Salam Eidulfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tamanya aku nak ucapkan Salam Eidulfitri yang ke-- K kejap aku dah lupa sekarang raya ke berapa. [tengok kalendar] Luls.

Salam Eidulfitri yg ke sembilan. Ihik.

Maaf sebab lambat ucapkan selamat hari raya kat korang [pembaca blog aku yg setia lagi handsome dan cantik] K ni bodek je sebenarnya. Aku taktahu pon blog aku ni sebenarnya ada pembaca ataupon tak. Hmm sedihnya. Aku rasa aku je yg baca blog ni. Lepas tekan publish.. berulang kali aku baca. Hahaha nampak tak kesedihan forever alone aku kat situ?


Tema tahun raya kali ni warna oren. Aku yakin seyakin yakinnya yg sebelum ni kitorang dah pernah buat tema warna oren. Kenapa kali ni mesti warna oren lagi? Arghh kenapa! [gunung berapi meletop] Jujur aku cakap aku tak suka warna oren. Aku agak ni mesti ibu aku punya kerja sebab dia suka warna oren. Herghh takpe. Disebabkan aku seorang anak yg baik [gittuw puji sendiri. mampu?] aku mengikut pakai baju warna oren utk raya kali ni.

Pagi tu--

Aku tak pergi sembahyang raya [berbisik]

Turun bawah melayan kerenah anak buah @ anak saudara. Aku masih taktahu mana satu anak buah mana satu anak saudara. Luls.


Ini nama dia Hazril Haikal. Dulu masa kecik dgn sumorang dia nak. Tapi bila dah besar ni-- pandai memilih pulak. Nasib baik dia comel. Kalau tak--


Ini pulak nama dia Arissa Izah. Kakak Hazril Haikal tadi. Motip buat muka macam tu? Haha masa ni sebenarnya dia tengah touching dgn mak dia sebab mak dia tak bagi dia pegang duit raya. Pastu aku cakap "Isya, tunjuk peace. Cepat." Maka terjadilah reaksi muka seperti di atas.


Okay ni last gambar anak buah @ anak saudara. Nama dia Muazzim Rizki. Comel. Sangat debab dan pemalas. Jangan la kau jadi macam si hazril tu k? Masa kecik-kecik nak dgn orang, dah besar mengada-ngada. Okay muaz? [gomol pipi]

Bila ada bebudak datang beraya kat rumah je--

Abah: Nak duit raya ke nak makan?
Budak-budak diam.
Abah: Nah nah datang sini. [sambil hulur sampul raya.] Nak makan ke?
Budak-budak diam. Sengih.
Abah: Taknak? Haa pergi balik.

Senang je bapak aku melayan budak-budak. Hohoho. Maklum lah saudara mara ramai. Diaorang pon tak terlayan ni kan pulak nak melayan budak-budak yg datang beraya kat rumah. Ehem actually ini tak patut di tiru k? Sebabnya-- mengikut Islam kita perlu melayan tetamu yg datang ke rumah.

[buat muka]

Petang tu pulak tak pergi mana-mana. Aku tidor. Sampai. Ke. Malam. Luls.

Hari raya kedua--

Entah kenapa duk gatai sangat teringin nak puasa enam. Motip sangat puasa enam masa raya keduakan?


Cousin peberet aku yg pakai tudung tu nak pi open house rumah member dia kat Kampung Rahmat, Bidor tak silap aku. Jadi aku pakai gitu gitu je lah tak perlu nak pakai comel-comel sebab aku kan puasa. Bukan nak pergi sangat open house tu pon. Saje jadi driver sementara utk cousin aku tu. Nanti melalak-lalak pulak bingit telinga k.


Malam raya kedua tu, abah ada buat open house kat rumah. Sama macam tahun lepas, tak sah kalau takde bunga api yg letup-letup kat udara tu. Kalau nak tengok lebih lanjut, lawatlah keek aku. Kat situ korang boleh dengar dentam-dentum sesuci lebaran bunga api masa open house tu.

Alhamdulilah ramai yg datang. Terima kasih sebab sudi meriahkan lagi open house pada malam tu.

Cerita utk raya ketiga pulak--



Aku dengan mereka berdua [seperti gambar di atas] pergi Ipoh. Saje berjalan-jalan kat sana sebab besoknya aku nak kena balik asrama dah. Hmm sedihnya tapi taknak cerita sedih-sedih. Nak cerita gumbira-gumbira je. Konon berjalan raya. Shopping raya katanya.

Actually si kayrol yg beria nak beli barang sebab awal bulan 9 nanti dia akan masuk ke UiTM Shah Alam. Takde baju katanya. Jadi dia beria-ia sangat nak pergi Ipoh nak shopping kat sana [macam kat Teluk Intan dah takde kedai baju. kan?] Berjalan punya jalan.. shopping punya shopping.. dia beli 2 helai baju T-shirt berkolar.

Aku--

Beli buku lawak kampus. Ihik. Takde kerja pergi popular lepas tu beli lawak kampus. Kengkadang aku rasa aku ni macam bangang abadi jugak. Hee kengkadang je k? Luls.

