9 Cara Atasi Patah Hati

Assalamualaikum.
Tumblr_l9ii06q8zk1qddiloo1_500_large

Hari ni mood gua baik sikit, gua nak share dengan korang kot- kot korang ada rasa kecewa atau patah hati. Penat tau gua mencari tips- tips pasal benda alah ni kat majalah. So, korang mesti pernah rasa kecewa di tinggalkan orang yg korang sayang kan? Mengikut apa yang di katakan dalam majalah tu, "rata-II remaja yg di temui meluahkan bahawa saat-II putus cinta, kecewa atau patah hati adalah detik yang paling menyakitkan yang pernah di lalui."

1- Percaya pada takdir
Bila ex korang lebih memilih utk bersama yang lain, korang kena tahu yang dunia ni belum berakhir lagi. Pujuk diri korang dengan mengatakan bahawa, ex korang tu bukanlah yang terbaik utk korang, dan korang perlu yakin bahawa Allah mempunyai agenda lain yg lebih indah buat korang.

2- Relakan
Mencintai seseorang bermaksud, korang mesti bersedia untuk merelakan dia agar terus bahagia atau bersedia untuk kehilangannya. Bila dia dah bagitahu yang dia tak bahagia dengan korang, please jgn paksa dia utk bersama dengan korang lagi.

3- Lupakan
Teori memang tak semudah praktikal kan? Tapi, bila dia memutuskan untuk tinggalkan korang, ajar diri korang cepat- cepat untuk melupakan dia.

4- Ambil hikmah- Nya
Pengalaman adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. So, korang kena jadikan pengalaman bersama ex korang untuk mulakan kisah yang baru dan pastikan hal- hal yang lepas tidak akan berulang lagi.

5- Be nice
Korang perlu terus berbuat baik dalam apa jua perhubungan sekalipun. Tak kesah la.. dengan keluarga ke, dengan kawan ke, pakwe ke, makwe ke dan seangkatan dengannya. Korang mesti tingkatkan harga diri dan perlu telus dalam sesebuah perhubungan. Kalau korang berbuat baik dengan semua orang, korang akan lebih di hargai oleh mereka.

6- Jangan bersendirian
Korang mesti selesaikan masalah dengan bijak. Orang yang baru putus cinta, kebanyakannya akan berfikiran aneh apabila bersendirian. So, elak kan dari bersendirian.

7- Bersedia untuk orang baru
Yakinkan diri korang utk bergaul dengan orang- orang lain atau kawan- kawan korang. Jangan mengurung diri dari dunia luar. Sebaiknya, korang buka networking yang baru.

8- Serlahkan potensi diri
Jangan biarkan diri korang terperangkap dengan masalah- masalah yang dah lepas. Cari semula potensi diri yang ada pada korang hingga potensi tu boleh di nilai oleh orang lain.

9- Berdoa dan bertawakkal
Serahkan segalanya kepada kuasa Allah. Korang akan menemui kedamaian di saat korang mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.

K sekarang gua nak bagi pendapat gua sendiri. Bagi korang yg tengah study kat luar sana tu, memang tak elok kalau korang ada masalah mcm ni. Tambah- tambah kalau korang tengah nak exam. Lagi la jangan. So make sure korang kena elakkan daripada masalah mcm ni berlaku. Okay? For me, kalau nak mudah cari je pengganti yg baru. W/pon aku tak pernah buat benda ni. Cakap.. mmg la mudahkan? Lakalaka :D K assalamualaikum.
Sincerely: Bubu 

8 comments:

Nabiha Zaidi said...

tengah merajuk dengan bf . okay . sad gile sekarang . .

Bubu said...

Apple : Better selesaikan elok-II, okay ? :) Jgn sedih-II, think positif my dear ^^

eyka said...

mai god ! suke giler dgn post nih :)
thanks , iloveyou ! :)

Bubu said...

Haha, okay eyka :)
ILY juga~ Hehe ^^

pwinCeSs NatAshA said...

nicee :)) i like it lah . tengs foe sharing darl ^^

Bubu said...

No biggie lah dear.
Thanks sebab sudi baca tips ni :)

Owner :) said...

Aww , this is so meaningful . Btw , your blog sangat bestt :)

Bubu said...

Hehe. Thanks awak ;)