Boleh ke Puasa Pada Hari Jumaat?

Assalamualaikum w.b.t.

Aku masih lagi dalam minggu peperiksaan final. Masih ada lagi 3 paper yg aku kena tempuh. Hwaiting! Tapi di sebabkan "hal" ini, aku terpanggil utk update dlm blog. Mungkin ada yg dah tahu. Mungkin ada yg taktahu. Dan mungkin jugak ada yg baru tahu. Macam aku. Pffst.

Aku memang dah berniat sepanjang final ni aku nak puasa. Puasa sunat bukan puasa ganti sebab aku lelaki. Taktao la pulak kalau ada lelaki yg period masa puasa Ramadhan tahun lepas. Ini statement perli. Terasa?

Jadi ceritanya bermula begini,

Hari/ Tarikh: Khamis, semalam/ 09 Mei 2013

Aku sepatutnya puasa semalam. Tapi di sebabkan aku tidor pada malam tu, terlajak yg dah terlebih- lebih pulak lajaknya sampai aku bangun pukul 10.00pagi. Jenis aku, kalau puasa sunat ni.. kalau aku tak bersahur aku malas nak puasa. Niat pon tak. Jadi tidak lah aku berpuasa semalam.

Petang tu ada paper Penilaian Persekitaran. Dah habis jawab memerah keringat *keringat bukan peluh ke?* memerah otak semua, habis la paper pada petang tu. Then ajak member solat asar lepas tu study kejap utk paper besoknya. Masa tu lah aku cakap kat diorang, yg esoknya aku nak puasa iaitu pada hari ini. Then sorang Mak Cik ni cakap, "dah la kau tak puasa hari ni. lepas tu esok nak puasa pulak? tapi boleh je. kau kena la puasa hari Sabtu." Lebih kurang mcm tu lah Mak Cik tu cakap.

Malam semalam aku stay up dan bersahur la pada hari ini. Alhamdulillah dah berbuka pon tadi. Sedap gila Nasi Putih dgn Seafood masak pedas. Lapar tak? Miahahah.

Mak Cik pakai tudung kuning tu la yg cakap benda alah tadi.

Bila balik bilik, aku pon dgn gigihnya mencari kenapa "kalau puasa hari Jumaat kena puasa jugak hari Khamis atau Sabtu"? Jadi ini jawapannya,

Sumber Pertama.


Puasa hari Jumaat

Dilarang berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)
40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (1)
(Riwayat Imam Ahmad)

Larangan yang tersebut ialah larangan makruh.  Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai Hari Raya.

1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim.


Puasa hari Sabtu

Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya:
"Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1)
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar.
(Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu). (2)


1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi.
2. Kitab yang sama (1:446).


Sumber Kedua.


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Adakah benar ada yang mengatakan puasa pada hari Jumaat mesti dibuat dua hari iaitu sama ada hari Khamis dan Jumaat atau Jumaat dan Sabtu?

Jawapan:
Waalaikumsalam, Hukum berpuasa pada haru Jumaat sahaja adalah makruh kerana ia menyerupai puasa orang Yahudi. Oleh itu bagi membezakan puasa orang Islam dengan orang Yahudi, hendaklah berpuasa bergandingan iaitu sama ada berpuasa hari Khamis dan Jumaat atau hari Jumaat dan Sabtu. Wallahu a’lam.

Terima kasih kepada Pak Cik google kerana menemukan sumber pertama dan kedua. Sudah clear? Alhamdulillah. Benda ni pon aku baru tahu. Sebab tu lah aku nak sharekan dgn korang.

Oh dan lagi satu, yg Mak Cik pakai tudung kuning tu jugak cakap.. kalau puasa sunat, kita boleh niat sebelum masuk waktu tengahhari. Wallahu a'lam. Itu sahaja utk malam ini. Moga perkara ini dapat di kongsikan bersama. Assalamualaikum.

P/s: Jgn lupa doakan saya lulus dgn cemerlang eh? Sankyou!


No comments: