sem- sem lepas. InsyaAllah.

Blog ini akan di update seperti biasa semula selepas tamatnya exam. Itu sahaja.

Oh, dan tidak lupa juga kpd pencuri yg mencuri camera saya, moga anda pon dpt menjawab exam dgn lancar nanti. Tak sangka masih ada pencuri yg berleluasa dlm kelas sendiri. Terima kasih sbb aku tak boleh nak masukkan gambar yg berkualiti dlm blog ni. Trimas banyak- banyak.

Kejap saya kejap aku. Lantak lah. Assalamualaikum. See you at twitter.

Pemenang Contest Blog Super Kawai by Bubu

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya aku tengah study ni, tapi di sebabkan korang *pemenang* aku terpaksa abaikan masa study aku utk update post ni. Ihiks. Mesti tak percayakan? Ptoie ptoie. Aku mesti struggle utk sem ni. Kalau boleh nak naikkan pointer dari sem lepas. Tak banyak, sikit pon jadi lah. K cukup utk intro. Motif ckp pasal study? Saje nk bagitao aku rajin. *muka comel*

Seperti yg telah di janjikan, pada awal bulan 5 aku akan update pemenang utk contest yg aku dah anjurkan hari tu. Jadi tanpa membuang masa, leggo.

Tempat pertama, http://amirahainaa-mya.blogspot.com/2013/04/contest-blog-super-kawai-by-bubu.html

Tempat kedua, http://hafizzulkafly.blogspot.com/2013/04/contest-blog-super-kawai-by-bubu.html

Tempat ketiga, http://dearsuperduperstar.blogspot.com/2013/04/contest-blog-super-kawai-by-bubu.html

Tahinah kpd pemenang. Mohon klik link blog diaorang kalau nak tengok dgn lebih jelas.

Macam mana aku pilih pemenang? Good question anak- anak sekalian.

Pertama sekali, blog mestilah nampak kemas dan kawai. Kawai means comel. Kenapa mesti nampak comel? Kenapa taknak brutal, cool, beautiful @ handsome? Jawapan sgt mudah. Ni contest aku. Sukati aku lah nak letak comel ke apa. Itu pon taktao? Kedua, entri yg menarik. Di ulang, entri yg menarik ye cik adik abang kakak makcik pakcik sekalian. Kita ke perenggan seterusnya utk sambungan sebab yg kedua ni.

Aku sebagai penganjur contest ni sudah semesti lagi pastinya nak baca entri korang yg menarik lagi tertarik tu. Di sebabkan itulah aku ada masukkan syarat ini dalam contest hari tu. Jujur, ada blog yg lebih comel dari pemenang di atas. Tapi kenapa aku tak pilih? Sebab entri. Terlalu malas nak buat entri. Hanya letak banner dan tag orang. Jadi part mana entri yg menarik tu? Kadang- kadang, ada jugak penganjur yg cakap nak entri awesome but at last? Pilih blog yg hanya letak banner dan tag je. You know, this is totally rattus norvegicus! *tikus norway*

Ketiga, blog yg ringan. Most of the blog banyak yg ringan. Jadi takde apa yg aku nak komenkan sangat pasal sebab ketiga ni. Good job kpd blog yg ringan. Macam mana nak tahu ringan @ tak? Anda boleh timbang di sini.

Puas hati? Tak puas hati? Ada gua kisah.

Jadi kpd pemenang, sila contact saya di facebook, fanpage @ twitter. Hntr mcg kpd saya anda pengguna Celcom, Maxis @ Digi. Tak payah bg nombor telefon pon takpe. Tapi kalau baik hati, bagi lah. Ihiks. Itu sahaja utk malam ini. Assalamualaikum.

Oh, hello May :)