True Loved Based on The True Story

Credit: nyotnyot
"Awak, kenapa saya call awak tak angkat?"
"Saya busy lah awak. Tak ada masa nak text awak, lagipun kredit tak banyak ni. Nanti saya tak busy saya text awak."

"Awak, saya nak cakap dengan awak sikit, boleh tak?"
"Awak tak nampak ke assignment saya banyak ni? Awak jangan nak membebel, kalau awak nak tolong takpe jugak ini tak asyik nak suruh orang layan die je!"

"Awak, saya rindu awak. Dah lama saya tak jumpa awak. Awak tgh buat apa?"
"Saya tak ada masa nak jumpa awak, lagipun saya tak topup, duit tak ada."

"Awak, saya nak settle kan masalah kita ni. Kenapa awak layan saya macam ni?"
"Mcm apa? Semua awak nak semua saya dah kasi. Apa lagi yang tak cukup nya?"

"Awak, awak sayang saya tak?"
"Sayanglah, tak kan tak sayang pulak."

Tipu..
Awak cakap awak sayang saya tapi awak tipu.

Awak tahu tak, tiap kali saya call awak saya nak awak cakap yang awak suka bila saya call awak.
Awak tahu tak, tiap kali saya nak borak dgn awak, awak busy. Hmm, saya sunyi lah awak.
Awak tahu tak, saya selalu rindu awak. Saya nak dgr awak cakap, awak pun rindukan saya jugak.
Awak tahu tak, setiap kali saya cuba nak selesaikan masalah hubungan kita awak mesti mengelak. Pedihnya hati saya tanggung benda ni lama-lama.
Awak tahu tak, saya dapat rasa yang awak tipu diri sendiri bila awak cakap awak sayangkan saya.

Awak, hari ni saya nak jugak jumpa awak. Saya nak bagi awak sesuatu.

Beberapa minit kemudian..


"Hello, boleh bercakap dengan Daniel?"
"Ye, saya? Kenapa ya?"
"Saya dari hospital, saya nak beritahu awak, Isandra mengalami kemalangan teruk. Saya harap awak dpt menghubungi orang tua dia kerana hanya number awak yang saya jumpa di dalam wallet dia." *terduduk*

Bergegas ke hospital..

"Doktor, mcm mana keadaan Isandra?"
"Saya dah cuba sedaya upaya, tapi dia mengalami pendarahan yang teruk di kepala, dia koma. Kami baru mendapati dia mempunyai sakit barah otak stage 4."
"What? boleh saya masuk tgk isandra, doktor?"

Semasa di dlm bilik ICU..

"Sayang, kenapa kena jadi mcm ni? Saya mintak maaf sayang. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak, sayang. Saya tahu saya salah, tapi tolonglah jangan tinggalkan saya. Saya janji saya akan jaga awak dgn baik, saya janji. Saya tahu awak dengar apa saya cakap, bukak lah mata awak, sayang.." *menangis sambil memegang tgn Isandra*

Tanpa di sedari, Isandra juga menitiskan air mata tanda dia mendengar apa yang di katakan oleh Daniel.

Satu dua tiga..
Denyutan nadi Isandra semakin perlahan. Doktor masuk dan menyuruh Daniel untuk keluar dlm bilik rawatan.

"En Daniel?"
"Ya, doktor?"
"Saya dah tak mampu untuk berbuat apa apa. Keadaan dia sangat lemah. Saya harap awak bersabar. Saya tak mampu nak selamatkan dia."

Dtg adik perempuan Isandra memberikan sesuatu kepada Daniel.

"Hmm, weh. Ni akak bagi utk kau. Kau bukak lah. Dia tertinggal barang ni dekat rumah. Masa dia otw nak balik rumah amek barang ni, dia accident. Aku harap kau tak buang. Maklum lah kau bukan sayang akak aku. Mentang-mentang dia dah pernah buat salah dgn kau suka-suka kau buang dia mcm tu. Tgk apa dah jadi sekarang? Boleh kau kembalikan kakak aku balik?!"

*terkedu*

Daniel menerima pemberian si Adik Isandra. Sampai je di rumah, Daniel membuka nya,
"Arghh, surat rupanya. Eh, ada gambar. Ni gambar lama. Gambar ni tak silap aku masa aku dgn dia mula mula keluar sama sama dulu. Comel nya dia dulu!" Detik hatinya.

"Dear Daniel..
Awak, waktu awak baca surat ni, entah di mana saya sekarang kan? Awak, walaupun saya pernah buat kesilapan besar dlm hubungan kita, saya cuba baiki. Saya tak pernah putus asa, sayang. Tapi, awak mcm dah tak kisah pasal hubungan kita. Kenapa, sayang?
Malam malam saya selalu bagi mesej panjang-panjang dekat awak. Tapi, awak tak pernah balas. Saya tahu, mungkin awak penat lagi tu. Jadi, saya biarkan. Awak mesti rimas dgn mesej mesej mcm tu kan?
Saya tahu saya bukan sapa sapa bagi awak. Awak, saya nak bgtahu awak sesuatu. Tapi, bila saya nak cakap dgn awak, awak mesti busy. Kadang-kadang awak ckp awak tkde cdt. Saya tunggu bila awak sudah siap kerja awak, tapi awak kata awak nak tidur jadi saya taknak kacau awak. Saya tahu awak mesti penat.
Sebenarnya, saya nak cakap saya ada sakit. Saya ada barah otak. Teruk. Tapi, saya tak mintak simpati awak. Saya nak hari-hari terakhir saya dgn awak. Saya taknak sakitkan hati awak. Saya nak buat awak gembira walaupun hati saya sakit dgn cara layanan awak dekat saya.
Awak, bila saya dah tak ada dlm dunia ni lagi saya tahu awak sedih.
Awak janganlah nangis, saya tak suka. Awak handsome-handsome tau bila saya tak ada nanti?
Ini gambar pertama kita. Tiap kali saya pandang, saya mesti tersenyum. Saya happy. Awak ambil lah simpan, awak jangan buang gmbr ni ya mcm awk dah buang perasaan cinta awak pada saya ya?
Awak, saya nak tidur dulu. Mungkin, tidur saya kali ni lebih lama dari yang sebelum.
Awak saya janji lepas ni tak akan ada org yang akan bagi mesej panjang-panjang dekat malam-malam, kacau awak tgh tidur.
Saya janji tak akan ada lagi orang yang akan call awak masa awak tgh sibuk buat assignment.
Saya janji saya tak akan post something dkt wall awak yang boleh buat awak geli taknak baca. Saya tahu awak malu.
Saya janji lagi lepas ni tak akan ada orang yang desak awak selesaikan masalah hubungan kita ni.
Saya tahu, selepas apa yang dah terjadi, saya ni merimaskan awak.
Awak jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk saya. Itu lah peneman saya tidur.
Saya tidur dulu ya, awak? Saya sayang, Awak.
With love, Isandra."

Daniel :
"Awak, saya sayang kan awak. Saya menyesal. Maafkan saya. Walaupun awak dah tak ada lagi, awak tetap nombor satu dalam hati saya. Awak tidur lah, nanti saya dtg dekat awak. Assalamualaikum, awak."

Sincere: Bubu 

Pernah dengar tak?

Assalamualaikum w.b.t.
*sorry Aisya, kita printscreen tak bagitao*
Haa! Korang pernah dengar pasal pantang larang di atas? Like seriously. Most of the pantang larang orang melayu yg berjaman- jaman dulu tu memang boleh jadi, betul tak? Contohnya, bila intai orang mandi, mata kita akan ketumbit. Ada yg jadi ada yg tak jadi -,-' Tapi sebenarnya benda alah tu di gunakan sebab perbuatan tersebut sangat tak senonoh. Kan kan? Lagi satu, jangan duduk atas bantal sebab nanti ponggong korang akan bisul. Benda ni aku selalu buat, tapi tak pernah la jadi lagi bisul tu. Alhamdulillah. Bhahaha :-D

Okay back to our topic pasal pantang larang bagi baju semua tu betul ke?
379146_2772763562374_1356591795_33148379_2072865849_n_large

Kalau nak ikut logik memang tak lah. Tak kan la sebab bagi baju je korang tetiba boleh break kan? So peliks bin ajaib nyahh -,-' Tak masuk akal sangat. Tapi bila korang dengar cerita aku, mesti korang bertambah pelik.

