No One is Perfect. Are you?

Assalamualaikum.

Ini cerita lama. Utk mengetahui asal usul cerita ni, sila baca entri ini dulu.
Tumblr_m0ddri2zfg1qjlrc4o1_500_large
No one is perfect except our prophet, Nabi Muhammad s.a.w isn't it? But are you? Kenapa susah sangat utk lu memaafkan orang yg dah buat salah? I know it's hard. Err, really hard to accept actually, but you should know this "Bukan senang bagi seseorang "pencuri" utk melafazkan perkataan maaf kepada orang yg dia curi barang tu." Betul tak? Hanya orang yg betul- betul kuat je mampu buat benda ni. I don't know lah whether dia berlakon ataupun tak, but itu antara urusan dia dengan Allah. Kita sebagai manusia, sepatutnya saling maaf- bermaafan.

Look. Masa mula- mula fon gua hilang pon, gua gelabah macam mak ayam jugak. Yelah. Kalau anak dia hilang, mak ayam mana yg tak menggelabahkan? Plus, masa tu first time fon gua hilang. Gua tak tahu apa nak buat. Boleh di katakan, kecoh jugak la aras gua pagi tu. Kalau boleh, nak buat spotcheck je. Tak payah pergi kelas pon takpe. Maki hamun habis gua dalam hati. Segala jenis binatang jugak la yg keluar. Nak gua senaraikan? -,-' Tapi apa nak buat, nasi dah pun jadi bubur.

Lepas tu, gua cuti 2 minggu. Masa 2 minggu tu gua tak guna langsung fon Galaxy Y yg gua sayang tu. Dah hilang. Biarlah pencuri tu bergembira dengan titik peluh yg menghasilkan duit haram tersebut. Biar Allah je balas segala perbuatan dia. Kalau tak kena balasan kat dunia, confirm kat akhirat nanti tak kan terlepas. Doa je lah apa pon. Moga si pencuri tak melakukan perbuatan dia lagi. InsyaAllah. Amin.

Rabu lepas, kes kecurian fon gua telahpun selesai. Si pencuri telah mengaku dia mencuri henset gua, dan telah pun pulangkan fon tu kat gua. Alhamdulillah. Masa dia cerita sebab- sebab dia curi fon tu, entah kenapa hati gua rasa lain je. Rasa tak marah pon kat dia. Sebab apa? Entah lah. Gua ni baik sangat ke? Tak pon gua rasa. Benda tu sendiri lahir dari hati gua. Biarlah. Gua dah maafkan dia. Gua tak kisah pon kalau tak dapat fon tu balik. Gua cuma nak dia mintak maaf kat gua je. *puji la aku ni baik*

Prinsip gua "No one is perfect". Jadi tak payah nak annoying sangat perangai tu taknak maafkan orang lain. Gua babap karang. Ya, gua tahu. Memang la rasa sakit hati pada mulanya, tapi tak kan lah kita nak bermusuhan sampai bila- bila kan? Rasa tak best okay? Faham tak, tak best? Jadi, kalau ada yg buat salah dengan gua, bila dah lama- lama tu, gua memang senang utk mintak maaf. But "Hey, tu bukan bermakna lu orang boleh pijak- pijak kepala gua!" A/pon, alhamdulillah sebab semuanya telah selesai dengan baik. Thank you Allah. Assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

No comments: