Entri pertama di Tahun 2014. Kau rasa?

Assalamualaikum chuolls.

Entri pertama di tahun 2014. Kau rasa benda ni boleh buat lawak ke? Kihkih. Ya Allah apa la nak jadi dengan kau ni. Dulu kemain beria bebenor masa mula-mula buat blog. Nak jadi blogger sejati la konon. Tut tut. Hampeh-- Aku mmg suka ikut orang lain. Org buat blog, aku nak buat. Org melukis, aku pon nak melukis. Mengada sangat perangai. Ehem meh sini tengok beberapa karya yg aku dah lukis dalam stegrem--


Ini AdamZ. Member blogger. Dia mintak aku lukis jadi aku lukis. Amacam?


Ini pulak Sandara Park kumpulan 2NE1. Kenal ke idok?

Kalau korang nak tengok karya aku yg lain, boleh la jenguk jenguk stegrem aku di farisnor_ . Jangan malu jangan segan. Aku tak private pon. Kalau nak follow-- lagi di alu alukan. Haa ada tak rasa macam bau-bau nak promot kat situ? Kihkih aah aku peduli hape.

End of story pasal melukis melukis ni.


Well minggu lepas aku dah officially 21. Tapi tak mcm 21 kan? Macam 18 je lagi. Muka budak-budak. Innocent. Comel. Hmm apa lagi? Tak malu betul puji diri sendiri. Kihkih. Ye muka aku memang muka tembok pon. Dah takde orang nak puji, baik aku puji diri sendiri. Tak gittchew?

Jadi nak di jadikan cerita, ada 4 orang makhluk yg menyeperisekan aku masa birthday tu. Wahh ayat baru. Cuba cari dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Compem tak jumpa perkataan "menyeperise" tu.


Ini lah makhluk makhluk yg hodoh dan konon jelita di samping konon hemsem tuu.

Ada si bangla yg perahsan hemsem, ada si bestpreng poreber, ada si raksasa berkepala kuning dan ada si makhluk berkepala hitam yg kengkonon jelita. Kalau di ceritakan pasal surprise tu memang 2 malam aku update tak habis. Jadi aku pendekkan jadi 2 minit je k?

Semua makhluk perasan jelita dan hemsem ni dah plan benda ni masa bulan 1 lagi----

Eh cop! Aku rasa malas la nak cerita.. korang tekan la blog si raksasa berkepala kuning tu kat sini. Kat situ dia dah cerita detail dah. Jadi tak perlu la saya yg pemalas lagi comel ni membuang masa. Haa nampak tak penjimatan masa berlaku kat situ? (angkat kening)

Jadi di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan berjuta terima kasih (kemain berjuta) kepada sumorang yg dah wish, bagi hadiah, nyanyi lagu, menyeperisekan aku-- dan macam macam lagi lah. (actually takde dah yg macam macam lagi tuu). Terharu sampai nak nangis pon dah tak boleh. Menangis dalam hati je. Kira aku sorang je yg tao aku menangis. Jadi kepada si raksasa berkepala kuning, jangan memandai cakap gua tak menangis k. Lu je yg tak nampak. Tampaq mao tampaq? Kihkih

Lagi lagi--


Oh ya, isu MH370. Serius peristiwa yg menyedihkan. W/pon bukan keluarga aku yg terlibat, tapi aku turut bersimpati utk diaorang. Harapan tu masih ada. Harapan supaya penumpang, krew dan anak kapal dapat di jumpai dengan selamat InsyAllah. Kalau Allah kata ada, ada lah. Buat masa ni kita mampu berdoa je. Masih belum pasti yg diaorang semua dah meninggat atau mati. Kepada manusia yg suka mereka cerita kat luar sana tuu, please stop all cerita bangang korang. Cuba letak kita kat tempat diaorang baru kau tahu apa yg diaorang rasa. Dalam masa seminit dua ni, mari lah kita sedekahkan Al- fatihah utk diaraong.

---

Well, harap post ni bukan post yg terakhir utk tahun. Maklumlah aku punya kerajinan ni-- erm taktahulah nak cakap. Itu saja. Jangan lupa follow stegrem utk keep in touch! (promot) Assalamualaikum

Shopping di Instagram.

Assalamalaikom warohmatullahi wabarokatuhh.

Erm hi.

Tadi aku check last update blog ni November05, 2013. Tu pon sebab aku nak mintak restu dari korang aku nak amik exam semester. Kalau takde exam agaknya takde la aku berupdate. Ye dak? Ini pon nak update kena pikir dua tiga kali. Hee sorry.

Erm.

See kekok. Takde idea nak mulakan sebagai intro. So mcm biasalah lajak je teroih dgn benda yg aku nak update hari ni.

Sekarang ni semua benda mudah.

Boleh dpt di hujung jari.

Contohnya mcm yg aku buat beberapa hari lepas. Shopping je kat instagram. Pilih mana kau berkenan. Contact. Bank-in duit. Tunggu dalam masa beberapa hari terus dapat. Mudahkan?

Tapi aku tak galakkan korang buat benda ni.

Sebabnya.. benda alah macam ni lah yg menyumbang kepada obesiti penduduk rakyat Malaysia. Eceh. Actually bukan apa. Hari tu ada presentation pasal benda alah ni. Kebetulan aku buat tajuk obesiti, tu yg aku nak kongsi tu. Kita memilih. Mana yg berkenan hanya menggunakan jari. Mcm mana otot nak bergerak? Bila masa pembakaran lemak tu berlaku? Berbanding kalau korang pi sendiri kedai tu dan pilih. Masa tu baru ada pergerakan otot dan pembakaran lemak. W/pon tak banyak at least membakar dan bukan menambahkan lemak. Kan kan?

Okay aku tahu dah sedikit menyeleweng dari topik.

Dah tahu mcm tu kenapa aku mesti buat? Ehem kalau sekali sekala takpe kot. Hahah. Jangan ikut mcm aku ni k? Dah sampaikan kat orang lepas tu diri sendiri yg buat.

So so.. hari tu aku shopping baju kat instagram. Omey k. Sebab tu aku beli.

Ini bukti pembayaran. Satu tu harga dia RM70. Satu lagi RM45.


Ini lah baju yg aku beli tu.



Disebabkan malas punya pasal aku tangkap je gambar dari fon. Malas nak printscreen bagai lepastu nak kena sambungkan USB kat laptop. Leceh k. Atau perkataan yg tepatnya malas.

Malas.

Sebab tu la aku shopping kat instagram. Kahkah.

Baju tu maybe gegirl je yg pakai. Tapi tu haa nampak coment gua.

"Unisex?"

"Yes."

So aku beli je aah. Aku minat baju ala-ala baju sejuk ni. Lagipon aku suka pakai baju lengan panjang. Dan lagi satu, aku tak jumpa ig yg jual baju laki. Aku nampak member pompuan like gambor ni. Aku pon usha-usha la. Mana yg kenan aku mintak contact. Tunggu la lagi berapa hari dapat lah baju tu. As simple as that.

Tapi ingat, jangan amalkan selalu.

Erm so. Itu je la yg aku nak kongsikan. Takde benda pon. Saje nak buat modal sebelum new year. Kahkah. So bye assalamualaikom.

Oh ya jgn lupa follow ig/ twitter gua.