Cousin aku ni pompuan. Boleh di katakan cousin terbaik in the world lah. Segala rahsia dia, semua aku tahu. Dan segala rahsia aku, semua dia tahu. Err, kelas kau jahh -,-' So, dia pon suka bercerita dengan aku pasal life dia. Sampai lah satu cerita ni. Masa tu dia kat PLKN. Kenal dengan sorang mamat. Handsome jugak lah. Comel? Tak kot sebab aku lagi comel. *mati le kena lempang* Masa kat PLKN, korang akan ada satu cuti kan? Cuti apatah aku tak tahu sebab aku tak dapat PLKN. Masa tu lah dia cerita kat aku. And then, dah cerita- cerita semua tu.. dia cakap macam ni kat aku..

"Weyy, ko pernah dengar tak pasal pantang larang bagi baju ni? Orang kata kalau bagi baju ke apa, kita akan break dengan couple kita kan?"

Masa tu aku masih mudabeliasetahunjagungbudakbarunakup, mana lah aku tahu nak bagi respond apa- apa sebab aku pon tak pernah bercouple lagi. Kononn -,-' So aku cakap je lah.. "Ye kot". And then dia pon dah balik PLKN. So, I aspect mesti lah dia bagi baju tu kat balak diakan? Yelah, masa tu PLKN kan.. tak kerja lagi. Nak bagi apa lagi ye dak? So bagilah baju tu.. Jeng Jeng Jeng!

Bila dah habis PLKN, dah dekat sebulan lebih macam tu, dia pon balik kampung. Bercerita lah segala apa yg dia nak cerita dekat aku. Macam apa yg pantang larang tu cakap, it's really happen. Omomomo! Muka korang mesti macam ni kan?
Tumblr_m95s30uqxo1ry64zno1_r1_500_large
*Muka ni comel sangat*
But relayy diaorang retak sebab balak tu buat hal. Ada pompuan lain katanya. Dari situ macam betulkan pantang larang tu? Entah lah. Terpulang kat korang nak percaya atau tidak.

And, benda tu jugak dah jadi kat aku. Nak cerita detail tak boleh la kot. Tapi aku nak cakap ni.. aku dah couple 4 kali. 3 daripada yg aku couple tu, semua break lepas aku dengan couple aku bertukar baju. Ape cerr? Entah lah. Kalau cakap tak percaya tak boleh jugak. Tapi kalau nak cakap percaya macam tak logik pulak. Apa yg aku boleh conclude kat sini, it's all depend apa yg korang fikir kan.

Moral of the story, korang fikir- fikir lah sendiri. Aku tak boleh nak cakap lebih- lebih. K good night, sleep tight. Assalamualaikum ^^
Sincere: Bubu 

Nah Sayang, Saya Untuk Awak!

Tumblr_ldhv5x8cns1qcjclio1_500_large

“Nah! Ambillah tubuhku! Rasalah Semua! Ini untuk awak, sayang. Awak mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey” Wah best! Terus lah teman lelakinya melahap dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!

Esok abang nak lagi boleh? “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup” Wah! Tersenyum lebarlah si teman lelakinya! Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.

Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit)
Ada yang beraksi dalam bilik terus (cayyalah wei)
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang)
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!)

Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.. ‘Abang! I mengandung ni! Mcm mana ni? U kenelah jadi suami I. U kena bertanggungjawab! U kena ingat janji U dulu!”

“One switch at a time” Apa maksudnya?

Si teman lelaki “……………….” Kenapa u tak jawab honey? Tanya si awek.

Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…” Handphone ditutupkan! Bukan main terkejut si awek! Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat.

Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut “Sorry. The number you have dial is not available. Please try later” Jeng jeng jeng!!! Hampa. Nak buat apa time tu? Nangis air mata darah? Sudah tentu tidak berguna lagi.

4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je.

Oh! Rupa- rupanya dia mengandung! “Keluar kau dari rumah ni! Kau bukan anak aku! Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!” Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?

Ok lah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni? Kenapa awak nangis ni? Ada problem”? Tanya si kawan. Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.." Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini! Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!” Kedegang bunyi pintu ditutup.

Apa kes? Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar.

Oh! Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang! Dia pergi tikam pulak anak tu!

Eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas! Tak boleh juga.

Dia buang dalam tong sampah. Dibiarkan anaknya dirobek-robek anjing!

Celakalah kau perempuan! Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!

Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian, menjadi ala-ala superman.

Nak buat apa? OH TIDAK!! DIA BUNUH DIRI!.

Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya.
Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat.

Ingat sudah selesai selepas membunuh diri? No way!

U tunggu azab Allah!

Heart: Bubu 

ParaNorman is awesome!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

PARANORMAN is AWESOME!! (Y)
ParaNorman ni mengisahkan tentang sorang budak lelaki yg bernama Norman. That's why tajuk dia ParaNorman, bukan Paranormal. Dia ni mempunyai 6ixth sense gittew sebab dia boleh bercakap dengan orang- orang yg dah mampuih -,-' Akibat daripada kebolehan tersebut, most of the people kat town tu tak suka kawan dengan dia. Even! Bapak dia sendiri tak suka dengan si Norman ni. Nanti kalau korang tengok cerita ni, ada part sedih di mana bapak dia cakap macam ni haa.. "Aku pon tak mintak kau di lahirkan" Lebih kurang lah. Nak tahu tengok sendiri, okay? Entah macam mana, dia ni terpaksa digantikan dengan sorang Pak Cik ni untuk menyelesaikan kes Ahli Sihir kat town diaorang. Maka dari situ bermulalah adventurenya cerita ni. Jangan lupa tengok tao? :"3

Oh and btw, meet my new friend. Say Hello to Norman.
Tumblr_m8plq65opk1ruhg0po1_500_large
Isn't he cute? And handsome? And gorgeous? What's more? Erghhh, he is totally cute!!! *gempa bumi* Muahaha :-D Kbai, Assalamualaikum.
Heart: Bubu 

Aktiviti 1st & 2nd Syawal.

Assalamualaikum.
Tumblr_m0g66cayl41rr6x81o1_250_large
Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, sekarang dah pun 3rd Syawal. Cepat je masa berlalu. Kalau masa berpuasa dulu, lama je rasa. Kenapa eh? Hehe. So, how korang punya raya tahun ni? Best tak? Duit raya banyak dapat? Alhamdulillah. Rezeki masing- masingkan? *rezeki ke?* -,-'

Untuk raya tahun ni, bagi aku biasa- biasa je. Sebab apa biasa- biasa je? Haa, tengok kat sini. Kalau sebelum ni, banyak jugak beraya kat rumah member- member abah. Tapi tahun ni, sangat malas nak pergi. Tak kisah pon dapat duit raya atau tak. Lepas tu, tahun ni macam tak meriah sangat sebab mak saudara ada yg tak balik rumah opah. Katanya, ada yg sakit masuk wad. Ada yg bergaduh dengan husband. That one tak boleh nak bercerita lebih lanjut lah ya?
Tumblr_m8yu77sqan1qaij10o1_500_large
Masa 2nd Syawal, baru ada benda nak buat. Tu pon di paksa dengan saudara mara. Pffsttt -,-' Mengacau aku nak tidor jeh. So! Benda pertama yg di buat semala ialah, tengok wayang. Orang lain sibuk beraya kumpul duit, aku dah tengok wayang? Bhahaha :-D Well, takde benda nak buat okay? Nak kutip duit raya pon macam.. malas gittew. Plus dah kena paksa, so pergi je lah.

Hantu Gangster merupakan pilihan yg ketiga. Wayang kat Teluk Intan ni sengal sikit. Semalam pergi ada 3 cerita jeh. 1, The Expandables 2.. 2, SAM.. 3, Hantu Gangster. Actually, aku nak tengok The Expandables. Cousin aku yg pompuan ni nak tengok SAM. Tapi cousin aku yg laki ni pulak nak tengok Hantu Gangster. Di sebabkan malas nak menyerabutkan fikiran, aku pon setuju je la nak tengok Hantu Gangster walaupooooon cerita tu pilihan yg ketiga. *seperti yg dah di mentionkan kat atas tu* Pffsttt -,-'
51429_large
Tiket pon dah di beli. Have to tengok jugak lah kan? So, kalau nak tengok full movie dia memang tak lah. Korang sendiri kena pergi wayang, tapi kalau trailer tu.. boleh la aku masukkan sekali dalam post ni. So, ni lah trailer utk Hantu Gangster tu.


Amacam? Ohsemm tak? Well, not bad lah. Tapikan, masa cerita ni belum start.. kan ada iklan- iklan kejadah semua tu kan? Dia ada la tunjuk trailer utk The Expandables dengan SAM tu. Sumpah bapak giler lagi best dari Hantu Gangster. Rugi gila tak pilih lagi 2 cerita tu. Grrrrr XD Nasib baik Hantu Gangster tu boleh tahan.
Griottes_circus_large
Then, malam tu.. pergi main Fun Fair. Hehe. Ada Fun Fair baru bukak kat Teluk Intan ni. Best. Awesome! (Y) Tapi tak boleh nak tunjuk gambar sebab fon kita hilang. Nak tahu entri pasal fon hilang? Klik sini. Sabar je lah dengan pencuri tu. Tak dapat nak capture- capture gambar. Sekarang ni guna fon torchlight jeh. Abah nak belikan fon baru, tapi tak payah lah. Jadi lah guna fon torch ni dulu. Haha. Kau hado?

Maka, itulah saje ingin aku kongsikan dengan korang apa yg aku buat utk 2 hari dalam bulan Syawal ni. Mesti korang punya lagi best kan? Well, tak jealous pon. Hehheh. Okay lah. Nak pack- pack barang, ekjap lagi nak jalan- jalan pergi KL pulok. Papai, Assalamualaikum :-)
Heart: Bubu 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.
Tumblr_llgnyqpcs81qfqihxo1_500_large
*sorry gambar takde kena mengena*
Indah sungguh malam ni. Bunyi mercun kedengaran sana sini. Sanak saudara riang gembira bermain bunga api. Ibu pula sibuk melayan adik beradiknya. Melihat dia gembira sudah cukup utk buat aku rasa bahagia. Tapi kenapa aku berasa sunyi? Kenapa aku merasakan raya tahun ni tidak seperti raya- raya tahun lepas? Hmm.

Tahun ni terasa begitu sunyi sekali w/pon bunyi mercun begitu meriah sekali. Baju sehelai pon aku tak beli. Yg wajib tu belilah, baju melayukan? Baju- baju lain aku tak beli pon. Kasut. Seluar. Tak terniat langsung utk beli. Entah kenapa tahun ni agak lain sikit.
Tumblr_m8p0rvapnm1qjl5hfo1_500_large

Tumblr_m8mcyid7sp1r8cgzi_large
Masa kecik- kecik dulu, aku cukup gembira bila dapat main mercun dengan saudara- mara yg lain. Kalau boleh tak nak tidor semata- mata nak main mercun. Tapi entah kenapa bila lalu kat bazaar, nampak orang jual mercun, aku macam.. ".............." No feel lah. Adakah sebab aku dah dewasa? Mungkin. Tapi bila aku tengok abg saudara aku, elok je dia main mercun. Dah kenapa dengan aku ni kan? Well, lantak lah.

A/pon, besok kita semua akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Tak kiralah korang dah bersedia ataupun belum. Jadi di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua follower(s) blog ini, pembaca, rakan- rakan blogger tak kira yg Islam ataupun yg bukan Islam. Mohon maaf jika aku ada buat korang sakit hati ke, terguris kat mana-mana ke and etc. Harap korang dapat maafkan segala kesalahan yg telah pun aku lakukan samaada secara sengaja atau tidak. Allah sendiri telah menyebut dalam Surah An- Nur ayat ke- 22.
"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada. Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" QS Al-Nur 24:22
Tumblr_m8yk15u9fj1qbjqfbo1_500_large
Moga korang semua bahagia di samping orang yg tersayang. Sekian. Assalamualaikum.
Heart: Bubu 

Ayat bergerak di Menu Tab #Blogskin

Assalamualaikum.

Tutorial ni nak ajar korang macam mana nak buat title korang bergerak- gerak kat menu tab tu. Cth nya macam kat blog aku ni. Macam ni haa..


1- Dashboard > Template > Edit Template Html

2- Tekan Ctrl + F dan cari code ini :-
<script type="text/javascript">
3- Copy code dekat bawah ni :-

<script language="JavaScript">
var a1 = " Title 1 ";var a2 = "Title 2 ";var a3 = " Title 3";
var a4 = " Title 4"; var a5 = " Title 5"; var a6 = " Title 6 ";
var a7=" Title 7";var a8 = " Title 8";
var delay = 0400;
b1();b2();b3();b4();b5();b6();b7();b8();
function b1() {ID = setTimeout("b2()",delay);document.title = (a1);}
function b2() {ID = setTimeout("b3()",delay);document.title = (a2);}
function b3() {ID = setTimeout("b4()",delay);document.title = (a3);}
function b4() {ID = setTimeout("b5()",delay);document.title = (a4);}
function b5() {ID = setTimeout("b6()",delay);document.title = (a5);}
function b6() {ID = setTimeout("b7()",delay);document.title = (a6);}
function b7() {ID = setTimeout("b8()",delay);document.title = (a7);}
function b8() {ID = setTimeout("b1()",delay);document.title = (a8);}
</script>

4- Paste kat atas code <script type="text/javascript"> tadi.

5- Preview dan save. Siap!

Nota :-
Warna merah tukar dengan title blog korang.
Sincerely: Bubu 

Do I still lovin' you? Hmm.

Assalamualaikum.
Maaf. Hanya itu yg boleh saya ucapkan. Tiada lagi kata- kata yg mampu utk saya men'defense'kan diri ini. Ya, saya tahu saya salah. Saya confused. Saya sendiri tak tahu kenapa saya boleh jadi macam ni. Hati awak sakit. Saya tahu tu. Tapi entah lah. Saya tak tahu macam mana nak cakap. Adakah saya masih sayangkan awak? Jawapan saya ya.

Saya masih sayangkan awak. Cuma rasa cinta tu belum ada lagi. Dari dulu lagi saya dah cakap, saya takut saya akan sakitkan hati awak. Saya takut saya akan kecewakan awak. Sekarang apa dah jadi? Hati awak sakit. Saya takut saya akan seksa hati dan perasaan awak dengan lebih teruk lagi. Kalau boleh saya memang tak nak perkara tu berlaku. Sumpah. Kalau boleh saya nak putarkan balik masa ni.

Again, saya mintak maaf sebab akhir- akhir ni perangai saya agak confusing. Even saya sendiri pon confused dengan diri saya. But truly, jujur saya takde orang lain. Tak pernah terlintas untuk mencari yg lain. Hanya ada awak dalam diri ni. Tiada dua mahupun tiga. Hanya awak. Saya rasa saya perlukan ruang dan masa utk bersendirian. Macam yg awak cakap tadi.. "Tapi utk apa?" Entah. Entah. Tolong jgn tanya. Saya tak tahu. Saya cuma mahu berseorangan. Maaf.

Awak, saya harap awak maafkan saya. Harap awak faham. InsyaAllah satu masa nanti, rasa cinta itu akan hadir. Dan pada masa tu, setiap hari, setiap jam dan setiap saat kita akan selalu mesej. Kita akan selalu bergayut. Sampai awak bosan dengan saya. InsyaAllah awak. Saya sangat berharap masa itu akan tiba. Saya dah tak sanggup sakitkan hati awak lagi. Hmm.

Do I still lovin' you? Yes, I do. Please wait dear KHH :"<
Heart: Bubu 

#9 Wordless Wednesday- Yellow Sign

Assalamualaikum..
Hate it when the yellow sign appeared! -,-'
Heart: Bubu 

Mencuri di Bulan Mulia?

Assalamualaikum,
Tumblr_m81cgtoraq1rukqfxo1_500_large
Hello to all my dear reader(s). Berhabuk sudah blog aku yg omey- omey ni. Agak lama ye aku tak berupdate. Pfffsttt -,-' No idea. Busy. Allllllllllways busy. Hell yeah! (Y) Actually, don't have even a single mood to update for today.

