It's my blog birthday :-)

Monday, 16 January, 2012
Assalamualaikum,
Hey guys. Hari ni merupakan hari istimewa untuk aku, and opcoss untuk blog aku yang akhir-akhir ini agak bersawang. Hehe. Alhamdulillah. Tiba jugak hari keramat ni. Dah lama aku tunggu hari ni. Pejam celik, pejam celik..dah setahun aku menjaga dia. Selama setahun ni la aku meng-decorate dia, meng-update dia, meluahkan segala perasaan aku pada dia. Agaknya, kalau dia boleh bersuara..mesti dia cakap yg dia dah bosan mendengar segala luahan isi hati aku ni. Tapi, nasib baik kau tak boleh bersuara kan blog? Nasib kau lah sayang :-)


So, hari ni aku nak menyanyikan sebuah lagu untuk kau. Orang lain tak leh dengar, kau je dengar sebab aku menyanyi depan laptop. Nasib la roomate aku takde, kalau tak mesti dia cakap aku gila. Haha. Very the semangat kenn? Okay okay. Tanpa melengahkan masa..this is for you sayang.
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my sayang,
Happy birthday to you
Yeay! Dah habis. Hee. So, moga kau panjang umor. Yela, mana la tahu kot-kot ada hacker rampas kau dari aku kan? Lagi, aku harap moga kau kekal berseri supaya ramai orang datang ke blog kita ni, okays? Mwehehe :-)


Rasanya, cukup sampai kat situ. Korang-korang, tak nak wish kat blog aku ke? Aku tahu korang baik. Wish eh? Haha. Kbai, salam.
Heart: BUBU 

Pemenang Contest Blg Simple by BUBU

Monday, 9 Januari, 2012
Assalamualaikum.
Okay. Korang tak payah cakap apa-apa. Aku tahu aku bersalah. Fine. I'm so sorry. Aku sibuk kebelakangan ni. Maklum lah, aku kan baru pindah tempat belajar. FYI, sekarang ni aku menyambung pelajaran di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Siapa dekat? Jom jumpa nak? Mwehehe.


Aku baru je habis orentasi 2 hari lepas. So, agak penat. Sebab tu aku tak update blog. Aku tahu aku dah mungkir janji sebab aku cakap yg aku nak bagitahu result contest tu masa new year kan? Okay. Let's me explain. Aku sibuk nak buat persiapan untuk ke KSKB. Sebab tu lah aku tak update. Banyak barang yang kena beli. Sorry eh? :-D


Lepas tu, kepada yang merindui aku..aku appreciate sangat. Terharu tao? Love Kouru, Natasha Izzaty, Ivy Wong, Adam, Zafirah and yang lain-lain kat dalam group OUR OFFICIAL BLOG. Thanks korang. Tanpa korang, mesti group tu tak hidup sebab dapat ADMIN teruk macam aku ni kan? Sorry :'(


Okay okay. Tak payah nak feel feel sangat. Korang mesti dah tak sabar nak tahu keputusan contest tu kan? Haa, jom jom. JENG JENG JENG..
PERTAMA: ZAINICK
KEDUA: ZAFIRAH
KETIGA: ADAM
Tak puas hati dengan result contest tu? Haha. Kisah plak? Haha. No no. Aku amik diaorang sebagai pemenang sebab blog diaorang memang simple dan kawai. I adore them, okay? Aku jealous gila dengan orang yg guna blogskin. Sampai sekarang aku tak tahu mcm mana nak guna blogskin teww. Pening bila nak mengedit. Haha :-D Takpe, InsyaAllah satu hari nanti aku akan pandai jugak guna blogskin. JYEAH! Aja aja fighthing!

Aku rasa setakat tu je lah. Idea pon dah takde dah ni. Kepada pemenang, sila add facebook aku di sini dan tuntut hadiah korang, okay? Hope korang semua masih membaca blog aku yg agak bersawang ni. Haha. Hurm.. apa eh? Tak tahu nak cakap apa dah. Okay fine. Haha. K lah guys, tak care. Salam.

P/S: Tahu tak mcm mana nak buat shoutbox yg baru teww? -,-'
Heart: BUBU