Dah penat shopping-- bunyi shopping tu macam tak kena je sebab barang yg dibeli tu.. Ehem. Kan kan? Bertolak lah balik ke Teluk Intan.

Loading--

K sekarang aku dah takde idea nak update pasal apa.

Boring k boring. Raya pon kejap je. Luls. Entah kenapa aku taknak delete post ni. Err okay aku betul-betul dah kekeringan idea. Takpe lah peduli apa aku. Asal aku ada update utk raya tahun ni sudah lah. Ehem sebelum aku melalut entah apa lagi baik aku tamatkan post ini sekarang.

Salam eidulfitri maaf zahir dan batin. Blog you later. Bye--

Pengumuman [?]

Assalamualaikum.

Taktao nak letak tajuk apa dah. Tu pon kira paling okay aku rasa. [tangan ke bahu mata ke atas]

Aku baru buat acc baru. Yeap. Semua sekali acc aku sebelum ni aku malas nak guna. Motif malas? Blergh taktahu macam mana nak cerita tapi aku nak cerita jugak. Luls.


Pertamanya, hari tu aku baru beli S3 Mini. K motif bagitao? Haha aku bagitao sebab ada kena mengena dgn benda yg aku nak cerita kat korang ni. Bukan nak menunjuk k? Bila dah guna android ni korang kena daftar guna acc gmail kan? So aku tak pernah pulak ada acc gmail. So bila tengah fikir-fikir nak daftar gmail tu..aku pon terfikir "Takkan la nak guna username email yahoo aku sekarang ni?" sebabnya..

Jangan ketawa k? A bit childish sebenarnya tapi lantak lah aku tak guna dah username acc ni. Aku dah tak guna tao? Ingat. Before ni aku guna "raindrop_tingting@yahoo.com". K malu [tutup muka] [campak bantal] [campak bom]

[tarik nafas]

Mampuih pi la bukan aku guna dah email tu blerghh.

[seminit kemudian]

Aaa tapi aku malu. Haha k gila. [tarik nafas] K serius.

Disebabkan tu "Takkan la nak guna email cenggini sampai aku ke tua nanti? Tak ke malu namanya?" Cuba bayangkan kalau aku dah ada cucu nanti dan tetiba la pulak diaorang tanya pasal email aku. Yelah budak zaman sekarang pon dah pandai main tab..cucu aku nanti mcm mana? Bertambah-tambah advance la kepala hotak diaorang.

Cucu: Atok, aiman [konon nama cucu aku] nak add atok kat facebook. Apa email atok?

Ko boleh bayangkan mcm mana reaksi aku nanti? [sambil besarkan mata] Kalau aku takde heart-attack takpe boleh la tipu sunat cakap aku takde email ke facebook ke. Buatnya dah tua nanti banyak penyakit [harapnya tak. amin] boleh mati terus dengar cucu aku tanya soalan macam tu. Hehe [ketawa sendiri]

Disebabkan tu aku pon guna acc gmail dengan nama "fnor2203@gmail.com". [tadaa]

Lebih simple dan tak nampak bebudak di situ. F tu Faris. Nor tu nama bapak aku Ahmad Nor. Maka bila dah digabungkan jadi lah fnor. 2203 tu pulak ehem biasalah tarikh birthday. Boleh la korang buat reminder bagi birthday present kat aku tahun depan. Tak gittuw? [muntah pelangi]

Jadi..di sebalik semua cerita ni apa natijahnya aku buat acc baru?

Okay. Sekarang aku guna banyak acc. Utk blog dah satu email dan password. Utk facebook dengan twitter satu email dan password. Keek guna username dan satu password. Blogskin aku entah apatah aku dah tak ingat aku guna apa. Nak daftar itu ini so aku rasa macam leceh sebab guna banyak sangat email. Dan password. Jadi aku buat la acc baru guna email dan password yg sama je. Itu la natijahnya aku buat acc baru. Hmm natijah [?] sangat kan cerita aku ni.


Kedua, perubahan.

Aku dah janji dengan someone [yes you] yg aku nak berubah utk dia. Ada sikit masalah berlaku. Jadi aku pon nak tukar acc dan buat acc yg baru. Tak kisah la sebab kedua ni munasabah ke tak aku peduli apa. Lagipon aku dah 'ter'buat so tak payah nak konon kecewa sangat betul? Life must go on. Cewah [buat muka]

Itu je la sebab aku buat acc baru. Seronok bukan?

Fanpage: Bubu Lalola II
Facebook: Bubu Lalola
Twitter: @bubu_lalola
Keek: bubu_lalola

Oh dan fanpage aku pon aku dah tukar. Haha lol. Mana yg tak segan silu tu boleh la like sekali eh? Mana yg ada keek..ada twitter tu follow-follow la aku. Muahaha k itu sahaja pengumuman yg aku nak buat. Jam pon dah pukul 1..maka beta nak beradu. Selamat malam. Jgn lupa sahur. Assalamualaikum.

Jangan lupa sebarkan~ [bisik mcm iklan Yousoff Taiyooob~] Ihik.