Encik H dah tak macam dulu

Assalamualaikum.

Aku perlu fikir tajuk untuk entri kali ini dengan masa yg agak lama. Tapi idea yg sedang membuak- membuak suruh aku coretkan di atas papan lcd laptop toshiba ni. Moga idea itu tidak hilang dek memikirkan tajuk yg sesuai bagi entri kali ni. InsyaAllah. Bismillah.. Here we goes. *sambil dengar lagu janji cover by najwa latif*
405226_251229441646584_1322791505_n_large
Siapa yg suka kalau dulu orang tu baik dengan kita, but now dia dah jadi macam musuh kita? Siapa yg suka? Siapa jugak yg suka kalau org tu dah pandang jijik dengan kita padahal dulu dia selalu senyum dengan kita? dan siapa jugak yg suka kalau orang tu tegur kita macam dia dah tak kenal kita? Tegur bukan dengan cara yg baik. Tapi dgn pandangan yg cukup sinis tambah pulak dengan nada suara yg ketat. Kau suka?

Dulu koordinatoor aku tak macam tu. Dia layan budak- budak kelas aku dengan baik sekali. Setiap kali dia masuk kelas, dia akan tersenyum riang. Gembira. Dulu, dia akan protect kitorang kalau kitorang ada buat salah apa- apa. W/pon benda tu dah memang salah kitorang tapi dia tetap nak defence kitorang. Tetap nak pertahankan anak- anak dia ni. How sweet you are Encik Hasamizi :')

But until this evening? He bring someone from PLK, entah apa maksud PLK tu aku lupa.. He bring someone that so strict about discipline. Dia nak kitorang di nasihati. Dia nak kitorang di tarbiah oleh lelaki yg di bawanya iaitu, Encik Ding. It means like dia nak lepaskan kitorang kat orang lain. Can you see how's frustrated he is? I'm so pity of him. Really, I mean it. I know that he is really dissappointed at us.

Bila dia dah lepaskan kitorang kat Encik Ding, Encik Ding pon bagi lah ucapan dia. Bagi punya bagi, tarbiah punya tarbiah, ceramah punya ceramah.. 2 jam lebih pon berlalu. Lepas tu, Encik Hasa dengan 2 orang lagi pengajar kitorang masuk sebab dah tiba masa utk Encik Ding balik. Lagipun beberapa minit lagi nak pukul 5.00 petang. Kitorang nak balik. Ofcourse lecturer pon nak balik. Lepas tu, Encik Hasa tegur kitorang dengan muka yg cukup bengis. Muka dia merah menahan marah. Dia tegur kitorang dengan keras. Tak pernah aku tengok dia macam tu. Even once, tak pernah aku tengok. Tapi aku tahu, jauh di lubuk hati Encik Hasa dia tak sanggup tegur kitorang. Aku tahu sebenarnya dia tengah tahan dari menangis. Aku sebak. Mata aku berair. Nasib baik tak jatuh je. Sumpah aku dapat rasa yg Encik Hasa really dissappointed dengan kitorang.
Tumblr_m8ju5jfemn1rtq5hvo1_500_large
Aku tahu Encik Hasa takkan baca blog aku ni. Tak kisah lah dia baca atau tak. Aku cuma nak mintak maaf kat dia kalau aku ada buat apa- apa salah kat dia. Aku manusia. Dalam diam, mana la tahu kalau- kalau aku ada buat salah kat diakan? So, saya harap segala salah dan silap saya Encik dapat maafkan.

Oh ya, minggu depan pulak dah exam.. apa akan berlaku kalau dia tak restukan kitorang? W/pon dia tak mengajar kelas aku, tapi dia sebagai koordinator merangkap bapak kitorang, aku rasa kitorang tetap kena mohon maaf dari dia. Betul tak? Hmm.
Jadual exam formatif/ midsem.
Sincerely: Your student

No comments: