Bayi dalam rahim di gugurkan?

Assalamualaikum.

Ini kisah yg aku dapat dari facebook. Eloklah aku sharekan utk di jadikan pedoman kepada kita semua. Harapnya takde terjadi di dunia realiti ni. InsyaAllah :"3


 Bulan 1: Ibu, panjang adik cuma 2cm tapi adik sudah ada dalam badan ibu. Adik syg ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini.

 Bulan 2: Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari. Disini terasa hangat bu. Nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama- sama ya?

 Bulan 3: Ibu, biar pun adik belum tau jenis jantina adik, tapi  adik harap ibu & ayah akan bahagia bila adik dilahirkan nanti. Ibu jangan menangis ya? Kalau ibu menangis, adik pon akan menangis jugak.

 Bulan 4: Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh. Adik dah boleh gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan.

 Bulan 5: Ibu, tadi ibu pergi jumpa doktor ya? Doktor cakap apa? Ibu, D&E tu apa? Αdik tak kan di apa-apa kan betul tak bu?

 Bulan 6: Ibu jumpa doktor tu lagi ya? Bu, tolong bagi tau doktor tu, adik di sini sihat-sihat je. Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik! Adik takut.. Benda tajam tu nak potong kaki adik pulak. Sakiittt bu! Walaupun adik dah takde kaki, adik masih ada tangan. Nanti adik boleh peluk ibu. Bu, kenapa benda tu nak potong tangan adik pulak? Ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu.. Tapi, biarpun adik dah takde tangan dan kaki, adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi.. Benda tu sekarang dah nak potong leher adik, ibuuuuuu.. Maaf bu.. Beri lah adik kesempatan utk hidup, utk tinggal dgn ibu. Adik syg ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

 Bulan 7: Ibu, adik di sini sihat-sihat je. Adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga. Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong dengan benda tajam itu. Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, menggendong adik dgn lembut dan lalu Tuhan membisikkan memberi tahu apa itu D&E. Kenapa ibu tetap melakukannya? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik? Αpa salah adik bu? Ibu, bertaubat ya? Semoga Tuhan menempatkan ibu di sini. Nanti kita main-main disini, dan jangan lupa, ajak ayah jugak tao?
P/s: Masih adakah manusia- manusia berhati busuk seperti ini? Jika ada, fikirkan lah sebaiknya. Gunakanlah akal fikiran yg telah di kurniakan kepada kita. Seringkali kita dengar, binatang lebih sayangkan anaknya daripada manusia? Well, that's true. Binatang lebih layak utk hidup jika kita masih terus melakukan kekejaman seperti ini. Think people. Think.
Sincerely: Bubu 

1 comment:

JannahAzahar said...

Sedih gila post entry ni :'(