Make a Mistake People.

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap hari aku ada kelas. I mean dari hari Isnin sampai Jumaat. Takde la gigih sangat sampai hujung minggu pon ada kelas kan? Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran je pon bukannya nak jadi Doktor sampai weekend nak kena amik kelas tambahan. Gittuw.

Aku teringin nak belajar kat U. [tetibe]

Dulu lepas habis EsPiYem, aku sambung matrik 2 semester; 1 tahun. Tapi sampai 1 sem je kat sana sebab dapat tawaran sambung belajar kat KSKB Sg Buloh. Dulu masa kat matrik kelas full dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Ada sehari je kelas habis pukul 4 petang. So bila dapat tawaran ke KSKB ni rasa seronok gila. Kengkonon fefeeling jadual kelas sama macam kat U kan?

Sekali---

Lagi teruk dari matrik katakoo!

Setiap hari kelas pukul 8 pagi sampai 5 petang. Kira kat matrik dulu lagi okay sebab hari jumaat kelas sampai sembahyang jumaat je pastu takde kelas dah. Tapi kat sini seeeeeetiiiiiaaaaaapp hari k. Ulang suara setiapp hari. Kuciwa tahuk!?

Kuciwa kuciwa pon dah 4 sem kat sini. Alhamdulillahh. [senyum lebaq]

K yang atas ni intro je sebenarnya. Uhik.


Petang tadi takde kelas sebab lecturer kena pergi lawat senior-senior sem 5 dengan 6 kat tempat praktikal diaorang. So betapaa gumbiranya saya. Boleh di katakan macam makan ayam kepci laa; "Sedap hingga menjilat jari!" Gittuw.

Nak dijadikan cerita--

Petang tadi aku tengok Twilight Saga Eclipse.

Yes I know cerita tu dah lama. Sampai laa ni aku takdak lagi full twilight. Siapa ada PM aku eh? Contact kat facebook ke-- twitter ke-- [promot je ni] Ehem kalau nak PM pon apa salahnya. Tu haa bahagian tab kat atas tu ada account facebook dgn twitter. Jgn lupa cari ya? Uhik.

So masa layan cerita tu, ada part menarik yg aku nak kongsikan.

"When we were five, they asked us what we wanted to be when we grew up. Our answer were things like astronaut, president.. or in my case, a princess. [peoples laugh] When we were ten, they asked again and we answered rockstar, cowboy.. or in my case, a gold medalist. [peoples laugh] But now that we've grown up, they want a serious answer. Well, how about this.. "Who the hell knows?" This isn't the time to make hard and fast decisions, this is the time to make mistakes. Take the wrong train and get stuck somewhere. Fall in love, a lot. Change your mind and change it again because nothing is permanent. So make any mistakes as you can. That way someday, when they ask what we want to be, we wont have to guess."
-member Bella yg pompuan sapatah nama dia

Dia cakap ni masa hari diaorang graduation.

Well utk post hari ni, apa yg aku nak kongsikan ialah isi tersirat dan tersurat dalam ayat tersebut. Aku yakin sumorang dah pandai english belaka kan? Kalau tak pandai pon pi copy pastu paste kat google translate.

Ehem itu sahaja. Poipoi semekom!