and you think.. i'm just "fine"?

Dah terang lagi bersuluh, entri title ni aku tiru dari nyot. My admire's blogger ever.

Kelmarin, kita gaduh besar. Awak ingat tak? Habis semua yg tersirat dan tersurat kat hati dan kepala awak keluar. Bahasa- bahasa sayang pon dah takde lagi. Yg saya dengar hanya "Kau" & "Aku". Segala maki dan hamun dah awak bagi kat saya. Awak tuduh saya macam- macam. Takpe, saya diam. Dan awak ada cakap mcm ni.. "Sebab perangai kau la, kau putus dengan ex couple kau" Ingat tak awak cakap mcm ni kat saya? Teruk sangat ke saya sampai awak cakap mcm ni? Diaorang curang cari couple lain sebab perangai saya ke? Means diaorang yg awak bela tu baik mcm malaikat langsung tak pernah buat salah? Hmm.

"Aku selalu ikut cakap kau. Apa kau nak, semua aku buat sampai kau sanggup pijak kepala aku!" Awak tengking saya. Awak jerit kat saya sampai saya boleh dengar gema di sebabkan jerit tengking awak tu.. Apa lagi yg boleh saya cakap? Kata orang, jangan main dengan api. Api di tambah lagi dengan api, akan jadi lagi marak. Betul ke awak ikut apa yg saya cakap? Saya tak ikut ke apa yg awak suruh saya buat? Saya pijak kepala awak? Sampai hati awak cakap mcm tu kat sayakan? Takpe. Saya diam.

Semalam saya call awak, awak cakap awak perlukan masa untuk tenangkan fikiran. Awak perlukan 2- 3 hari utk kosongkan semua yg serabut serabai dalam kepala awak. Kay saya terima. Awak jugak ada cakap yg awak dah tak tahan bila hari- hari yg seterusnya kita akan bergaduh macam ni.

Samada awak baca atau tak blog saya ni, saya tetap nak cakap ni.. awak ingat tak saya pernah mintak masa kat awak? Saya cakap saya nak tenangkan diri. Saya nak selesaikan masalah kita. Tapi awak tak bagi. Awak cakap, "ingat dengan berdiam diri boleh selesaikan masalah ke?" Habis tu, kenapa awak mintak masa utk tenangkan fikiran. Kenapa?

Awak selalu cakap saya nak menang. Saya selalu amik port padahal benda tu kecik je. Awak tahu, di sebabkan benda kecik tu la, lama- lama akan jadi besar. Di sebabkan benda kecik tu la relayy kita yg saya sayang ni akan rosak. Saya takut relayy kita ni setakat di separuh jalan je. Saya sayang awak. Saya sayang relayy kita, sebab tu saya nak defencekan relayy kita even benda tu benda kecik sekalipun. Tapi awak tak pernah nak faham. Awak selalu cakap jangan amik port kalau benda tu hal kecik.

Awak cakap, awak tak tahan hari- hari gaduh dengan saya. Awak ada masalah. Masalah itu, masalah ini. Habis tu saya suka la gaduh dengan awak? Saya takde masalah la? Awak tahu setiap kali lepas kita gaduh, saya akan nangis sorang- sorang? Awak tak tahukan? Ada awak kisah pasal saya?

Saya tahu entri ni tak penting. Macam orang bodoh sangat sebab perlu post benda ni kat sini. Kebudak- budakan kan saya ni? Well, pada siapa lagi saya nak luahkan? Pada awak selepas apa yg dah jadi? Saya harap dalam masa 2- 3 hari ni, awak boleh buat keputusan yg terbaik utk relayy kita. Saya tahu saya jugak ada buat salah. InsyaAllah saya akan ubah perangai saya sebab saya nak awak tahu yg saya sayang awak. Tolong. Saya dah tak larat dah nak menangis malam- malam.
Sincerely: Yours 

1 comment:

HUDAJMAL said...

sabarlah. perempuan memang mcm tu. sensitif kemain. Tapi lama-2 eloklah dia. :)