Astaghfirullahalazim. Kenapa lah dalam bulan puasa, bulan yg mulia ni masih ada golongan- golongan manusia yg suka mencuri? What the? Bro, lu puasa penuh tak tahun ni? Pfffsttt. Dah mencuri, confirm la tak puasa kan? Bila di fikir- fikirkan balik, memang la marah. Memang lah aku sakit hati. Kalau boleh nak maki hamun je. Memikirkan bulan ni bulan yg mulia, I have to kurangkan my habit dalam mencarut- carut ni.
Okay okay. It happens on Friday. Benda ni berlaku dalam masa yg sangat singkat. I dunno how is this person can steal- ing in a short period. Maybe, he's a SETAN? Maybe? Atau, generasi Setan? Sorry bro. Ayat gua agak kasar. Lu yg mengundang gua utk tulis macam ni. Astaghfirullah.. *mengucap. mengucap*

Pagi jumaat tu, aku bangun agak lewat. Dalam 7.05 pagi macam tu. So, aku tak bersahur pagi tu. Tengok fon. Rasa. Panas. Jadi aku bukak cover set dia then terus cas memandangkan bateri fon tu dah nak mampuih. Dalam mamai- mamai macam tu, aku capai barang nak mandi. Then terus pergi mandi. Roomate pon pergi mandi masa tu. Bilik aku biarkan terbukak (?) Then bila aku balik mandi, aku nampak pengecas aku tu dah ada kat atas seluar. Aku jadi pelik bin ajaib. Mana phone? Cari punya carik. Suruh roomate aku call, dia cakap off. Masuk voicemail. Sah! Fon aku hilang. Masa tu, apapontakboleh -,-' Cannot think. Dunno what is my feelin'. Totally blank! Dunno what to do. Pffstttt.
Tumblr_m2nz4vngza1qbooxeo1_500_large
Oh, btw.. memang sebelum ni bilik aku terbukak pon kalau nak pergi mana- mana. Yelah, satu aras tu kos yg sama. Kelas yg sama. Masing- masing dah macam brother(s) gittew. And I thought, kitorang satu kos, mesti lah bersatu hati. Have faith on each other. But bila dah jadi macam ni? Damn! Fuckkk! (Y) I give you FUCK, DEAR THIEFFF!
Tumblr_m8nq9ebtvq1rohdtio1_500_large

376740_405080166208552_1230632475_n_large

Ctjdz_large

Tumblr_ly3sx7gwwe1r68qv2o1_500_large
Kepercayaan aku kat budak- budak kelas dah hilang. Apa punya perangai la diaorang ni? Sedih bhai member- member sendiri mencuri. Even aku tak tahu siapa sebenarnya yg curik phone aku tu. But for sure, his is one of my classmate. Disappointed sungguh dengan pencuri tu!

Does he have any feelin' about others feelin'? Ofcourse not! Langsung tak fikir apa akan jadi kat orang yg dia curi tu. For example, dia tak fikir ke kalau apa- apa jadi kat kg budak tu, in case ada kematian or whatever, macam mana mak bapak dia nak contact budak tu? Tak fikir ke? Totally pencuri tu type yg suka menyusahkan orang. And now dia memang menyusahkan aku. Aku ni jenis yg tak suka pakai jam. So, bila aku nak tengok jam.. aku guna fon. And aku gunakan fon tu sebagai jam loceng. But now? Aku terpaksa bukak laptop semata- mata utk tengok jam je. Erghhh, really annoying~

Eh bro, entah- entah kat rumah lu pon lu curik barang family lu kan? Barang mak bapak lu kan? Atau.. Mak bapak lu yg ajar utk mencuri? Haha. Apa punya family tah kau ni. Fikir la dulu sebelum buat jahat.  Allah bagi lu otak utk fikir. Otak lu letak mana bhai? Binatang pon tak mencuri doe. Haha :-D Moga Allah merahmati lu dalam bulan yg mulia ni. Jangan tak sempat bertaubat dah la.

Lastly,
Dear thief, aku tak maafkan apa yg kau dah buat kat aku. Mungkin kalau kau dah nak nazak nanti, baru aku maafkan kau. Aku tahu aku bukan Allah. Tapi kita sesama manusia perlu mintak maaf. Selamat berpuasa. Terima kasih. Assalamualaikum :-)
Heart: Bubu 

#8 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Heart: Bubu 

#7 Wordless Wednesday- Tips berdoa

Assalamualaikum.
Heart: Bubu